Isnin, 28 Februari 2011

Rahmat Ilahi Yang Abadi



Bismillah

ketika ini teringat alunan muzik "rahmat ujian" dendangan kumpulan mestica.

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

sungguh syahdu lirik nasyid ini dan maksudnya amat mendalam....moga kita tergolong di kalangan orang yang mendapat rahmat Allah swt. Rahmat dan kasih sayang Allah meliputi seluruh alam ini, termasuk manusia. Dalam al Quran tidak kurang 81 ayat yang menyebur kata Rahmat. Salah satunya dalam surah al-Anaam yang bermaksud :

" Katakanlah: "Kepunyaan Allah." Dia telah menetapkan atas Diri-Nya kasih sayang. Dia sungguh akan menghimpun kamu pada hari kiamat yang tidak ada keraguan padanya". (QS. 6:12)

Rahmat Allah dapat dilihat, didengar, dirasakan dengan sentuhan kulit, dibau dengan ketajaman hidung, dirasa dengan lidah. itula pancaindera yang Allah kurniakan kepada manusia..Alhamdulillah. Rahmat Allah sangat banyak. Jika kita mengiranya..nescaya tidak dapat menghitungnya (al Quran). Meskipun zaman moden boleh menghitung dengan komputer @ kalkulator, namun untuk mendaftar beberapa Rahmat Ilahi yang dapat dihayati, dirasakan...di segala tempat dan ruang..didapati di dalam diri, dalam perasaan..sungguh tidak dapat menghitung.SubhanAllah.

Oleh kerana masih diberi Rahmat, maka sengsara dapat menjadi nikmat. Jika rasa Rahmat dicabut, tidur di tilam yang empuk dan lembut akan terasa seperti tidur di atas duri. Kita menghadapi suatu kesulitan yang kadang-kadang terasa tidak akan diatasi; tiba-tiba Rahmat Allah datang, ternyata di situ kesulitan tersebut adalah pendorong untuk kuatkan hati kita (dalaman). Sedang berjalan tenang, tiba2 datang gelora percubaan yang hebat dasyat. Jika diberi Rahmat, percubaan yang dasyat itu akan terhadapi dengan jiwa yang tenang dan beroleh ketenteraman. Tetapi jika Rahmat ditahan, jalan di hadapan menjadi gelap dan putus asa pun datang. (moga dijauhkan). Tersusun indah dalam kalamNya (QS 35: 2) yang bermaksud:

"Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorangpun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".

Tidak ada yang sempit kalau ada Rahmat Allah; semua menjadi lapang. Kesempitan akan datang kalau kita lupa kepada yang bersifat Rahman dan Rahim.

Situasi: seseorang dirampas kemerdekaannya, dimasukkan ke dalam penjara kerana perkara yang bukan kesalahannya, tidak diadili dan dibicarakan dengan sempurna. Namun apabila rahmat Allah terbuka, kemerdekaan yang dirampas itu, penjara tempat dia dikurung itu,semua menjadi tempat yang bahagia baginya (teringat cabaran dan dugaan Nabi Yusuf). Dapat mempersiap diri. Jika ditutup segala jalan di atas bumi, terbukalah baginya jalan ke langit, bermunajat kepada Ilahi. Akhirnya apabila keluar daripada tahanan, dia telah menjadi manusia yang lebih matang dan mantap.



RAHMAT Allah yang paling tinggi dan mulia kepada kita ialah apabila kita menyedari akan adanya Rahmat! Sebenarnya Rahmat itu meliputi seluruh kehidupan, seluruh alam, dan seluruh umur kita. Alam sekeliling kita juga dipenuhi Rahmat kerana Allah telah mewajibkan kepada diriNya akan memberikan Rahmat. Rahmat itu akan berti jika kita menyedari lalu mengengamnya kuat. Harapan kita kepadanya, itulah Rahmat. Kepercayaan kita akan adanya, itulah Rahmat. Azab yang paling pedih, paling menyakitkan apabila kita tahu akan rahmat,tidak mahu untuk tahu atau putus asa..mengingkarinya. Sudah bertemu rahmat dikatakan belum munculnya Rahmat.Dan tidak akan bertemu kepada manusia yang mempunyai Iman dan memupuk iman itu. Nauzubillah min zhalik..Moga kita dijauhi dari perasaan itu.

مِن رَّوْحِ اللّهِ إِنَّهُ لاَ يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ

Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang KAFIR(Tidak percaya). (QS. 12:87)

Selasa, 22 Februari 2011

Mutiara Itu Amat Bernilai



Bismillah

Alhamdulilah di atas segala pemberian nikmat dari Allah terutamanya. Selawat dan salam dituju buat murobbi agung,Rasulullah tercinta, ahli keluarga baginda, sahabat sohabiah, mu’minin wal mu’minat, mujahidin wal mujahidat serta umat Islam semuanya. Moga ketika ini masih merasai diri sentiasa diawasi oleh Allah terutamanya dan malaikat yang berada di kiri dan kanan kita. Astaghfirullah..Semoga segala dosa diampuni Allah.

Hari-hari yang dilalu...tiap hari atau saban hari hanya kita yang menentukan bagaimanakah cara kita melaluinya. Jika hari ini banyaknya tidur daripada kita berbuat kebaikan, hanya diri kita yang memahami apakah perasaan itu. Adakah sedih..kerana dalam beberapa jam tidak sedarkan diri dan terlepas dari perkara yang ingin dilakukan. Adakah kecewa dengan diri sendiri kerana berasa amat lemah, tidak berguna..Beberapa perasaan ini wajar dilalui oleh manusia. Kadang-kadang terasa diri begitu hina di sisi Allah dengan sikap yang ditunjuki tanpa manusia lain mengetahuinya. Apakah perasaan ini?? Perasaan yang kecewa,sedih, dan sebagainya ini memang mengelisahkan hati-hati yang inginkan sentiasa berbuat kebaikan dan sukakan kebaikan. Jika ini berlaku. Nah, kitalah yang perlu bangkit. Sedar akan kesilapan itu adalah salah satu tanda sayangnya Allah pada kita. Tak nak terus menerus hamba-hambaNya dalam kelalaian.

Jika difikirkan apabila kita mengalami keadaan ini perlu ada yang ingat mengingatkan, perlu ada yang memberi sokongan, perlu kepada perhatian. Tahukah kita?? Ada yang sudah mengingatkan kita dalam diam, ada yang memberi sokongan dalam diam, ada yang memerhati dalam diam. Siapakah?? IMAN KITA. Iman itu dari sudut bahasa membawa perkataan dasarnya ialah “amana” yang bermaksud aman atau tenteram. Jika “ iman” bermaksud PERCAYA dan YAKIN. Dari makna syara’nya pula bermaksud membenarkan dengan hati, menzahirkan dengan lidah, menjaharkan dengan amal perbuatan. IMAN lah yang membenarkan dengan hati ‘nur syahadah’ –AKU BERSAKSI TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ADALAH PESURUH ALLAH. Dengan sepenuh keyakinan. Mezahirkannya dengan lidah..sentiasa yakin dan zahirkan melalui lidah dengan bertasbih, bertahmid bersyukur beristighfar. Semua itu hubungan langsung antara hamba dengan Allah. Mestilah diikuti dengan menjaharkan melalui amal perbuatan. Setiap suruhan dibuat. Solat dengan penuh keyakinan, puasa penuh keazaman dan amalan kebaikan lainnya. laranganNya juga ditinggalkan dengan keyakinan.



Dalam diam IMAN kita adalah penasihat yang terdekat sebelum orang lain. Sentiasa perlu memantau diri meningkatkan iman dan hubungan dengan Allah swt. Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketakwaan. (surah as syams) . Berbeza bagi yang memilih kefasikan di dalam diri, akan memerlukan seseorang untuk memberi sokongan, perlukan peringatan, perlukan perhatian. Siapa yang akan beri sokongan itu?? Adakah imanNya dalam diam? Ya, imannya tetapi diikuti dengan peringatan manusia. Jika banyak kita berbuat kefasikan (dosa-dosa kecil), banyak yang kita perlu impikan..bimbingan sahabat yang baik-baik kerana dengan bimbingan itu insyaAllah akan lebih memberi kesedaran untuk melangkah dan terus melangkah. Dalam diri kita perlu untuk dinasihati dan menasihati…diteguri dan menegur. Ta’lim manhaj (belajar dan mengajarkan).

[68] Dan apabila engkau (Muhammad) melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).

[69] Dan tidaklah ada tanggungjawab sedikitpun atas orang-orang yang bertakwa mengenai dosa orang-orang (kafir yang mengejek-ejek) itu, akan tetapi (kewajipan orang-orang Islam) ialah mengingat (larangan Allah itu) supaya mereka bertakwa.

Semoga kita sama-sama dikasihi dan dipimpin oleh Allah swt dan sentiasa mengangkat sunnah Rasulullah saw dan mengamalkan sebaiknya..insyaAllah.

~Alunan nyanyian daripada Raihan tentang 'Iman adalah mutiara' juga peringatan buat kita~

Selasa, 15 Februari 2011

Rasulullah Dalam MengenangMu.



-->Tanggal 12 Rabiul Awal Tahun Gajah(pendapat Ibn Ishaq dan umum) maka lahirlah Nabi Muhammad saw di Mekah.
-->Lahir sebelum masuk waktu subuh.
Abdul Mutallib sangat gembira menerima cucu lelakinya itu sebagai pengganti anaknya yang telah meninggal.
-->Kemudian A Mutallib telah membawa cucunya tersebut ke Ka’bah dan dinamakan Muhammad-nama yang tidak popular.
Aminah -berdasarkan ilham juga mengusulkan nama Muhammad itu

Peristiwa malam kelahiran Nabi
-->Gementarnya hati seorang ‘Ulama Yahudi yang tinggal di Mekkah.
-->Dia pergi di sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Abu Qubais dan menjerit pada pagi subuh hari itu, sedangkan kelahiran Baginda saw pada lewat malam sebelum subuh.
-->Lalu berteriak pada pagi itu memanggil orang Quraish. Mereka bertanya : “Kenapa?” -->Dia berkata : “Adakah seorang bayi dilahirkan dari kalangan kamu semua semalam?” -->Mereka bertanya : “Adakah kamu ni gila?”, kamu menjerit hanya perkara itu?” Dia berkata : “Jawablah soalanku” Mereka berkata : “Abdullah mendapat anak lelaki dan anak itu adalah yatim” Dia berkata : “Tunjukkanku kepadanya” Yahudi itu pergi dan melihat Baginda saw.

-->Apabila dia melihat bayi itu, maka terpancarlah sinar yang terang benderang daripada wajah Baginda saw.
-->Yahudi itu menjerit-jerit seakan-akan dirinya hilang pedoman kerana melihat terangnya cahaya itu.
-->Mereka bertanya : “Kenapa kamu menjadi begini? Dia seraya berkata : “Jagalah bayi ini dari dijumpai oleh orang-orang Yahudi.” “Jikalau mereka mendapatinya, mereka pasti akan membunuhnya.”

Perkara-perkara sebegini telah diceritakan oleh Ibnu Kathir dalam surahnya. Semua kitab-kitab sirah terdahulu menceritakan tentang peristiwa di malam kelahiran ini.
-->Pada malam itu, semua kewujudan menerima satu pengajaran. Berhala-hala, syaitan, binaan-binaan, api yang disembah, para ‘ulama soleh dari kalangan Yahudi. Semuanya merasakan sesuatu yang berlaku dalam kejadian ini.

Hari ketujuh kelahiran
-->Datuknya telah menyembelih unta dan mengundang masyarakat Quraisy untuk makan.
-->Setelah diketahui umum cucunya itu dinamakan Muhammad, mereka tertanya-tanya kenapa tidak dinamakan nama nenek moyang dan Abdul Mutallib menjawab:

kuinginkan dia akan menjadi orang yang terpuji bagi Tuhan di langit dan bagi makhluk-Nya di bumi

Salam Maulidur Rasul..

Dakwah dan Tarbiyah

Bismillah.

Indah sungguh segala ciptaan,
Mewarnai alam di sekeliling kita,
Wajib kita merasai bertuhan,
Allah swt Yang Maha Esa.

Ukhti yang disayangi

Dakwah dan tarbiyah in tidak pernah mengajar kita untuk..
GAGAL dalam akademik.

Dakwah dan tarbiyah tidak pernah mengajar kita untuk kerap..
Tidak hadir ke kelas.

Dakwah dan tarbiya tidak pernah mengajar kita untuk lambat..
Hantar assignment.

dakwah dan tarbiya tidak pernah mangajar kita untuk banyak..
Alasan dan banyak bermalasan.

dakwah dan tarbiyah tidak pernah mengajar kita untuk menjadi..
Anak yang derhaka.

Bahkan ukhti..
Dakwah dan tarbiyah inilah yang banyak menggali..
Potensi kita..menjadi biasa kepada yang sangat luar biasa.

Dakwah dan tarbiyah inilah yang menjadikan kita..
Orang yang terurus urusannya.

dakwah dan tarbiyah yang menjadikan kita...
Muslim, soleh yang berdaya guna.

InsyaAllah teruskan perjuangan dalam mengharungi jalan berliku demi bertemu cinta yang SATU.

Duduk menulis di dalam surau,
Sambil menanti sahabat setia,
Dalam bersahabat bergembira dan bergurau,
Nasihat menasihatilah dan saling menjaga.

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...