Selasa, 10 November 2009

Masalah Dalam Menempuhi Perjalanan



Untuk seketika ana ingin mencoret sedikit memikirkan selepas ini ana lame tidak akan menulis di sini sebab cuti sem yang kian hampir. Ana akan pulang dan tak dapat banyak meluangkan masa di sini. Mungkin banyak meluangkan masa dengan keluarga yang dirindui. Ana ingin mencoret sedikit bisikan nurani yang ana terjumpa sepanjang ana tidak menulis di blog ini. Ada sedikit cerita yang ana ingin bawakan bersama..

Zainab menyepi seketika di birai tingkap biliknya. Banyak yang difikirkan...semuanya bercantum menjadi satu perasaan sedih. Masalah dalam diri dirasakan begitu bertimpa-timpa sehingga merasakan diri begitu sepi, mendung dan ingin mengeluarkan titisan air mata. Sapaan lembut Fatimah menyedarkan Zainab dari lamunan. "kamu ada masalah?" fatimah bertanya. Sapaan dan suara yang begitu mengambil berat dari Fatimah membuatkan air mata yang lama tersimpan bertakung dan mengalir perlahan. Fatimah membiarkan dahulu. Hanya terdengar bunyi dari jam dinding biliknya berdetik yang tak pernah berhenti. Tidak lama Zainab bersuara "terima kasih fatimah" setelah kesedihan yang dialami kembali reda. "tak nak berkongsi cerita" tanya Fatimah yang agak kehairanan dengan tindakan Zainab.

"Sebenarnya ana mengalami masalah dan ana tahu semua orang ada masalah. Cuma mungkin masalah yang dihadapi berlainan mengikut kemampuan kita".Zainab memulakan cerita."Ana tahu semua masalah berpunca dari hati dan masalah itu akan selesai dengan adanya ubat bagi hati kita". "apa ubat bagi hati"? tanya Zainab kepada Fatimah. Fatimah mengikut rentak Zainab. "ubat hati ada lima. yang pertama baca alQuran dan maknanya. Yang kedua dirikan solat malam, banyakkan berpuasa, panjangkan zikir di malam yang hening dan yang terakhir berkumpul dengan orang yang soleh. Ana tak tahu apa yang bermain di fikiran anti sekarang tapi ana hairan sebab anti kan ada masalah? Masalah anti dah selesai ke?" tanya Fatimah tenang. "dah selesai masalah ana" jawab Zainab bersahaja sambil mengukir senyuman. "kalau begitu ana nak ajak anti makan bersama malam nie. ana belanja" Fatimah berseloroh.



Zainab dan Fatimah saling memberi nasihat, melontarkan idea dan menceritakan segala yang berlaku. Masalah yang sebelum ini menghimpit Zainab bagai dibawa terbang oleh angin malam itu.Sebelum Fatimah berangkat, Zainab memberitahu sedikit perkara yang membekas dalam jiwanya. Setiap yang hidup pasti akan mati. Allah yang menghidupkan dan Dia juga yang akan mematikan kita. Begitu juga dengan masalah. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Allah yang memberi masalah dan Dia juga yang menyelesaikannya. Kita ada berjanji untuk berjumpa hari ni? tanya Zainab. Pantas Fatimah menggeleng. Perjumpaan kita telah dirancang oleh Allah swt yang mana lebih mengetahui perasaan yang ana alami. Dalam Al Quran dalm surah Qaf ayat yang ke 16 yang bermaksud:

16. dan Demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa Yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.

Bukankah berkumpul dengan orang soleh merupakan ubat hati? Segala masalah ana hilang insyaAllah dengan hadirnya anti ke bilik ana. Masalah yang ana hadapi terubat dengan kehadiran anti. Hati ana begitu lapang dengan kehadiran anti walaupun sebelum ini ana ada masalah. Mungkin ini berkat doa anti dan orang-orang ada di sekeliling kita. Wajar untuk kita hadapi masalah tetapi anti kene ingat banyak masalah orang lain lagi kita perlu fikirkan. Jika kita sibuk dengan masalah kita, masalah orang-orang yang dekat dengan kita yang mencurahkan masalah mereka kepada kita siapa yang nak dengar, siapa yang nak bagi semangat jika kita terus hanyut dengan masalah yang kita alami? Kita lah yang akan menjuadi pendengar yang baik, menjadi penyelesaian bagi setiap permasalahan walaupun kita tidak memberi penyelesaian yang terbaik tetapi sekurang-kurang kita dapat mengurangkan beban masalah yang mereka tanggung, insyaAllah dan perlu kita ingat dan berdoa kepada Allah agar dapat mengilhamkan tutur kata yang baik,semangat yang memberi kesan kepada hati kita dan mereka.

Fatimah tenang mendengar luahan dan nasihat sahabat baiknya itu. Sememangnya dia tahu Zainab seorang yang tabah, sabar dan seorang sahabat yang banyak memberi dorongan dan nasihat. Sungguh hebat ukhwah kerana Allah kerana ia tidak boleh dijumpai di mana-mana, tidak boleh dibeli dengan harga pun yang boleh memimpin kepada Allah swt. "erm terima kasih di atas penghargaan anti tentang diri ana walaupun ana tak menyelesaikan masalah anti tetapi anti menghargai ana. Ana teringat hadith yang ke 36 tentang balasan orang yang meringankan beban orang lain. Huraiannya yang bermaksud:

Dari Abu hurairah ra.,Nabi saw bersabda, "Barangsiapa melepaskan seseorang mukmin dari penderitaan-penderitaan dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya penderitaan-penderitaan hari akhirat. Barangsiapa menutup aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan sentiasa menolong seseorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya. Barangsipa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di satu rumah di antara rumah-rumah Allah untuk membaca kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama kecuali akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah akan memuji mereka di hadapan (para malaikat)yang berda di sisiNya. Barangsiapa yang amalnya kurang maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya..(hadith riwayat Muslim)

"SubhanaAllah, sungguh hebat kan ganjaran yang Allah bagi.Jazakillah kerana datang berjumpa ana". Zainab bersalaman erat dengan fatimah."Jazakillah juga ukhti di atas segala nasihat, teguran membina serta menaikkan semangat ana untuk terus berbuat. Ana sayang anti kerana Allah". Sempat Fatimah berbisik ke telinga Zainab sebelum meninggalkan Zainab dengan harapan yang baru diperolehinya."Semoga mendapat keredhaan dan keberkatan Allah di setiap perjalanan. Ana uhibbuki fillah". Sempat Zainab membalas sambil tersenyum kelapangan. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah di atas segala-galanya yang terjadi. Bisiknya di dalam hati sambil menghantar Fatimah sehingga hilang dari pandangannya.

Ambillah yang mana boleh diambil dari kisah yang sememangnya berlaku dalam diri kita. Cuma mungkn jalannya yang berbeza. Gunalah lima ubat hati insyaAllah yang tidak perlu dibeli dimana-mana. Cuma memerlukan mujahadah yang tinggi melawan hawa nafsu. InsyaAllah semoga Allah meluruskan niat kita dan semoga kita sentiasa berada dalam rahmatNya.

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...