Isnin, 18 November 2013

Taddabur alam

Bismillahirrahmanirrahim



Dalam sehari-hari kita membaca al Quran, adalah untuk kekuatan jiwa dan dalaman kita. Penguat tika kita dihimpit dengan dugaan yang bakal mendatang. Ia adalah bekal dan ubat jiwa yang paling mujarab dalam merawat jiwa yang resah dan sakit. IzinNya. Disebab itu, dalam perjumpaan mingguan kita atau bersama anak usrah kita, kita akan ingatkan tentang rawatan ini. Bacaan al Quran berapa juzuk yang kita boleh dapatkan dalam seminggu. Muhasabah diri.

Beberapa hari lepas telah mengikuti adik-adik KRIM (Kelab Remaja Isma) berprogram di sebuah pantai yang cantik dan indah ciptaan Ilahi. Adik-adik telah melalui satu aktiviti ketika mereka disana. mereka dikehendaki  melihat sekeliling dan menterjemahkan dengan dua rangkap pantun. Diri ini suka menukilkan pantun ini di sini hasil kreativiti mereka disebabkan pantun mereka sangat bagus.

Kumpulan 1

Duduk bersimpuh Puteri Serani,
Lantaran menunggu Putera Seberang,
Sungguh segar udara di sini,
Membuat hati berasa tenang.

Baju ketat aurat terdedah,
Moga Allah beri hidayah,
Sungguh ramai orang beriadah,
Bersama ibu dan juga ayah.

Kumpulan 2

Sungguh indah hutan menghijau,
Terdapat banyak flora dan fauna.

Kumpulan 3

Pulau kera nampak di mata,
Tumpuan keluarga untuk bercuti,
Aman damai hati merasa,
Keindahan diberi oleh Ilahi.

Pergi ke D'cove bersama-sama,
Kerana Allah niat dihati,
Aktiviti bersama persatuan ISMA,
Banyak memberi manfaat diri.

Kumpulan 4

Pokok tinggi daun rendang,
Pantai bersih hati tenang.

Sudah selesai pantun mereka. Terimalah pula pantun ini untuk mereka.

Indahnya budi bersopan santun,
itulah akhlak yang diajar Nabi,
Sungguh pandai melakar pantun,
Punyai bakat yang tersendiri,

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...