Tidak..........,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai
masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau
panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org
jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun
rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2
kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina
kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat
untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat
Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki
yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita
selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita
inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan
terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya
apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita
ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang
memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa
membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa
membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya,
motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di
hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya
menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke
tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin
sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2
bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2
membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga
datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh
agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk
melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan
sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang
berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki
ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain
menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa
dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal
melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke
neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal
dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta
kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan
segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah
berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk
bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum
bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu
kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya
ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar
berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti
tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang
menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai
Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu
sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan
insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin
kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu
dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun
perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah
sampai dan tidak terhalang. "
Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi
Dipetik dari ruangan motivasi