Semoga kita semua akan menjadi hamba ALLAH yang lebih
baik lagi selepas ini. InsyaALLAH..semoga ALLAH sentiasa memberikan kita
hidayahNYA dan menunjukkan kita kepada jalan yang benar.
Hijrah pada zaman serba moden ini
bukanlah lagi hijrah dengan unta atau dengan kuda. Bukanlah hijrah kerana
dikejar oleh musuh durjana. Bukanlah juga hijrah yang memerlukan kita berjalan
di padang pasir yang panas membara. Tetapi, hijrah kita adalah hijrah hati,
ubah sikap dan baiki diri kita kepada yang lebih baik dari yang
sebelumnya. ana? Adakah ana sudah berhijrah? ana mencuba untuk perbaiki
yang lebih baik setiap hari. Sahabat2
juga mesti begitu kan.Mari kita sama2 mengazamkan diri kita..
Dalam kehidupan kita Ada sesuatu
yang lebih susah daripada susah iaitu berubah sehinga ada orang yang lebih
selesa untuk terus hidup susah berbanding dengan mengambil tindakan untuk buat
perubahan.. itu asasnya dan Hijrah dipilih sebagai peristiwa yang signifikan
untuk menandakanpermulaan kalender islam.Dalam byk peristiwa yang berlaku, hijrah
merupakan satu suatu titik perubahan…hijrah telah menukar dari islam yang
rendah ke tinggi.islam yang ditekan kepada dihormati.
Cabaran hijrah…ketika perang khandak
@ ahzab, para sahabat berada dalm keadaa yan sangat tertekan. Mereka dikepung
dengan tentera musuh arab yang bergabung di seluruh semenanjung tanah arab,
nabi saw telah menyebut sesuatu berkaitan dengan percaya Berjaya. Kata Baginda
saw, untuk memotivasi sahabat
Kota konstantinopal iaiu instanbul
pada hari ini pasti akan berada di tangan kita suatu hari nanti, sebaik2 ketua
adalah ketuanya, dan sebaik2 tentera adalah tenteranya, ana nak gambarkan
bagaimana perasaan sahabat ketika menerima sarana ini diterima..seolah2nya
beginilah, raja gopal, kua pemain Malaysia membuat pengumuman hari ini pasukan
malaysa akan menjulang piala dunia. Bagaimana kah perasaan penonton apabila
dengar,,,,boleh ke (keraguan) dan ana rasa mungkin itu perasaan sahabat ketika
rasulullah menyebut perkara itu, sebab mereka merupakan satu komuniti kecil di
madinah, yang hidup seperti di hujung tanduk, berada dalam kepungan.tetapi kontanstinopal merupakan kota yang terbesar
pada waktu itu, itu cara Nabi saw memotivasi sahabat. Percaya selepas melihat
sesuatu, itu tidak ada nilai yang signifikan tetapi yang hebat ialah percaya
sebelum melihat sesuatu dan kita bekerja
untuk melihat apa yang kita percaya..itu yang diajar Rasulullah kepada kita.
Baginda tidak berbohong,apabila Rasullah saw sebut,ia pasti akan brlaku,
sahabat pun meyakininya dan mereka bekerja untuk melihat apa yang mereka
percaya. Semangat itu yang kita nak bawa, dalam khdpn kita..maka usaha dibuat
dan dibuat..thn 44 hijrah Mesir x berjaya, tahun depannya x berjaya, berikutnya
x Berjaya, bukan 20 tahun penantian,,,,800 thn..janji Nabi saw itu tertunai pd
tahun 1453 di tangan manusia biasa yg luar biasa, namanya Sultan Mohammad al
Fateh,sultan ketujuh kerajan Turki Uthmaniyyah…konstantinople Berjaya
ditawan..(keazaman yang tingi dan tidak luntur)
Kekangan yang besar untuk berjaya pada
hari ini adalah soal kemampuan untuk percaya..cth:cita-cita untuk menjadi pekerja kilang bagi mereka yang
duduk pedalaman…usaha kita adalah untuk menukar kepercayaan itu.Dalam B.Ingeris
disebut baby elephant sindrom…kita lihat bagaimana kita pergi ke pertunjukan
sarkas,seekor gajah yang besar hanya ditambat dengan seutas rantai, yang sangat
mudah untuk dilepaskan tapi mengapa gajah itu tidak lepaskan diri? Kerana…..kesan
doktrinasi pengalaman silam, semasa ia kecil, ia dirantai.sebagai anak kecil, ia
cuba untuk melepaskan diri,cuba tidak berjaya,2x, dan akhirnya selepas 20 thn,
anak gajah dah jadi abang gajah,tapi abg gajah dah berhenti mencuba sebab ia
dah meyakini dalam kepalanya rantai itu tidak dapat dilepaskan,. Sebenarnya yang
merantai bukan kaki gajah itu, tetapi pemikirannya
Melaksanakan perubahan bukan
pilihan,tetapi kemestian.cukup sekadar ana katakan bahawa i.Allah akhir perjalanan
kita ialah syurga Allah swt..sipakah kita akan jumpa di syurga..kita akan jumpa
dengan Nabi Muhamad saw, Khalifah Abu Bakar, Khalifah Uthman, Khalifah Ali,
Saiditina Aisyah, Saiditina Khadijah..Siapakah mereka? mereka adalah orang-orang
yang hebat. Syurga adalah tempat orang-orang yang hebat untuk menyertainya. Kalau
diri kita tidak hebat, apakah pilihan yang kita ada? tak layakkah ke syurga? Ke
nerakalah…Nauzubillah min zalik. Tiada pilihan dan Allah meletakkan pd kita
semua ada potensi (Allah menjadikan manusia sebaik2 manusia) kejayaan terbesar
kita ialah kita mengenal di manakah keistimewaan dan potensi kita.
Sahabat-sahabatku..ingatlah, dunia
ini hanya sementara. Tiada apa yang akan kekal di dunia ini. Sebelum hijrah
yang fana, hijrah dari dunia ke akhirat itu tiba marilah sama-sama kita
berusaha menjadi hamba ALLAH yang lebih baik. Ambillah peluang yang masih ALLAH
beri pada kita pada hari ini, peluang untuk kita bernafas di atas muka bumi.
Manfaatkan sepenuhnya. Saat nyawa bercerai dari badan, tiada apa lagi yang
mampu kita kesalkan.
p/s: diambil dari saifulislam dalam
rancangan mhi. Amat terkesan dengan kata-kata ini. Mahu menyimpannya dalam
penulisan ini agar boleh diingati;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan