Tegakkan Allah dan agama di hati, nescaya akan tertegak di bumi. Ungkapan
ini sangat mendalam maksudnya. Bagaimana dikatakan dalam hati boleh sampai ke
bumi? Sering kita sebut dalam pengajian tarbiyyah kita juga, tujuan kita
belajar adalah untuk memperbaiki diri dan orang di sekeliling kita. Begitu juga
dapat dirungkaikan disini bagaimana peranan hati kita dalam berjalan di arus
dunia hari ini. Betapa besarnya peranan hati. Jika kita berada di jalan raya,
ada pesanan yang sampai kepada kita, hati-hati ya. Dua kali perkataan hati
disebut. Hati itu sukar dijaga dan mudah berbolak balik. Sesungguhnya hati
lebih cepat berbolak balik dari air yang menggelegak. Astaghfirullah, semoga
kita sentiasa di jalanNya. Kita disaran juga dalam setiap kali doa untuk berdoa
dengan doa ini :Ya Allah yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami ke
atas agamaMu. Apabila dalam rumahtangga, suami isteri akan keluar perkataan my
sweetheart. Jika perkataan ini, maksudnya kekasih hati. Ada hati juga di sini.
Betapa sayangnya sehingga mengaitkan kekasih (suami atau isteri) dengan
hatinya. Hati ini rupanya sangat dekat dengan pemiliknya, begitu juga hati
sangat dekat dengan Penciptanya. Kerana itu, kita perlu berhati-hati dalam
menjaga hati. Dalam Hadith yang berkaitan dengan hati juga salah satu tanda
hati itu dekat dengan Allah, Pencipta hati.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau
berkata: Aku mendengarRasulullah SAW bersabda:Bahawa sesungguhnya setiap amalan
itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang
dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju
kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya.
Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau
kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah
perkara yang ditujuinya itu.
Jadi mengambil balik yang dikuningkan diatas, dari hati terbentuk niat dan
dari niat menuju kepada Allah dan RasulNya jika itu yang diniatkan, maka akan
sampailah kepadanya. Begitu dekat rupanya hati kita dengan Allah dan RasulNya.
Kita juga boleh meletakkan Allah dan RasulNya menjadi sweetheart diri kita.
Masukkan ke dalam hati kita. Dengan masuknya kekasih (Allah dan RasulNya) dalam
diri kita, maka akan terciptalah perasaan apabila kita melakukan suruhan Allah
dan juga sunnah Rasulullah saw. Bagaimana tercipta perasaan ini? Kita akan
lebih menjiwai dalam solat, lebih merasai setiap bacaan al Quran yang terlafaz
dari bibir kita, Melebihi dan melebihi. Melakukan solat kerana rasa syuur
(berperasaan) akan melahirkan rasa takut dan harap kepada Allah swt. Bagaimana
takut? takut dengan dosa-dosa yang ada dan berharap Allah mengampuni setiap
dosanya. takut dengan lafaz-lafaz kata yang terlebih dan berharap mendapat keampunanNya.
Dengan inilah kecintaan pada Allah akan dapat dirasai.Mahabbatullah. Cinta
Allah bermula dari hati kita. Mari kita sama-sama berkata pada hati kita.
"Wahai hati, apakah yang ada dalam hatimu?" Wahai hati, masukkanlah
Allah dan Rasulullah saw dalam hati, agar ia dapat menjadi sweet iaitu manis.
Kerana kemanisan itu juga jaminan kita berada di dunia ini dan akhirat
sana.
Dari hati keluar menjadi takut dan harap. Kaki juga akan terpengaruh dengan
bisikan atau apa yang ada dalam hati kita. Jika kita masukkan Allah dan
Rasulullah saw dalam hati, kaki juga akan membuktikan cinta hati kita.
Bagaimana? melalui langkah-langkah kita menuntut ilmu, langkah kita menuju
usrah, langkah kita membuka usrah baru, langkah kita mengajak orang lain kepada
kebaikan, langkah dalam menepis perkara yang Allah larang, mencegah yang
mungkar. Mulut juga akan terpengaruh dengan hati kita. Pengucapan yang lahir
dari bibirnya lebih berhati-hati, bimbang percakapan ini menghiris hati
sahabatnya, bimbang berbicara perkara yang sia-sia.
Begitulah para sahabat yang sering kita dengar
kisahnya. Bagaimana Ubaidillah Ibn Jarrah, dengan cinta Ilahi, musuh diperangi
walau musuh itu yang rapat dengannya. Kisah Kaab Ibn Malik yang tidak ikut
perang, didenda dengan dipulau.Namun ,kerana cinta Allah dan Rasulullah
diterima pemulauan itu dengan cinta, ujian itu utuh bertahan sehingga akhirnya
mendapat perkhabaran dalam firmanNya, manis dirasa. Cinta itu melebihi,kerana
itu mampu digagahi. Kisah Siti Hajar dan anaknya, keseorangan di tanah tandus
apabila merelai pemergian suami kerana Allah. Mampu mengharungi, walau ujian
perit di mata dan fizikal. SubhanaAllah. Kisah itu kita semua tahu. Malah
seluruh dunia juga tahu. Inilah akhirnya, dari hati kita tegakkan, akan
tertegak di bumi. Bagaimana utuhnya iman-iman yang meletakkan Allah dan
RasulNya dalam diri, nescaya akan tertegak di bumi.
Muhasabah semula hati kita. Bukan sahaja hari ini
kita perlu muhasabah, tetapi setiap detik dan saat kerana hati ini perlu
sentiasa perbaharui niat Lillahi Taaala. Wallah A’lam. Allah segala-galanya.
KepadaNya dan untukNya.;)