Selasa, 23 Jun 2009

selamat tinggal ukm untuk sementara..

salam
hari nie sudah berakhir short sem ku di ukm nie..pagi nie aku akn berangkat menuju ke kg halaman yang dicintai lagi dirindui. banyak yang aku dapat belajar di ukm nie khususnya waktu short sem nie. walaupun sem nie agak singkat tetapi aku merasakan sem ni lah yang paling baik kerana banyak yang aku buat.




antaranya bekerja di Q Maz Food. banyak pahit manis sewaktu bekerja di sana. ramai kenalan dan ukhwah dibina sepanjang di sana.. terutamanya k.nor, k.Ros, azwa, k. fiza dan ramai lagi. hari yang dilalui terisi dengan baik. aku dapat belajar buat roti dengan baik. banyak roti yang aku serta shbtku buat .antaranya sugar raisin, mexican bun, roti sosej, roti berintikan kacang merah, kaya, kelapa, ikan bilis, alzebra, roti pandan, potato, roti krim, roti cheese, roti castard. banyak roti yang kene disiapkan dalam sehari. Kadang-kadang terasa masa berlalu begitu cepat kerana kita asyik buat roti, tetapi sememangnya ia sesuatu yang menyeronokkan.


aku bekerja pada hari isnin hingga jumaat kecuali hari rabu dengan khamis sebab waktu tu je ada kelas english foundation. tapi, kelas berlangsung sampai tengahari dan pada waktu petang tu aku sambung bekerja. mungkin disebabkan itu masaku begitu panjang kerana aku dapat menggunakan untuk bekerja part time. pada hari sabtu dan ahad pula, aku belajar memandu kereta dan motor. teringat semamsa nak ambil ujian berkomputer mukaku pucat seperti nak ambil ujian jpj. takut sebenarnya tetapi Alhamdulillah lulus ujian tue w/pun preparation teramatlah sedikit.

sekarang masih lagi otw untuk menghabiskan latihan memandu kereta.sesuatu yang menyeronokkan apabila pertama kali membawa kereta di jalan raya. pada permulaannya aku agak terkejut kerana disuruh jadi driver. sememangnya aku tidak pernah memgang stereng kereta apatah lagi membawanya. namun disebabkan semangat nak belajar lebih tinggi daripada ketakutan, aku dapat membawanya w/pun banyak kali enjin mati sebab tak pandai bermain dengan clutch. he..

hari kedua belajar ada sedikit peningkatan dirasakan. sebab kaki boleh mengawal clutch dan enjin sekali dua je mati.., belajar parking dengan baik. kedudukan tangan dan badan macamne, kedudukan kaki, macamne nak kawal clutch dengan baik. Alhamdulillah semuanya menjadi mudah dengan adanya pertolongan Allah dan kesungguhan diri kita. oklah daku pun ingin berangkat pergi. semoga Allah perbetulkan segala niat kita. perbaharuilah niat kita untuk mencapai redhaNya.




Biar apa pun yang kita lakukan, ingatlah Allah s.w.t banyak membantu kita. gagal sekalipun tak bermakna Allah tidak membantu kita tetapi Allah tidak memberi apa yang kita mahu tetapi memberi apa yang kita perlu. Allah sahaja yang tahu apa yang bakal menimpa kepada kita. Mungkin Allah ingin meletakkan kesabaran dalam hati kita akibat kegagalan dan mungkin Allah ingin supaya kita terus mengharap dan berdoa kerana Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan pengaduan hamba-hambanya.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Allah s.w.t ada berfirman dalam al-Quran yang bermaksud "Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah kamu dalam kebaikan. Dimana sahaja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya. Sungguh Allah Mahakuasa atas segala sesuatu" surah al Baqarah (2:148)




Firman Allah jelas menyeru untuk manusia berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan. Pesanan ini dari Pencipta yang mana yang menyediakan syurga dan neraka di akhirat kelak.. Namun, Allah jua memberi nasihat dan peringatan supaya kita termasuk dalam nikmat syurgaNya ,insyAllah...amin...Berbuat baiklah di mana sahaja kita berada, walau dengan sesipapun bersama kita, tegurlah mereka..kita berpijak di bumi ini bukanlah sebagai seorang yang berkuasa. Teringat nasihat seorang pakcik semasa balik dari latihan memandu,, kita berpijak tanah di bumi ini, adakah tanah yang dipijak itu merekah?..kita berjalan di bumi ini, adakah awan mendung memayungi kita? kenapa perlu kita sombongkan diri, walhal kita tidak berkuasa sedikit pun.

Sabda Rasulullah s.a.w:

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له

“Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah segala amalan (dari dia) kecuali tiga (kebaikan): Sedekah jariah (yang ikhlas), ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang salih yang mendoakan (kebaikan) untuknya”.

ingatlah..di mana sahaja kita berada, Allah sentiasa memerhatikan...akan dikumpulkan..akan disoal..seperti exam yang kita jalani di dunia ini...belajar...baca...akan disoal...bezanya, natijah (keputusan)dari Allah yang Esa yang paling utama...w/pun tidak diberi anugerah dekan atau hadiah kecemerlangan..ingatlah,,nikmat yang dirasai lebih besar dari seluruh harta yang ada di dunia,insyAllah. Semoga Allah memegang memimpin hati kita ke arah cinta dan redhaNya.amin

Ahad, 21 Jun 2009

jihadu fi nafsih




Dalam kehidupan kita sebagai umat Islam serta hamba Allah s.w.t..banyak tanggungjawab yang perlu dipikul dan amanah yang perlu diselesaikan sebelum kite menempuh alam yang lain yakni alam barzakh..kelakuan kita sewaktu di dunia menunjukkan bagaimana kelakuan kita di alam barzakh..kelakuan kita di alam barzakh menunjukkan bagaimana kelakuan kita di padang mahsyar..kelakuan kita di padang mahsyar menunjukkan bagaimana kelakuan kita sewaktu meniti titian sirhathol mustaqim. kelakuan kita di titian sirhathal mustaqim menunjukkan adkah kita di syurga atau neraka..na'uzu billahi min zalik..

semoga kita dijauhkan dari perkara yang tidak baik dan dikembalikan dalam keadaan yang baik.. sekarang kita menempuh fasa yang kedua selepas berada di alam rahim..sungguh ni'mat apa yang telah diaturkan Ilahi..Selama 9 bulan kita berada di alam rahim, adakah kita bekerja untuk sesuap makanan ke dalam perut kita?? tentu tidak,, tetapi setiap rezeki itu dikurniakan oleh Allah s.w.t yang menjadikan kita.. kenapa kita perlu menyombongkan diri sewaktu berada di alam yang kedua ini? adakah kita sedar kita perlu menempuh beberapa fasa lain yang sememangnya setiap fasa itu sudah tiada ampunan dari Allah s.w.t.

wahai pemuda pemudi harapan Islam, wahai hamba Allah s.w.t yang kerdil dan hina,,kita tidak punya apa-apa pun sebenarnya melainkan kasih sayang dan rahmat dari Allah s.w.t..kerana kasih sayang Allah s.w.t, saya boleh lagi menulis di blog ini, kerana kasih sayang Allah, saya masih lagi boleh menggerakkan jari jemari ini..sungguh ni'mat apa yang Allah kurniakan kepada kita..

ambillah kesempatan dan peluang yang diberi Pencipta sekelian alam ini untuk digunakan ke jalan yang diberkati dan dirahmati Allah s.w.t..mintalah ampunan dariNya selagi nyawa masih utuh dalam jasad..selagi dada berombak halus bernafas menyedut udaraNya.

Khamis, 18 Jun 2009

uhibbuki fillah


Asslamualaikum kepada semua hamba Allah s.w.t

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana melancarkan dan memudahkan perjalanan kami di sungai congkak. Di sini ingin saya kongsikan apa yang saya perolehi sepanjang saya berada di sana. Perjalanan saya agak lewat pada hari Jumaat akibat ada amanah (kerja) yang perlu disiapkan. Malam itu, kami berlima bertolak jam 10 pm dan tiba di sana jam 12 am. Walaupun malam yang gelap menemani kami tetapi Allah s.w.t memudahkan perjalanan kami ke sana.Semuanya menjadi mudah dengan pertolongan Allah s.w.t.


Antara program yang ada dan mebina diri kami ialah tazkirah mengenai Rasulullah. Pentingnya untuk kita membaca buku, tambahkan tsaqafah dalam diri. Terasa diri begitu jauh dengan sirah-sirah. Antara yang terbooster ialah perubahan dalam mendidik diri untuk tambahkan ilmu dan terapkan dalam diri dua pereri jalan untuk kita tergookara yang penting iaitu sabar dan sanggup mengorbankan diri untu kepentingan orang lain. Semoga Allah memberi peluang untu berbuat, insyaAllah.



Jumaat, 12 Jun 2009

salam kasih sayang


Alhamdulillah. Di saat ini diberi peluang untuk menulis walaupun srba ringkas. InsyaAllah mlm ini ana akan bergerak ke sungai congkak untuk program 'eic'. Semoga Allah s.w.t meluruskan niat kami semua. Semoga aktiviti serta pengisian yang berlangsung di sana dapat menambahkan keimanan dan ketaqwaan dalam hati kami, insyaAllah. Ya Allah, selamatkan perjalanan kami pergi dan balik serta berikanlah keredhaanMu kerana itulah yang kami ingin kecapi.

Rabu, 10 Jun 2009

salam mahabbah




Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah di atas setiap nikmat oleh Allah s.w.t kepada ku dan hamba-hambanya di dunia ini. Semoga Allah terus meletakkan dalam diri kita nikmat bersyukur kepadaNya di atas setiap nikmat yang tidak terhitung dengan segala kekayaan di dunia ini. Ana sekarang masuk minggu ketiga sudah bekerja di Q Maz Food. Sedar tak sedar sudah banyak masa berlalu. Minggu depan drama (english foundation) akan dipertontonkan. Dan hari Isninnye, ana ada exam untuk english foundation. Banyak masa telah berlalu. Semoga kita dapat menggunakan masa yang diberi oleh Allah ini sebaik yang mungkin kerana setiap saat ia akan dipersoalkan di akhirat kelak. Tidak ada yang dapat menipu waktu itu...SubhanAllah.

Semoga setiap amalan yang dilalui adanya redha Allah s.w.t dan kebersamaan Allah dalam setiap pekerjaan kite sentiasa ada. amin...banyak perkara yang berlaku dalam hidup ini dibantu oleh Allah. Sememangnya dalam firman Allah Taala ada mengatakan dalam surah 47 ayat 7 yang bermaksud wahai orang-orang yang beriman, tolonglah agama Allah s.w.t, nescaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu..

Semoga Allah perbetulkan setiap niat kita berada di dunia yang sementara nie. Semuanya adalah untuk mencari redhaMu Ya Ilahi.

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...