Memaparkan catatan dengan label kuatkanlah hati kami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuatkanlah hati kami. Papar semua catatan

Isnin, 5 Mac 2012

Bumi Kenyalang

Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah, dan (di antaranya termasuklah) matahari, dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya) dan (Ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.(22:18)

tenggelam keasyikan dengan ayat yang menyentuh sanubari ini. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana masih lagi mengurniakan kasih sayang dan rahmatMu padaku, pada kami, pada orang-orang di samping kami.

Menghirup udara di kampung Rantau Panjang ini, terasa berada di kawasan chalet percutian, penuh kesegaran, menyamankan, indah. terasa bumi ini sentiasa lembap dan basah. Suasana yang redup dan boleh menenangkan jiwa. Alhamdulillah Allah tahu kemampuan hamba-hambaNya. Melangkah kaki di bumi ini ada misi dan visi yang perlu dilakukan. Di atas nikmat dan kesyukuran ini perancangan dan perancangan pelu dibuat untuk sebarkan Islam di bumi ini untuk jangka masa panjang dan di kampung ini khususnya.

Semoga Allah memberi kekuatan untuk terus dan terus sebarkan kebahagiaan. Mengikat hati dengan masyarakat di sini memberi 1001 pengalaman dan perjalanan masih jauuuhhh..semua menyambut kami dengan amat baik seperti sebahagian keluarga mereka. sampaikan setiap hari minggu (jika tiada program) sebuah keluarga ni ambil kami untuk tidur di rumah mereka. terharu,,doa dari kalian juga. InsyaAllah pengisian rohani masih tetap terus berjalan di samping memberi buah kelakuan yang baik.


Semoga kita semua masih dalam naungan kasihNya. Sayang Allah forever n xkan pernah hilang...amin=)

Sabtu, 11 Februari 2012

Kenangan di semenanjung




Ketahuilah selama kita bersama-sama di MT dapat rasakan ‘kebahagiaan’ bersama kalian. Menegur ana tika diri alpa dan saling ingat mengingatkan. Ukhti Ima yang banyak memberi nasihat yang ruhiyah. Time ceria sama2 ceria. Ukht Zida yang selalu mengajak ke satu daerah ‘penasihat’ yang bijak tanpa berkata-kata iaitu perkuburan. Dapat sama-sama mengkoreksi diri ini. yang selalu menjadi ‘mak’ kerana masakan yang sedap dan juga as senior di rumah banyak mengajar untuk berdisiplin dengan peraturan rumah.

Ukht Kamilah yang sentiasa juga meluangkan masa bersamanya. Biarpun sibuk di tempat kerja tetapi tak pernah membawa mood tempat kerja ke rumah. Jadinya sentiasa senyum walaupun hatinya hanya Allah yang tahu. Akak, teruskan langkah. Ukhti Anis yang banyak menasihati ana. Erm..saling berkongsi masalah tika badai melanda. Bertukar-tukar emosi dan menjadi penasihat yang membekas di jiwa ini.

ukhti Halimatun yang memberi pertolongan tiap kali perlukan pertolongan. Bawakan ke sana kemari dengan motornya. Seorang yang tabah tempuhi perjalanan. Ukhti zura yang nice, baik sekali. Kritikan yang membina tiap kali berbicara dengannya. Ukhti Izzati (Nur) yang mesra dengannya. Suka berbincang atau berbual dengannya walaupun perkenalan dengannya tidak lama tetapi membuahkan kemesraan yang mendalam di hati. Ukhti Mariam yang tenang wajahnya dengan segala permasalahan yang menimpa…tetap tenang air wajahnya dan tabah mengharunginya. Banyak juga belajar dengannya.

Apabila kami bersama berjoging ke bersenam ataupun bersarapan bersama, wujud detik indah di situ. Hehe. Yelah sebabnya selepas itu semua akan bertebaran mencari ilmu dan rezeki masing-masing. Banyak lagi ukhti-ukhti yang menyinggah dan menetap di hati ini. Kebaikan antuna menjadikan diri semakin belajar dan belajar untuk memperbaiki diri kepada lebih baik.

Norjana, teman yang lama. sejak kita masuk ukm lagi hingga sekarang. Akhwat yang paling lama bersama. Seperti adik beradik dah. Berkhidmat baek2 di negeri selangor ye. ukht Mizah, yang lembut tetapi tegas berpendirian. Ana boleh belajar dari akak untuk menjadi guru yang berjaya. Seha dan u.laila juga yang tenang air mukanya, teruskan dan teruskan dalam memberi. Ada yang ana tak sebut tetapi buat akhwat yang ana kenal secara langsung dan tidak langsung....antuna telah mengajar ana apa itu ‘kesabaran’,‘ketabahan’,kejujuran’,’keihklasan’ dan semua yang positiflah.

Buat adik-adik yang akak sayangi juga, banyak belajar darimu. Aisyah Mohd, blajar baik-baik ye. Banyak membantu akak dan keluarga akak juga. Mengharapkan juga doamu buat keluarga akak. Adik-adik yang berada di ukm...insyaAllah lepas di ukm tak tahu di mana lagi kan. Jadi perlu bersedia hati dan emosi dengan sifat-sifat yang boleh menjaga kita di manapun kita. Kita berjumpa dan berpisah kerana Allah. Jadi semoga hubungan yang kita jalin ini mendapat redhaNya.

Sebenarnya post di atas ana dah tulis sewaktu di mt lama lagi, waktu ini mungkin waktu yang sesuai nak letakkannya di laman blog ni. Yang tidak disebut, bukan tidak mahu menyebut tetapi yang penting ia ada disebut dalam ini (hati). Doa penghubung kita ye.

Ana akan ke bumi kenyalang, ciptaan Allah. Berpijak nya kita di atas bumi yang sama dan langit yang sama. Jadi kepada Allah jua tempat kita mengharapkan perlindungan dan rahmat. mungkin ana di sana setahun lebih, mungkin dua tahun, tiga tahun, empat tahun. Tidak tahu lagi,, perancangan Allah itu lebih baik dan sedia untuk dikhidmatkan dengan adik-adik di sana.

Ingin dikongsi juga, sebelum dapat tahu posting di Sarawak, ana sempat membuka gambar-gambar kita bersama2..sedih waktu tu, teringat sambil dialunkan lagu "untukmu". Biasanya begitu kesedihan semalam sebenarnya untuk menguatkan realiti hari ini. Pagi itu dapat tahu ke Sarawak, dah tak sedih pula..hehe. InsyaAllah di mana pun kita, kita tetap hamba Allah.

Rabu, 30 November 2011

Sejati

kita sahabat ye..selamanya

Sayu mendengar alunan doa yang penuh pengharapan menggegarkan stadium yang luasnya sangat besar. sebak dengan setiap bait-bait kalimah doa yang dilafazkan waktu itu mengundang titisan air mata mengalir laju. Dada berombak dengan getarannya, pemiliknya sahaja yang tahu. Benar terasa Allah sentiasa bersama ketika mana doa dipanjatkan waktu itu. Lahir perasaan yang CINTA dan SAYANG padaNya. Mengharapkan setiap kalimah doa yang diaminkan didengari oleh Allah, Tuhan sekalian alam. Alhamdulillah tidak terungkap di situ dan sudah tertulis di sini. Coretan yang ingin dikongsi bersama. Ya Allah Kau hidupkan hati-hati kami ini dalam meminta sesuatu kepadaMu agar tumbuh perasaan yang tenang dan takut hanya padaMu. Engkaulah pemilik hati-hati kami. Kau pimpinlah kami ke jalan yang diredhai olehMu Ya Allah.

Maka bersurailah semua yang ada di stadium itu dengan ungkapan doa yang penuh syahdu. Kaki ini mula melangkah dan salam bersalaman dengan akhwat yang disayangi yang datang dari pelabgai arah. Tatkala bersalam dengan salah seorang akhwat yang disayangi, hati terasa sangat sebak dan hiba. Air mata mengalir lesu. begitu juga dengannya. Teringat saat itu. Mula berjumpa denganmu walau jauh beribu batu. Terasa di situ pergantungan yang tinggi hanya padaNya. Kemudian kita lamanya tidak berjumpa. Ukhwah kita bermula atas Cinta Yang Satu. Terasa ukhwah itu sehingga saat ini biar lama berjauhan tetapi sentiasa dalam ingatan. biar jauh tidak bersua tetapi sentiasa dalam doa. InsyaAllah.

Sahabat itu...Allah yang bagi kamu pada saya.. Jadi kita sama-sama bersyukur dan tingkatkan kasih dan cinta kita pada Allah ye. Sahabat itu, Allah yang menghadirkan kamu untuk sama-sama membantu dalam jalan ini. Allah tahu kekurangan diri, menggantikan pada kamu kelebihan supaya sama-sama dapat membina kekuatan diri, kekuatan dalaman, keyakinan. Alhamdulillah. Persahabatan yang kita jalin adalah kerana Allah yang berikan. Tanda Allah maha pengasih dan penyayang kepada hamba-hambaNya. Semoga diri kita istiqamah dalam melakukan perkara yang dicintai Allah dan diredhaiNya.Sebagaimana Allah telah berfirman dalam surah al Qasas ayat 77 yang bermaksud: Dan carilah dengan apa yang Allah dianugerahkan kepadamu itu negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada duniawi, dan berbuat baiklah sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.

Selasa, 11 Januari 2011

Mencipta Karakter


Bersyukur kehadrat Ilahi di atas segalanya yang telah berlaku kepada diri. Ingin dicoretkan di sini tentang ‘berkawan’. Jom akhwat, kita membina kawan supaya sama2 dapat membaiki diri. Terbangkan diri di pelusuk manapun (jika kita kuat) kita akan beroleh kebahagiaan. Jika tidak kuat kumpulkan kekuatan dahulu di perbukitan ini. Agar kita bisa menjadi kuat. Bukan kuat itu gagah mengangkat batang pokok atau menjinjit batu bata. Tetapi gagah hatiku, hatimu dan hati kita dalam menongkah arus dalaman (bersastera). Kekuatan pada hati. Menelusuri sirah Rasulullah sa.w . Ilmu kekuatan dalaman yang demiliki Rasulullah tercinta ialah kekuatan hati. Orang yang menguasai ilmu ini tidak akan mudah sakit hati, tidak cepat marahnya, tidak mudah menerima hasutan orang, jauh dari hasad dan dengki sehingga hidup Beliau terasa benar-benar tenteram.

Rasulullah sangat pemaaf, tidak mudah merasa sakit hati walaupun diperlakukan dengan perbuatan yang sangat menyakitkan sekalipun. Beliau dicaci dihina disakiti tetapi dengan mudahnya Beliau melupakan itu semua.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah setiap kali pulang dari masjid Beliau diludahi oleh seorang kafir, suatu hari Rasulullah SAW tidak mendapati orang tersebut, ketika Rasulullah mengetahui orang itu ternyata sakit beliau bergegas untuk menjenguknya, dan sebab itulah orang tersebut masuk Islam. Dalam perjalanan da’wah ke Taif pun pelbagai cubaan dan dugaan yang dihadapi Rasulullah saw, Rasulullah SAW ditolak oleh pemimpin Tsaqiif bahkan beliau dilempari batu oleh budak-budak dan orang-orang bodoh dari mereka sehingga kedua kakinya berlumuran darah.

Ketika malaikat Jibril menawarkan untuk membinasakan mereka Rasulullah SAW menolak bahkan Rasulullah SAW mendoakan mereka agar mendapat pengampunan Allah. Cantiknya akhlak Rasulullah saw.

####### #####

Kekuatan hati inilah yang kita sering membina, membina dan membina. Dalam usrah, halaqah, daurah,rehlah,program. Dalam kita sedar atau tidak karakter itulah yang kita nak bina buat diri, mengumpul tenaga dan semangat yang kian memudar. Menyuntik penawar agar segala virus yang melanda diri surut dan menyurut. Walaupun tidak sekaligus virus itu hilang, tetapi nampak kesannya..beransur sembuh. Ceramah dari ustaz Hasrizal semalam menggamit kenangan lalu. Benarlah salah satu sebab keruntuhan moral berlaku kerana tidak ada pembinaan karakter. Karakter macamne?? Karakter seorang yang sabar tika ditimpa ujian, karakter seorang yang pemaaf tika berlaku perselisihan, karakter watak yang mendamaikan tika berlaku kegoncangan, karakter seorang yang peka terhadap persekitaran.


Karakter itu boleh dibina melalui tarbiyyah. Usrah-usrah yang dibina. Secara langsung atau tidak, kita belajar darinya. Usrah yang menggamit beribu pengorbanan. Masa terutamanya sehinggalah wang dan tenaga. Di dalamnya pelbagai ayat2 cinta Allah ditadabbur dan diselak tafsirannya, pelbagai masalah dikongsi bersama, suarasa yang sedih atau gembira (teringat halaqahku yang pertama), semua itu lah yang membossterkan iman di dada.

Dan semua itu datang dari Yang Mencipta. Itulah tarbiyah langsung dari Allah. Kadang2 karakter itu berlaku dalam konflik keluarga. Kuatnya hati bila pelbagai masalah keluarga menimpa, menjadikan matang dan sentiasa berfikiran positif. Nah, inilah karakter kita..perlu belajar dari kesusahan,menuntut pengorbanan. Percaya, Allah swt akan memberi kembali kepada kita lebih baik dari apa yang kita berikan dahulu dengan keikhlasan yang penuh. Ya mari kita membina karakter itu sahabat, biiznilah!

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...