Ahad, 15 Julai 2012

Jom beramal!


Assalamualaikum buat pembaca yang budiman dan berparas indah ciptaan Ilahi. Semoga kita semua masih dalam lembahyung rahmat dariNya. hampir sebulan tidak mengeluarkan sesuatu. Hari ini masih bernyawa dan diberi nikmat. seinfiniti kesyukuran dilafazkan dengan ucapan dan dizahirkan dengan tulisan. 

Di dalam menongkah arus kehidupan ini kita diajar dalam agama kita untuk melihat kepada perkara-perkara yang tersirat, bukan perkara-perkara yang tersurat. kita diajar untuk mengenal syurga dan neraka, dosa dan pahala, kebesaran, sabar. semua perkara ini bukan dijelma dalam bentuk fizikal tetapi ma'nawi. 

Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.(42:20)

Niat dan usaha dalam beramal itu amat penting. Allah melihat kepada niat dan usaha yang diberikan. Dianalogikan juga ibarat kita ingin menghasilkan padi. Kita akan berusaha menyemai benih dan menyiramnya. rumput-rumput akan tumbuh jua di sekitarnya. ibaratkan padi itu (akhirat) dan rumput itu (dunia). jika kita tanam rumput, padi tidak akan tumbuh. InsyaAllah perlu niatkan dan sentiasa perbaharui niat kita dengan menuju akhirat. Nak belajar, nak mencari ilmu Allah yang luas, dapat kaitkan dengan kebesaran Allah. Nak memasak, untuk senang beribadah selepas makan nanti. Nak bersenam, untuk mencergaskan jiwa dan fizikal, lantas mudah untuk mengerjakan perkara-perkara yang lebih baik. Nak mengajar, untuk memberi ilmu dan mengingatkan diri untuk beramal. Dan banyak lagi dalam sehari-sehari dalam kehidupan seharian kita. 

Kenapa perlu ada jemaah kak? soalan itu bermain di ingatan. jawapannya kerana kita perlukan jemaah untuk solat berjemaah kerana ganjarannya berlipat ganda dan Allah lebih suka.Jika kita hidup dalam berjemaah, kita akan disibukkan dengan pelbagai amal berbanding kita hidup sendirian. Hal ini kerana apabila berjemaah maksudnya bukan seorang. Kita akan menerima tuntutan dan tanggungjwab dan perlu penuhi hak-hak orang lain selain hak sendiri. Di sini ingin menyebut tentang ungkapan Arab. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.Apabila hidup berjemaah, kita akan ditarbiahkan dengan perkataan 'memberi tidak minta balasan'. Memberi sebanyaknya dan kembalikan usaha kepada Allah swt. Penyerahan dan pengabdian kepada Allah. Tujuan utama kehidupan kita. Kerana di atas muka bumi yang luas ini kita hanya 'hamba'. Tugas hamba ialah berkhidmat kepada Tuan.Gaji kita ialah Syurga. Tuan kita Allah Yang Esa.  Gaji yang diberi sangat bernilai dan perkara yang bernilai untuk memperolhinya menuntut pengorbanan yang bernilai juga.Allah swt sangat penyayang kepada kita. Allah menilai manusia bukan kerana harta kekayaan yang kita miliki, tetapi dengan kekayaan jiwa dan taqwa yang tetanam di hati. Perlu untuk berkorban unuk sesuatu yang bernilai dan sangat kekal.

Hadith dari riwayat Abu Hurairah 

عَنْ أَبى هُرَيْرةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْل الله صلى الله عليه وسلَّم: المُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنَ اْلمُؤْمِنِ الضَّعِيْفِ وَفِى كلِّ خَيْرٌ. اِحْرِصْ عَلَى مَايَنْفَعُكَ، وَاسْتَعِنْ بِاللهِ وَلاَ تَعْحَزْ، وَلَكِنْ قُلْ: قَدَّرَ اللهُ، وَمَا شَاءَ فَعَلَ، فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ
Terjemahan:
Dari Abi Hurairah ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai olih Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada tiap-tiap (mereka) ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang mendatangkan manfaat bagi kamu, dan pohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu lemah, dan sekiranya suatu (musibah) menimpa kamu maka janganlah kamu mengatakan: Kalau saya melakukan itu (dulu) sudah tentu saya akan begini dan begitu, tetapi katakanlah: (Ini adalah) takdir Allah, Dia berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya “KALAU” membuka amalan syaitan.

Pentingnya mukmin yang kuat itu kerana lebih dan lebih yang dapat. Dua-dua ada kebaikan. Mukmin yang lemah dan kuat. Cuba untuk melatih diri mnjadi lebih kuat. Lebih-lebih lagi nak masuk bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keampunan dan kelebihan.Salam Ramadhan diucapkan kepada yang membaca. Semoga amal-amal kita yang kta lakukan diredhai oleh Allah swt.Sudah bersedia? Mari kita sama-sama bersedia melakukan perkara-perkara yang disukai Allah. Semoga Allah menempatkan kita di tempat orang-orang yang beramal soleh.amin.=)


Tiada ulasan:

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...