Memaparkan catatan dengan label ana uhibbuki fillah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ana uhibbuki fillah. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Ogos 2013

Menghindari tekanan



Pengaduan kepada Allah SWT

Adu segala permasalahan kepada Allah SWT dengan mengerjakan solat sunat dua rakaat, berzikir, membaca al-Quran dan berselawat ke atas Rasulullah SAW.

"Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia." (ar-Ra'd 13:28)

"Sesungguhnya Akulah Allah;tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. (Taha 20:14)

Rasulullah SAW juga ketika dilanda kesulitan, baginda sentiasa mencari ketenangan dengan mendirikan solat sunat. "Dijadikan kesejukan mata hatiku dalam sembahyang."

Baginda SAW bersabda kepada Bilal bin Rabah r.a., "Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat. " (al-hadith)

Dalam sebuah riwayat, Rasulullah SAW telah bersabda kepada Bilal, "Wahai Bilal! Bangunkan (untuk azan) rehatkan kami dengan solat." (Riwayat Ahmad)

Ternyatalah mengingati Allah SWT melalui solat itu dapat memberikan ketenanagn jiwa dan menstabilkan emosi.

Salurkan Tekanan Dalam bentuk aktiviti

Antara aktiviti yang boleh dibuat ialah menjahit, menggubah, mengemas, membaca dan bersenam. Kepuasan yang diperoleh daripada melakukan aktiviti-aktiviti tersebut dapat merehatkan badan dan minda, kesan daripada rembesan hormon Endorphins.

Luahkan tekanan kepada orang lain

Sentiasa berhati-hati dalam memilih teman untuk berkongsi luahan. Pastikan teman anda ialah seseorang yang dipercayai dapat memberikan nasihat yang baik dan amanah dalam menyimpan rahsia. Setiap kali anda meluahkan tekanan, sebahagian bebanan itu terasa ringan walaupun teman anda hanya sekadar mendengar.

Peringatan: Elakkan melampias tekanan kepada orang lain dalam keadaan marah kerana dikhuatiri anda 'menyebarkan' tekanan kepada orang lain pula. Sebaik-baiknya hendaklah berdiam diri dan bertenang.

Memaafkan diri sendiri Dan orang lain

Manusia ialah makhluk ciptaan Allah SWT yang tidak maksum, kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Kita tidak terkecuali daripada menyinggung perasaan orang lain dan sikap orang lain juga berpotensi menjadi punca tekanan dalam kehidupan seharian kita. Tiada manusia yang dapat meneka dan mengerti isi hati orang lain. Jika kita merasakan tekanan yang dihadapi berpunca daripada sikap individu tertentu, leraikan kekusutan melalui perbincangan tenang dan diakhiri dengan bermaaf-maafan antara satu sama lain seikhlas hati.

Cipta kedamaian hati dengan memaafkan kesilapan diri sendiri dan orang lain sekaligus mengangkat martabat diri ke tahap yang lebih baik, insya Allah.

Renungan bersama;
Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda, "Tidak akan berkurang harta kerana bersedekah dan tiada seorang yang memaafkan kesalahan orang melainkan ditambah Allah SWT akan kemuliaannya."

Memaafkan kesalahan orang lain merupakan salah satu akhlak yang mulia dan utama , sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

"Ya, Uqbah! Mahukah kuberitahu kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama? Iaitu menyambung silaturahim terhadap orang yang memutuskan hubungan denganmu, memberi kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu, dan memaafkan orang yang pernah menganiayamu." (Riwayat Hakim)

Petua meredakan tekanan

Kita juga boleh meredakan tekanan dengan memanfaatkan fadhilat dan keberkatan surah al-Insyirah. Bacalah surah ini berulang kali. Dengan menghayati surah tersebut, hasilnya kita dapat merasakan kelapangan dan ketenangan jiwa.

Diambil dari ruangan psikologi Wanita Majalah Mukminah pemberian seseorang.

***********************************************************************

Semoga kita masih lagi diberi hidayah oleh Pencipta kita, Allah swt yang Maha Penyayang. Fitrah manusia juga bersifat lemah. PadaNya punya kekuatan. Pintalah kepadaNya kekuatan. Insya Allah, Allah akan menghadirkan kekuatan itu kepada kita. Jika kita tidak berusaha dengan cepat menghalau permasalahan yang kita ada, bimbang ia akan membarah di dalam jiwa dan timbul penyakit yang sukar diubati pula. Mudah-mudahan permasalahan yang kita ada dapat dihindari dengan cepat kerana kita masih punya banyak tanggungjawab dan hak orang lain yang perlu ditunaikan. 

Seperti selalu kita mendoakan di dalam solat sunat Dhuha: Kekuatan itu adalah kekuatanMu, rezeki itu adalah rezekiMu,...................................................Berikanlah pada hamba sepertimana yang telah Engkau beri kepada hambaMu yang soleh. Mudah-mudahan Allah hindari kita daripada permasalahan yang panjang dan semoga kita sentiasa dalam lindungan dan hidayahNya Insya Allah.

Rabu, 27 Julai 2011

"Adikku"

Jadi adik yang kuat ye. Banyak belajar darimu.

Sebelum ini ana ada post tentang 'kakakku'...kali ini ana ingin bicara tentang 'adikku'. Sungguh bahagia hati ini jika adik kita dapat sama-sama dengan kita menuju CintaNya. Alhamdulillah syukur kepada Allah dikurniakan 2 orang adik kandung dan 'adik-adikku'. Allah lah yang Maha kaya kerana kurniaan yang sangat besar dan 'bahagia' ini tidak boleh ditanding dengan apa pun di dunia ini. Kadang-kadang sebuah senyuman sahaja dapat diukir oleh ke'bahagiaan' yang dinikmati terus yang sampai ke lubuk hati. 'senyuman' itu juga bermaksud kesyukuran hanya untukMu Ya Allah. Kadang-kadang setiap peristiwa yang dialami hanya kita dan Allah sahaja yang tahu. sememangnya Allah mengetahui apa yang kita zahirkan atau pendamkan. (al Mulk:13). Dengan sebuah perasaan itu..perasaan kasih kerana Allah hanya Allah yang tahu sebesar atau setinggi manakah perasaan itu...jika kita tidak menzahirkannya pun, Allah akan membalasnya dengan perkara yang baik kerana kasih itu kasih yang suci dan ikhlas keranaNya. Bukan diminta untuk dibalas, malah memberi doa. itu sangat dirasakan semenjak dua menjak ni. Sebuah hadiah dari Allah yang terindah.

Adik kakak..sangat beerti buatku. Adik kandung..seribu harapan buatmu..
.....sedih ketika ini kerana mengingati peristiwa demi peristiwa yang terkesan dalam naluri..Alhamdulillah padaMu Ya Allah Ya Tuhan kami...

Adik kandung...dahulu...tidak serapat ini. sekarang..pergi kerja sekali. 'bahagia' saat ini kerana Allah Maha mendengar luahan rasa dan doa kakak kepada adik ini. adik yang lain datang pada diri atau yang diri pergi padannya..perkenalan kita walau sebentar cuma,,,hakikatnya seperi mengenali bertahun-tahun lamanya. Betul dapat rasai kemanisan ini. Semoga Allah memberi pada hatiku dan hatimu sebuah ukhwah yang indah sehingga syurgaNya...insyaAllah.. banyak ingin diluah tetapi ini sahaja yang terungkap. Doa sahaja yang dapat diiringkan bersama di tiap perjalanan adik kakak. Walaupun jauh adik di sana dan kakak di sini. InsyaAllah hati kita dekat dengan doa yang dipanjatkan. InsyaAllah.

Semoga segala yang terjadi ini memberi 'kebahagiaan' di dalam hati adik dan kakak. Ketahuilah adikku...masih ramai yang perlukan tarbiyyah melalui sentuhanmu. Jadi, sebarkanlah ia semampumu dan Allah maha mengetahui setiap apa yang kita lakukan adikku. Maafkan jika kakak tidak pandai menjadi seorang kakak yang baik tetapi ketahuilah adik seorang adik yang mem'bahagiakan' hati ini. Terima kasih dan jazakillah atas segalanya. Syukur kepada Allah yang Esa kerana ketemukan 'adik' dan 'kakak' di dunia ini. ~Alhamdulillah~

Selasa, 30 November 2010

pergi tak kembali

Dalam suasana hiruk pikuk Bandar, suara menggamit kemajuan, disana masih ada yang hidup berpapankan kayu yang menunggu runtuh sahaja. Susah untuk digambarkan penderitaan yang dialami, namun pahit ubat tidak sekelumit dengan pahitnya liku kehidupan yang dihadapi keluarga ini. Keluarga yang dimaksudkan ialah, Allahyarhamah Siti Esah.

Siti Esah binti Mohamed(gambar), mahasiswi Tahun 3, Jabatan Syariah daripada Fakulti Pengajian Islam, UKM yang kembali ke rahmatullah disebabkan kecederaan parah akibat kemalangan jalan raya yang berlaku petang 12 November 2010 semasa mangsa dalam perjalanan pulang kekampung bagi menyambut Aidiladha berasama keluarga. Arwah merupakan anak sulung dari 9 orang adik beradik. Allahyarhamah tinggal di Kampung Permatang Rambai, Pasir Puteh Kelantan. Kehidupannya bersama ibu dan adik-adik amat memeritkan setelah pemergian ayahnya beberapa tahun yang lalu.

Hasil sara hidup keluarga hanya bergantung kepada hasil kerja menoreh getah orang lain oleh ibunya. Siti Esah diajar hidup dalam keadaan sentiasa dalam kesempitan hinggakan makan dan minum pun terabai. Beliau sentiasa mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis dek kerana kuatnya pegangan agama dan juga dihimpit kekurangan makanan.

Secara ringkasnya, beliau , merupakan pelajar cemerlang disekolah. Ini dibuktikan dengan beliau dinobatkan pelajar terbaik peringkat sekolah dan nombor 4 yang cemerlang diperingkat kebangsaan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia ( STAM ). Kemiskinan tidak menjadi alasan untuk dia berjaya dan juga mampu menjadi muslimat solehah.

Siti Esah merupakan harapan keluarga. Adik-adik yang masih kecil mengharapkan kakaknya ini bakal menjadi penyelamat untuk keluarga mereka. Ada adik Siti Esah yang tidak bersekolah kerana tidak mampu menampung kos perbelanjaan seharian. Ibu Siti Esah hanya mengharapkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan hasil perolehan jualan getah yang ditoreh. Menampung anak-anak yang ramai dan yang paling bongsu ialah yang berumur 2 tahun.

Pemergian Siti Esah cukup dirasai keluarga. Seolah-olah hilang sudah insan yang boleh diharap untuk keluarga meneruskan hidup. Ibunya cukup perit dan sengsara untuk menerima kenyataan bahawa anak harapan keluarga telah pergi bertemu pencipta. GAMIS mengucapkan takziah kepada keluarga dan mengharapkan ahli keluarga dapat menerima takdir Allah ini walaupun ia cukup pedih.

Alhamdulillah, wakil GAMIS berkesempatan untuk menziarahi keluarga Allahyarhamah dirumah beliau. Rombongan diketuai oleh Presiden GAMIS, Saudara Ahmad Syazwan dan Ahli Majlis Kerja GAMIS Pusat. Tidak ada perkataan yang boleh digambarkan apabila melihat rumah usang yang didiami keluarga. Dinding yang penuh berlubang, bumbung yang bocor, permukaan kayu yang sudah reput menjadikan kami rasa insaf akan nikmat yang diberikan Allah pada kami. Rumah Siti Esah tidak ada lansung peralatan elektrik, bilik hanya satu, dan terdapat 2 almari buruk yang menghiasi ruang.

Luluh dan runtuh hati kami melihat kedhaifan keluarga Siti Esah hingga melahirkan perasaan bertanggungjawab GAMIS untuk membantu keluarga beliau. Dengan usaha yang sedikit ini, diharapkan agar dpat membantu keluarga arwah. GAMIS telah bersetuju untuk melancarkan Derma Ihsan kepada keluarga Siti Esah melalui sumbangan daripada semua pembaca. Sumbangan barangan, makanan dan yang diperlukan dalam bentuk kewangan sangat dialukan. Disini dilampirkan nombor akaun ibu Siti Esah untuk disumbangkan terus kedalam akaun beliau:

Kamariah Binti Ismail

Bank Islam Malaysia Berhad : 030-900-02-003717-7

Untuk makluman, pihak jawatankuasa bertindak kampung telah bersepakat untuk mengusahan sumbangan bagi membina sebuah rumah baru yang lebih baik. Maka GAMIS turut bertanggungjawab untuk memohon derma dan sumbangan ikhlas dari mahasiswa mahupun orang ramai bagi meringankan beban keluarga arwah. Kos pembinaan rumah baru dianggarkan berjumlah RM 60000.

Moga derma dan sumbangan ini menjadi tanda kepada kita untuk menjadi seorang yang bersyukur dengan nikmat Allah yang dikurniakan. Sebarang sumbangan berbentuk material, boleh disalurkan ke pejabat GAMIS melaui Naib Presiden Kemasyarakatan GAMIS, saudara Nazry di talian : 014-2336200. Ihsan anda amat dialukan.

-dari pmum-kasturi89.wordpres.com-

Sabtu, 6 November 2010

FRIENDSHIP NEVER END




Definisi Ukhuwah Dari segi bahasa : berasal dari perkataan akhun yang membawa erti saudara,teman,sahabat dan lain-lain lagi.

Dari segi istilah : Menurut Al-Quran : Perasaan kasih sayang,tolong menolong,Bantu membantu, bertolak ansur bermesra dan cinta mencintai diantara sesama umat Islam tanpa terkecuali, Allah berfirman “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara , maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat : 10)Menurut hadis : Seperti tubuh badan ,darah daging, dan roh umat Islam sendiri .

Rasulullah s.a.w bersabda “ Daripada Nu’man bin Bashir r.a : Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan uang satu , apabilah satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.”

Menurut As-Syahid Imam Hassan Al-Banna : Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah.Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan beharga persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur.Kekuatan yangnpertama adalah kekuatan perpaduan.Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang.Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.

Menurut Imam Ghazali : Ada 4 kategori :

1-Ukhuwah dijalinkan atas dorongan keseronokkan seperti paras rupa,tingkah laku dan sebagainya

.2- Untuk kepentingan diri (peribadi) untuk tujuan kebendaan di dunia tak lebih dari itu

.3- Untuk kepentingan akhirat semata-mata seperti pencinta ilmu mengesihi guru dan para ulamak bukan untuk mendapat keuntungan kebendaan didunia tetapi untuk mendapatkan iman dan taqwa yang pasti dapat menyelamatkan dari azab api neraka di akhirat.

4- Persaudaraan yang diikat erat daripada kesedaran iman dan taqwa kepada Allah. Terjalin semata-mata patuh dan taat , menyembah dan menyerah diri kepada Allah.

Prinsip-prinsip ukhuwah

1- Perdamaian atau hubungan yang baik , saling bermaaf-maafan dan tidak terlalu sensitif.

Firman Allah : “Maka hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan perbaikilah hubungan antara kamu dan taatlah kepada Allah dan Rasulnya sekiranya kamu orang-orang yang beriman “ ( surah Al-anfal : 1 )

2- Saling kasih mengasihi dan cinta mencintai ke arah mengeratkan lagi ikatan ukhuwah

.Firman Allah : “ Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaikkan sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kau cintai dan apa sahaja yang kamu nafkahkan , maka sesungguhnya Allah mengetahuinya” ( surah Ali Imran : 92 )Allah menjelaskan bahawa kasih sayang dan cinta mencintai antara satu sama lain boleh dipertingkatkan melalui sedekah.Kasih sayang dapat disuburkan sehingga mencapai taraf yang paling tinggi jika ornag-orang kaya mengorbankan segala sesuatu yang paling disayangi untuk membela nasib golongan malang.Apatah lagi jikalau kita mengorban sesuatu untuk kemaslahatan dakwah.Ukhuwah yang disandarkan atas dasar untuk kepentingan umat Islam(dakwah) adalah yang paling utama.

3- Persamaan yaitu ikatan ukhuwah akan terus kukuh jika manusia merasai atau mempunyai sifat persamaan diantara satu sama lain.

Tidak ada beza diantara kita kecuali ketaqwaan kita kepada Allah dan ketaqwaan tidak dapat dinilai oleh manusia tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Asas-asas ukhuwah

1- Akhlak yang mulia : - Berkata benar , menjauhkan diri dari perkara mungkar , penunaian janji , tolong tolong menolong , rendah diri dan lain-lain.

2- Ikhlas - Hanya orang ikhlas sahaja yang dapat mengorbankan segala-galanya untuk menyempurnakan hidup berukhuwah . - Ikhlas akan melahirkan insan yang berkhidmat tanpa noktah akhir

3- Amanah - Orang yang tidak amanah adalah orang yang mempunyai ciri-ciri orang munafiq - Allah telah memberikan amanah kepada manusia untuk memakmurkan ala mini4- Belas kasihan - Sifat ini dianggap cukup penting kerana tanpa sifat ini menyebabkan masyarakat masyarakat manusia menjadi masyarakat binatang yang suka melakukan kekejaman dan penindasan apabila ia berkuasa melakukannya.

Kelebihan ukhuwah

1) Termasuk di dalam 7 golongan yang di janjikan dalam hadis sebagai golongan yang akan mendapat lindungan paying Allah di akhirat kelak.

2) Allah amat kasih kepada hambanya yang berkasih sayang kerana Allah

3) Orang yang berkasih sayang di janjikan dengan balasan syurga

4) Sebaik-baik amal dan iman ialah kasih kerana Allah dan benci kerana Allah

5) Akan diberikan kekuatan yang luar biasa akibat daripada ukhuwah yang diamalkan seperti kemenangan umat Islam di banyak peperangan pada zamanNabi Muhammad s.a.w

Adab-adab ukhuwah

1) Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jika tidak mampu dia berikan apa yang lebih dari hajatnya

2) Bersegera membantu sahabat yang memerlukan bantuan kita

3) Menyembunyi rahsia sahabatnya

4) Menutup keaiban sahabatnya

5) Meninggalkan berbantah-bantah

6) Tidak suka sindir menyindir dan perli memperli

7) Sentiasa mendoakan sahabatnya didalam senang dan susah

8) Sentisasa melafazkan dengan perkataan “inni uhibbuki fillah” yang bermaksud sesungguhnya aku mencintai kamu kerana Allah

9) Sentisa bertanya khabar melalui sms , email dan sebagaunya.

10) Tidak mengabaikan sms dari sahabatnya

11) Sentiasa mengucapkan terima kasih diatas bantuan yang diberikannya

*****************************************************

ukhwah...
tidak akan pernah berakhir....
walaupun kenderaan yang kita naik tidak sama...
kita menuju ke tempat yang sama....
di sini hati kita tertaut....
menggapai cinta dan redha Ilahi....
walau di mana kita berada....
Allah tujuan kita...
Rasulullah SAW teladan kita....
al Quran pedoman hidup kita...
jihad jalan hidup kita...
shahid cita-cita tertinggi kita..
itulah persamaan kita...
persamaan akidah...
SubhanaAllah...
Allah yang menemukan kita ukhtifillah..
Sungguh hebat Allah..syukur padaNya kerana kita pernah dipertemukan..
moga ikatan ini kan bersemi selama-lamanya.

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...