Jumaat, 13 Januari 2012

Alunan

Gema tasbih berbunyi sayup kedengaran
zikir dan tahmid menghiasi alam
alunannya yang merdu memuji Ilahi
damai di hati...

... Dan sayup terdengar suara azan
memecah sunyi di subuh hari
mengalun merdu suara rindu
menusuk kalbu terasa sayu

Dengarlah adikku dengarlah temanku
dengarlah kakakku dengarlah abangku
dengarlah adikku dengarlah temanku
dengarlah saudara dengarlah semua

Hidayah Allah adakah terasa
kalau masih belum carilah segera
di mana-mana ia pasti ada
cuma diri kita mungkin menolaknya

Terdengar suara merdu
gema bak buluh perindu
memecah sunyi nan syahdu
menusuk terasa sayu

Teringat lagu ni. Waktu tingkatan 1-5, lagu ni sangat terkenal. Dan saya mengingati lagu ini dan ia mencuit naluri. Jika dialunkan pasti semua orang gembira mendengarnya. Ataupun cuba cari dan dengar. Tak tahu lah ada ke tak. "Hidayah Allah adaakah terasa, kalau masih belum carilah segera". Tidak banyak mencoret dan semoga kita sentiasa mendapat hidayah oleh Pencipta kita. ALLAH. Love forever and ever.

Ahad, 25 Disember 2011

Belajar

Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan serta mereka mendirikan sembahyang. Dan sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya ia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali (surah 35:18)

Tersentuh hati ini membaca ayat cintaNya ini. Allah Yang maha penyayang tahu apa yang ada di dalam hati ini dan hati kita semua. Jazakillah kepada akhwat yang tidak putus memberi nasihat. kadang2 diri ini memang alpa dan lupa. Perlukan teguran dan bimbingan juga. InsyaAllah sama-sama perbaiki. Semoga Allah meluruskan niat dan mengikhlaskan seala kebajikan yang dibuat.

Banyak perkara yang berlaku. Setiap perkara yang kita hadapi itu sukar, bermakna itu adalah satu proses tarbiyyah yang kita perlu hadapi dan pelajari. Bukan mudah tetapi ia juga bukan susah. Memerlukan kesabaran dan doa dariNya.

Kadang-kadang terasa perkara yang kita suka itu betul tetapi ia adalah sebaliknya. Perkara yang kita tidak suka itu kadang kala ia betul. Jadi di sini kita perlu belajar untuk menghadapi perkara yang kita suka dan tidak suka. Cuba lapangkan dada memahami setiap yang berlaku sebagai satu hikmah.

Segala kata-kata ini coretan untuk diri ini dan bersama.

Sabtu, 10 Disember 2011

Acheh lagi

warkah yang ditulis oleh salah seorang adik di Acheh:

Tak terasa hari terus berjalan
Dan kini tiba perpisahan
Yang tak pernah ku sangka
Namun apa daya diri ini
Kerana memang ini takdir nyata
Yang datangnya dari Ilahi
Benar apa yang telah dikatakan sang pepatah
yang berbunyi:
Bukan perpisahan yang ku tangisi
Tapi pertemuan yang ku sesali
Dirimu bagaikan mutiara yang berkilauan
Yang dapat menerangi setiap hamba2Nya
Yang tengah berada dalam kesedihan yang nyata
Hanya satu yang ku inginkan dari akak tetaplah
Berjuang menempuhi onak dan duri
Dan jadilah wanita soleha yang dirindui syurga

by: Nanda
to: Kak ja

Rabu, 30 November 2011

Sejati

kita sahabat ye..selamanya

Sayu mendengar alunan doa yang penuh pengharapan menggegarkan stadium yang luasnya sangat besar. sebak dengan setiap bait-bait kalimah doa yang dilafazkan waktu itu mengundang titisan air mata mengalir laju. Dada berombak dengan getarannya, pemiliknya sahaja yang tahu. Benar terasa Allah sentiasa bersama ketika mana doa dipanjatkan waktu itu. Lahir perasaan yang CINTA dan SAYANG padaNya. Mengharapkan setiap kalimah doa yang diaminkan didengari oleh Allah, Tuhan sekalian alam. Alhamdulillah tidak terungkap di situ dan sudah tertulis di sini. Coretan yang ingin dikongsi bersama. Ya Allah Kau hidupkan hati-hati kami ini dalam meminta sesuatu kepadaMu agar tumbuh perasaan yang tenang dan takut hanya padaMu. Engkaulah pemilik hati-hati kami. Kau pimpinlah kami ke jalan yang diredhai olehMu Ya Allah.

Maka bersurailah semua yang ada di stadium itu dengan ungkapan doa yang penuh syahdu. Kaki ini mula melangkah dan salam bersalaman dengan akhwat yang disayangi yang datang dari pelabgai arah. Tatkala bersalam dengan salah seorang akhwat yang disayangi, hati terasa sangat sebak dan hiba. Air mata mengalir lesu. begitu juga dengannya. Teringat saat itu. Mula berjumpa denganmu walau jauh beribu batu. Terasa di situ pergantungan yang tinggi hanya padaNya. Kemudian kita lamanya tidak berjumpa. Ukhwah kita bermula atas Cinta Yang Satu. Terasa ukhwah itu sehingga saat ini biar lama berjauhan tetapi sentiasa dalam ingatan. biar jauh tidak bersua tetapi sentiasa dalam doa. InsyaAllah.

Sahabat itu...Allah yang bagi kamu pada saya.. Jadi kita sama-sama bersyukur dan tingkatkan kasih dan cinta kita pada Allah ye. Sahabat itu, Allah yang menghadirkan kamu untuk sama-sama membantu dalam jalan ini. Allah tahu kekurangan diri, menggantikan pada kamu kelebihan supaya sama-sama dapat membina kekuatan diri, kekuatan dalaman, keyakinan. Alhamdulillah. Persahabatan yang kita jalin adalah kerana Allah yang berikan. Tanda Allah maha pengasih dan penyayang kepada hamba-hambaNya. Semoga diri kita istiqamah dalam melakukan perkara yang dicintai Allah dan diredhaiNya.Sebagaimana Allah telah berfirman dalam surah al Qasas ayat 77 yang bermaksud: Dan carilah dengan apa yang Allah dianugerahkan kepadamu itu negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada duniawi, dan berbuat baiklah sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.

Ahad, 20 November 2011

Pengembara hakiki

keperitan itu ujian ketabahan

Memetik ilmu dari buku Muntalak yang ditulis oleh Muhammad Ahmad ar Rashid pendakwah hari ini mesti menjadi pengembara di pelusuk kota, kampung, negeri dan di mana jua menurut kemampuan dan keupayaan mereka untuk menyampaikan seruan Islam kepada manusia.

sebagai contoh , lihatlah bagaimana Rasulullah SAW melawat ke lembah-lembah dan kampung-kampung pedalaman untuk menyampaikan kalimah Islam dan berita gembira tentang Islam kepada seluruh orang Arab. Baginda tidak menunggu mereka datang ke Madinah. cubalah kamu saksikan, apakah jawapan baginda apabila ditanya tentang rukun Islam, baginda menjawab; "Tidak aku tambah atau aku kurangkan sesuatu darinya," Jawapan ini adalah untuk soalan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW yang berbunyi; "Hai Muhammad, utusanmu telah datang kepada kami dan telah menyatakan kepada kami bahawa kamu mengatakan behawa kamu adalah utusan Allah?"

Jelaslah bahawa utusan Rasulullah telah pergi menemui mereka sebagai pendakwah sebagaimana yang telah dilakukan oleh baginda Rasululllah SAW. Barangsiapa yang hanya menunggu orang ramai datang kepadanya, orang itu bukanlah pendakwah.

Jika diperincikan kata-kata orang Arab tersebut, jelaslah kepada kita bahawa para sahabat yang berdakwah sanggup meninggalkan Madinah apabila mereka dihantar oleh nabi SAW untuk berdakwah kepada kaum tertentu. Mereka meninggalkan keluarga, rumah, dan anak-anak mereka. mereka mengharungi padang-padang pasir, bukit-bukau dan gunung ganang. Mereka terdedh kepada bahaya, sanggup berpanas dan berhujan demi menyampaikan seruan Islam.

Inilah bentuk dakwah yang ingin mencapai wawasannya. Ia perlu bergerak dan bermula, pagi mahupun petang, dengan perbualan dan perkataan yang benar. Sikap duduk dan mengharap tidak akan sampai ke mana. Oleh itu, pelajarilah sejarah ahli salaf dan turutilah mereka. Pasti kamu akan sampai ke matlamat. Jika tidak, mundar mandirlah sahaja di tempat kamu, dan kamu tidak akan sampai ke mana-mana.

Jumaat, 18 November 2011

Acheh


Tak terasa waktu telah berlalu
Kenangan indah sudah tiba di penghujungnya
Canda tawa kita telah berakhir
Yang tinggal hanya ratapan tangis pilu
menanti kejadian yang pasti terjadi

Menanti kepergian orang yang akan pergi
Menanti perginya sesuatu yang amamt bearti
Yang menghibur kala teririsnya hati
Yang selalu memberikan kasih sayang yang
tak terhenti, sampai akhir hayat ini.

Namun, semua ukhwah manis yang telah kita jalin bersama,
tak akan hadir pada esok hari

Ku ucapkan Selamat tinggal kakak-kakak
Semoga kenangan indah selama ini tak pernah
terlupakan untuk selamanya.

.....untukmu.......:)

nukilan adik Sapriani
Pondok Yatim Ar-Raudhah Tahfidzul Qur'an Gampong Blang Wue Panjoe Kota Lhoksuemawe, Acheh, Indonesia

Jumaat, 28 Oktober 2011

Sajak Sahabat

.....

“Teman yang soleh, malunya mengatasi perawan,
beraninya mengatasi pahlawan..
cintanya bukan pada gambaran,
rindunya bukan pada pertemuan,
tetapi hatinya sarat dengan iman dan taqwa kepada Tuhan”
sahabat jangan kau menyesal
jika kau kehilangan sahabat kerana Allah
Kerana kebenaran yang mulia itu dihina
Jangan kau ragu walau sedikit pun dalam keimanan

Kadang-kadang kawan boleh jadi lawan
Kadang-kadang lawan boleh menjadi kawan
Apalah yang disedihkan hati
kerana Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan kau bersedih jika kau selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul yang mulia
Lebih terseksa menderita
tetapi Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu
kerana Allah sentiasa bersamamu

Duhai Teman Duhai Sahabat…
Hargailah bila bersahabat…
Maafkanlah bila terluka… Fahamilah bila keliru…
Nasihatilah bila terleka…
Tegurlah bila tersilap… Ingatilah bila kesunyian…
Itulah kehebatan ukhwahfillah…
Ana uhibbukifillah ya sohabati
Ana uhibbukifillah aidhon..
Moga ukhwah kita membawa kita ke syurga

Sajak yang dilaungkan memenuhi setiap ruangan dalam ruangan Madrasah Tarbiah malam tadi (edit dari lirik lagu Hijjaz bertajuk kawan). Menyentuh perasaan dan hati. Semoga ukhwah kerana Allah itu akan sentiasa dipelihara dan diingati terutama dalam doa-doa kita sehari-hari. Uhibbukifillah hingga JannahNya.

.....

Ya Allah ku bersyukur memiliki sahabat. Kepada Engkau segala puji-pujian atas nikmat yang Kau berikan. Kau tunjukkan pada kami jalan mencari redhaMu ya Allah.

...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...