Isnin, 28 Januari 2013

2013

Akar yang mencengkam ke bumi, hasilnya menjulang ke langit


Membuka lembaran 2013 dengan cerita sebatang pokok.;)
Assalamualaikum wbt

Sudah lama tidak terisi. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk melakarkan di sini hari ini. Kesyukuran yang tidak terkira hanya padaNya yang sentiasa ada dikala sedih dan gembira, dikala keseorangan mahupun ramai. Semoga Allah masih menuntuniku serta orang-orang di sekelilingku ke arah redhaNya dan kasih sayangNya. Amin.

Dalam melangkah perlukan kekuatan, dalam melangkah perlukan kefahaman, dalam melangkah, perlukan keyakinan agar setiap langkah yang dilalui itu punya perasaan kebahagiaan yang sukar diperolehi di mana-mana. agar setiap langkah yang dilalui itu punya sifat kerendahan hati yang amat diperlukan. Istiqamah bukan sesuatu yang mudah. Perlukan kefahaman dan juga dorongan. Dalam al Quran ada dinukilkan tentang istiqamah.

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka -wahai Muhammad - kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagai mana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)". ( 42:15)

Tetap teguh (kekuatan di sini). Keteguhan yang dikehendaki ini akan diperoleh dari dalam iman yang berada di hati.Apabila kita makan buah durian yang enak dan lazat, erm, manisnya.. Dari mana kemanisan itu muncul? Dari rahmat Allah. Allah menurunkan air hujan kepada tumbuh tumbuhan dan dengan air hujan tersebut, pokok durian dapat hidup subur dan dapat menghasilkan buah yang lazat. Akarnya perlu mencengkam kuat ke bumi. Jika tidak mencengkam, pokok akan mati dan tidak tumbuh dengan baik. Akar yang mencengkam itulah yang akan dapat mengumpul air yang boleh pokok tersebut membesar dan teguh tumbuh. 

Begitu jua juga dalam kehidupan manusia, perlu kuat dalaman...cengkam seperti akar dengan bumi. Umat Islam dengan agama Islam. Perlu gengam sebaiknya, agar redhaNya diperolehi.

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka -wahai Muhammad - kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagai mana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)".(41:30)

Semoga diri ini dan diri kita semua masih berpegang dengan eratnya jalan yang lurus dan benar. Kami menyayangiMu Ya Rabbana. Tunjukilah kami jalan-jalan ke arah redhaMu.
   







  

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...