Jumaat, 17 Disember 2010

^_^.....^x^




Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang, dimulakan penulisan ini, semoga apa yang tersurat dan tersirat akan diberi pimpinan dan petunjuk oleh Allah untuk difahami dan dicerna oleh minda.

Buat sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,

Semoga sentiasa di dalam lembayung kasih sayang Allah s.w.t. di sepanjang meniti kehidupan yang sementara ini. Kesyukuran kepada Allah Ta’ala yang teragung kerana kita masih lagi diberi peluang untuk merasai, menikmati ,meniti hari ini dan melihat alam ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w. serta keluarga, para sahabat dan seterusnya umat Islam yang sentiasa menegakkan Dinul Islam dengan penuh keikhlasan.

Tika gembira….Allah lebih tahu kita gembira…
Tika sedih….Allah lebih tahu kita sedih…

Dalam surah an Najm..surah 53, ayat 43 firman Allah yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis”

Terharu selepas membaca maksud ini. Memang benar semuanya. Kerana itu tidak pelik jika kita mendapat meseg yang menteteramkan daripada akhwat atau sesiapa sahaja walhal mereka tidak tahu kita dalam suarasa sedih atau gembira. Tetapi Allah yang tahu..Allah jua menggerakkkan manusia lain untuk memberi meseg atau nasihat itu. Kerana itu juga kita wajar untuk menyayangi semua orang. InsyaAllah dengan seizinNya.

Jadi mari kita lafazkan bersama-sama “kami saaayang Allah” “Allah saaayang kami”

Oleh itu, merupakan suatu kewajipan bagi kita untuk melaksanakan kewajipan kepada Allah yang telah mengurniakan sesuatu yang berharga kepada kita. Persoalannya apakah kewajipan yang harus kita laksanakan kepada Allah yang telah memberikan kurnia-Nya kepada kita? Jawapannya ialah hendaknya kita melakukan apa yang disuruh-Nya dan meninggalkan apa yang ditegah-Nya serta menunjukkan sikap sebagai pengikut Rasulullah s.a.w. yang tulus dan setia. Yakni menjadikan diri kita seorang mukmin yang sejati insyaAllah

Akhir kalam, sama-samalah kita berdoa moga Allah menetapkan hati-hati kita dalam keadaan iman dan Islam.



Untaian Kata Sayyid Qutub

“Bila kita hidup untuk diri sendiri, maka kita akan menemukan hidup ini amat singkat dan kurang bermakna, bermula dengan kelahiran kita di muka bumi ini dan berakhir dengan berakhirnya usia kita yang sangat pendek dan terbatas.

Bila kita hidup untuk orang lain atau untuk sebuah pemikiran, maka hidup kita akan menjadi panjang dan lebih bermakna, bermula dengan hadirnya perasaan kemanusiaan dalam diri dan terus berlangsung hingga datangnya hari kiamat.

Kita memang tidak mempunyai pilihan untuk tidak mati, tetapi kita masih mempunyai pilihan bagaimana dan untuk apa kita mati, husnul khatimal atau su’ul khatimah..”

Catatan:
Tulisan ini merupakan petikan surat yang ditulis dalam penjara.

Selasa, 30 November 2010

pergi tak kembali

Dalam suasana hiruk pikuk Bandar, suara menggamit kemajuan, disana masih ada yang hidup berpapankan kayu yang menunggu runtuh sahaja. Susah untuk digambarkan penderitaan yang dialami, namun pahit ubat tidak sekelumit dengan pahitnya liku kehidupan yang dihadapi keluarga ini. Keluarga yang dimaksudkan ialah, Allahyarhamah Siti Esah.

Siti Esah binti Mohamed(gambar), mahasiswi Tahun 3, Jabatan Syariah daripada Fakulti Pengajian Islam, UKM yang kembali ke rahmatullah disebabkan kecederaan parah akibat kemalangan jalan raya yang berlaku petang 12 November 2010 semasa mangsa dalam perjalanan pulang kekampung bagi menyambut Aidiladha berasama keluarga. Arwah merupakan anak sulung dari 9 orang adik beradik. Allahyarhamah tinggal di Kampung Permatang Rambai, Pasir Puteh Kelantan. Kehidupannya bersama ibu dan adik-adik amat memeritkan setelah pemergian ayahnya beberapa tahun yang lalu.

Hasil sara hidup keluarga hanya bergantung kepada hasil kerja menoreh getah orang lain oleh ibunya. Siti Esah diajar hidup dalam keadaan sentiasa dalam kesempitan hinggakan makan dan minum pun terabai. Beliau sentiasa mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis dek kerana kuatnya pegangan agama dan juga dihimpit kekurangan makanan.

Secara ringkasnya, beliau , merupakan pelajar cemerlang disekolah. Ini dibuktikan dengan beliau dinobatkan pelajar terbaik peringkat sekolah dan nombor 4 yang cemerlang diperingkat kebangsaan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia ( STAM ). Kemiskinan tidak menjadi alasan untuk dia berjaya dan juga mampu menjadi muslimat solehah.

Siti Esah merupakan harapan keluarga. Adik-adik yang masih kecil mengharapkan kakaknya ini bakal menjadi penyelamat untuk keluarga mereka. Ada adik Siti Esah yang tidak bersekolah kerana tidak mampu menampung kos perbelanjaan seharian. Ibu Siti Esah hanya mengharapkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan hasil perolehan jualan getah yang ditoreh. Menampung anak-anak yang ramai dan yang paling bongsu ialah yang berumur 2 tahun.

Pemergian Siti Esah cukup dirasai keluarga. Seolah-olah hilang sudah insan yang boleh diharap untuk keluarga meneruskan hidup. Ibunya cukup perit dan sengsara untuk menerima kenyataan bahawa anak harapan keluarga telah pergi bertemu pencipta. GAMIS mengucapkan takziah kepada keluarga dan mengharapkan ahli keluarga dapat menerima takdir Allah ini walaupun ia cukup pedih.

Alhamdulillah, wakil GAMIS berkesempatan untuk menziarahi keluarga Allahyarhamah dirumah beliau. Rombongan diketuai oleh Presiden GAMIS, Saudara Ahmad Syazwan dan Ahli Majlis Kerja GAMIS Pusat. Tidak ada perkataan yang boleh digambarkan apabila melihat rumah usang yang didiami keluarga. Dinding yang penuh berlubang, bumbung yang bocor, permukaan kayu yang sudah reput menjadikan kami rasa insaf akan nikmat yang diberikan Allah pada kami. Rumah Siti Esah tidak ada lansung peralatan elektrik, bilik hanya satu, dan terdapat 2 almari buruk yang menghiasi ruang.

Luluh dan runtuh hati kami melihat kedhaifan keluarga Siti Esah hingga melahirkan perasaan bertanggungjawab GAMIS untuk membantu keluarga beliau. Dengan usaha yang sedikit ini, diharapkan agar dpat membantu keluarga arwah. GAMIS telah bersetuju untuk melancarkan Derma Ihsan kepada keluarga Siti Esah melalui sumbangan daripada semua pembaca. Sumbangan barangan, makanan dan yang diperlukan dalam bentuk kewangan sangat dialukan. Disini dilampirkan nombor akaun ibu Siti Esah untuk disumbangkan terus kedalam akaun beliau:

Kamariah Binti Ismail

Bank Islam Malaysia Berhad : 030-900-02-003717-7

Untuk makluman, pihak jawatankuasa bertindak kampung telah bersepakat untuk mengusahan sumbangan bagi membina sebuah rumah baru yang lebih baik. Maka GAMIS turut bertanggungjawab untuk memohon derma dan sumbangan ikhlas dari mahasiswa mahupun orang ramai bagi meringankan beban keluarga arwah. Kos pembinaan rumah baru dianggarkan berjumlah RM 60000.

Moga derma dan sumbangan ini menjadi tanda kepada kita untuk menjadi seorang yang bersyukur dengan nikmat Allah yang dikurniakan. Sebarang sumbangan berbentuk material, boleh disalurkan ke pejabat GAMIS melaui Naib Presiden Kemasyarakatan GAMIS, saudara Nazry di talian : 014-2336200. Ihsan anda amat dialukan.

-dari pmum-kasturi89.wordpres.com-

Rabu, 10 November 2010

AYUH MENGATUR LANGKAH




Alhamdulillah masih boleh berkongsi suarasa seketika. Bersyukur kerana masih diberi ruang dan masa. bersyukur kerana masih sempat untuk membetulkan diri yang alpa, bersyukur masih punyai sahabat2 yang saling ingat mengingatkan dan bersyukur berada dalam organisasi dakwah kerana kita diikat dengan banyak hal yang asasnya ialah iman dan amal. Matlamat perjuangan organisasi dakwah diinspirasikan oleh al-Quran dan Sunnah, juga Sirah sebagai panduan. Dalam erti kata lain, perjuangan organisasi ini tidak dipandu oleh sesuatu yang bersifat materialistik mahupun duniawi.

Bahkan antara asas penting yang menyatukan para pendokong dakwah ialah ukhwah, sesuatu yang tidak cukup diterjemah sekadar dengan butiran kata mahupun bait tulisan. Serendah-rendahnya berlapang dada, setinggi-tingginya ialah itsar. Kata seorang akhwat, “ ukhwah itu adalah tali yang mengikat hati-hati para du’at, sekiranya ia tidak dikenali dan terputus, maka akan bercerailah hati-hati tersebut dan itulah bahana yang paling buruk dalam dakwah ini”. Nilai ukhwah ini tidak dapat ditukar dengan apa sekalipun, kerana kesannya pada hati membekas buat selamanya sekali ia terpaut.

Semua manusia pernah disentuh atau tersentuh dengan tarbiah. Tarbiah mengajar banyak perkara berkaitan kekuatan akidah, ikatan hati dan ukhwah. Semuanya mudah dengan petunjuk Allah terutama kepada mereka yang mendapat hidayah dan petunjuk untuk menggabungkan diri dalam gerabak dakwah. Kerana kemanisan ukhwah itulah yang pertama sekali dirasa. Senyuman dan kehangatan sambutan akhwat dirasakan seolah-olah sudah lama dikenali, megajak dan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Bersama-sama!, mungkin ada yang tertanya ‘masih ada orang sebaik mereka di dunia ini?’. Kemesraan ini sukar sekali untuk dilupakan kerana kita dihiburkan dengan kemanisan ukhwah di atas iman, berbeza ukhwah bukan keranaNya.

Sabtu, 6 November 2010

FRIENDSHIP NEVER END




Definisi Ukhuwah Dari segi bahasa : berasal dari perkataan akhun yang membawa erti saudara,teman,sahabat dan lain-lain lagi.

Dari segi istilah : Menurut Al-Quran : Perasaan kasih sayang,tolong menolong,Bantu membantu, bertolak ansur bermesra dan cinta mencintai diantara sesama umat Islam tanpa terkecuali, Allah berfirman “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara , maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat : 10)Menurut hadis : Seperti tubuh badan ,darah daging, dan roh umat Islam sendiri .

Rasulullah s.a.w bersabda “ Daripada Nu’man bin Bashir r.a : Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan uang satu , apabilah satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.”

Menurut As-Syahid Imam Hassan Al-Banna : Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah.Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan beharga persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur.Kekuatan yangnpertama adalah kekuatan perpaduan.Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang.Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.

Menurut Imam Ghazali : Ada 4 kategori :

1-Ukhuwah dijalinkan atas dorongan keseronokkan seperti paras rupa,tingkah laku dan sebagainya

.2- Untuk kepentingan diri (peribadi) untuk tujuan kebendaan di dunia tak lebih dari itu

.3- Untuk kepentingan akhirat semata-mata seperti pencinta ilmu mengesihi guru dan para ulamak bukan untuk mendapat keuntungan kebendaan didunia tetapi untuk mendapatkan iman dan taqwa yang pasti dapat menyelamatkan dari azab api neraka di akhirat.

4- Persaudaraan yang diikat erat daripada kesedaran iman dan taqwa kepada Allah. Terjalin semata-mata patuh dan taat , menyembah dan menyerah diri kepada Allah.

Prinsip-prinsip ukhuwah

1- Perdamaian atau hubungan yang baik , saling bermaaf-maafan dan tidak terlalu sensitif.

Firman Allah : “Maka hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan perbaikilah hubungan antara kamu dan taatlah kepada Allah dan Rasulnya sekiranya kamu orang-orang yang beriman “ ( surah Al-anfal : 1 )

2- Saling kasih mengasihi dan cinta mencintai ke arah mengeratkan lagi ikatan ukhuwah

.Firman Allah : “ Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaikkan sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kau cintai dan apa sahaja yang kamu nafkahkan , maka sesungguhnya Allah mengetahuinya” ( surah Ali Imran : 92 )Allah menjelaskan bahawa kasih sayang dan cinta mencintai antara satu sama lain boleh dipertingkatkan melalui sedekah.Kasih sayang dapat disuburkan sehingga mencapai taraf yang paling tinggi jika ornag-orang kaya mengorbankan segala sesuatu yang paling disayangi untuk membela nasib golongan malang.Apatah lagi jikalau kita mengorban sesuatu untuk kemaslahatan dakwah.Ukhuwah yang disandarkan atas dasar untuk kepentingan umat Islam(dakwah) adalah yang paling utama.

3- Persamaan yaitu ikatan ukhuwah akan terus kukuh jika manusia merasai atau mempunyai sifat persamaan diantara satu sama lain.

Tidak ada beza diantara kita kecuali ketaqwaan kita kepada Allah dan ketaqwaan tidak dapat dinilai oleh manusia tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Asas-asas ukhuwah

1- Akhlak yang mulia : - Berkata benar , menjauhkan diri dari perkara mungkar , penunaian janji , tolong tolong menolong , rendah diri dan lain-lain.

2- Ikhlas - Hanya orang ikhlas sahaja yang dapat mengorbankan segala-galanya untuk menyempurnakan hidup berukhuwah . - Ikhlas akan melahirkan insan yang berkhidmat tanpa noktah akhir

3- Amanah - Orang yang tidak amanah adalah orang yang mempunyai ciri-ciri orang munafiq - Allah telah memberikan amanah kepada manusia untuk memakmurkan ala mini4- Belas kasihan - Sifat ini dianggap cukup penting kerana tanpa sifat ini menyebabkan masyarakat masyarakat manusia menjadi masyarakat binatang yang suka melakukan kekejaman dan penindasan apabila ia berkuasa melakukannya.

Kelebihan ukhuwah

1) Termasuk di dalam 7 golongan yang di janjikan dalam hadis sebagai golongan yang akan mendapat lindungan paying Allah di akhirat kelak.

2) Allah amat kasih kepada hambanya yang berkasih sayang kerana Allah

3) Orang yang berkasih sayang di janjikan dengan balasan syurga

4) Sebaik-baik amal dan iman ialah kasih kerana Allah dan benci kerana Allah

5) Akan diberikan kekuatan yang luar biasa akibat daripada ukhuwah yang diamalkan seperti kemenangan umat Islam di banyak peperangan pada zamanNabi Muhammad s.a.w

Adab-adab ukhuwah

1) Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jika tidak mampu dia berikan apa yang lebih dari hajatnya

2) Bersegera membantu sahabat yang memerlukan bantuan kita

3) Menyembunyi rahsia sahabatnya

4) Menutup keaiban sahabatnya

5) Meninggalkan berbantah-bantah

6) Tidak suka sindir menyindir dan perli memperli

7) Sentiasa mendoakan sahabatnya didalam senang dan susah

8) Sentisasa melafazkan dengan perkataan “inni uhibbuki fillah” yang bermaksud sesungguhnya aku mencintai kamu kerana Allah

9) Sentisa bertanya khabar melalui sms , email dan sebagaunya.

10) Tidak mengabaikan sms dari sahabatnya

11) Sentiasa mengucapkan terima kasih diatas bantuan yang diberikannya

*****************************************************

ukhwah...
tidak akan pernah berakhir....
walaupun kenderaan yang kita naik tidak sama...
kita menuju ke tempat yang sama....
di sini hati kita tertaut....
menggapai cinta dan redha Ilahi....
walau di mana kita berada....
Allah tujuan kita...
Rasulullah SAW teladan kita....
al Quran pedoman hidup kita...
jihad jalan hidup kita...
shahid cita-cita tertinggi kita..
itulah persamaan kita...
persamaan akidah...
SubhanaAllah...
Allah yang menemukan kita ukhtifillah..
Sungguh hebat Allah..syukur padaNya kerana kita pernah dipertemukan..
moga ikatan ini kan bersemi selama-lamanya.

Khamis, 4 November 2010

Hitam itu menawan



motorku....kenderaanku....yang disayangi..

Alhamdulillah pertamanya kesyukuran hanya layak untuk Allah kerana segala nikmatnya.

motor ana...gembira hati ini tatkala pulang dari kampung ke rumah sewa...kerana apa???
kerana ingin melihat motor pemberian abah ini yang baru ditukar cover setnya....pemberian dari Allah swt kepada hambanya yang tiada apa2 pun..motor inilah yang menjadi wasilah penghubung dengan kampus rutin harian saban hari...biarpun ia tak sehebat motor2 yang laen tetapi bagi ana ia memberikan 1001 makna yang amat bewarna-warni...namun, tanpanye ana boleh lagi untuk menaiki kenderaan yang lain. ia bukan segala-galanya.

bertukar warna....jika dulu warnanya maroon...ada yang cakap ungu...ishk3 memang banyak warna..kini menjadi warna hitam..he..sayang padamu..kapchai yang selalu menemani ana ke mana2...biarpun ke lorong yang gelap atau pun ke jalan yang penuh cahaya berkilauan...terhenti tiada minyak...memberikan kegembiraan di dalam kedukaan..

walaupun motor tidak bernyawa tetapi ia dapat memberikan roh dalam diri ketika menaikinya..semangat membara untuk sampai ke destinasi..jika ia rosak, perlu dibaiki dan dielokkan...untuk terus mara ke hadapan...begtulah dunia ini..semangat itu perlu dalam melaksanakan ibadah dan amanah...perlu disertai ilmu..perasaan dalam ibadah...amat2 perlu untuk melahirkan takut dan harapan akhirnya..jika semangat dan ilmu itu tiada atau rosak..perlu digali...dicari...ditanya..insyAllah diamalkan dan dilaksanakan.!

semoga pemberian dari abah ini memberi keberkatan dalam mencari redhaMu ya Allah.

Isnin, 1 November 2010

cinta teman

Selamat bertemu kembali kepada semua. moga semuanya sihat, gembira, tenang, berlapang dada dalam setiap perkara dalam kehidupan. lama tidak menulis...teringin untuk letakkan kata2 indah ini di pagi yang tenang dan mendamaikan hari ini.

Seindah mutiara di dasar laut, begitulah indahnya ukhwah krn Allah. Buat teman yang sudah lama tidak bertautan. Kenangilah kenangan yang diukirkan. Doa iringan pengikat hati yang berjauhan. Jgn lupa tatkala jiwa ini mengikat dan berjanji untuk menjadi teman. Maka tiada lagi alasan untuk memutuskannya. Tiada jarak yang bias menjauhkan. Selagi jasad masih memegang roh. Persahabatan ini akan terus mekar, biar tidak kelihatan pada zahir pandangan. Asalkan dalam hatiku dan hatimu teman ia mekar dan tidak layu lagi. Diri ini sangat merindukan, suara dan katamu yang sekian lama hilang. Peliharalah ukhwah ini bersama kasihnya…..dari akhwat untuk akhwat FILLAH..

Isnin, 19 Julai 2010

Al Quran



sudah lama tidak dinukilkan di sini. mungkin kerana takut banyaknya tulisan tetapi tidak sehebat amal yang dilakukan..mungkin bimbang nawaitu tidak seikhlas seperti dulu ketika mencoretkan tinta-tinta terindah di sini. kesyukuran yang tidak pernah bertepi kepada Allah di atas setiap kegembiraan, kekecewaan, ketenangan, kesedihan dan kesabaran yang diberikan dalam menempuhi perjalanan yang singkat ini.Kerana dengan itu telah mewarnai lukisan hidup dan mencorakkan sifat mahmudah yang wujud dalam diri...insyaAllah. segala yang berlaku milik Allah yang akan berlaku jua milik Allah dan yang terus berlaku juga milik Allah swt. kerana Allah yang menghadirkan kita dan segala macam keindahan di dunia ini kepada kita. dengan lukisan2 tersebutlah sebenarnya memberi impak dalam diri dan jiwa kita sebagai hambanya.

dalam sekelip mata...banyak perkara yang berlaku tanpa diminta.. Namun, sebenarnya itu adalah yang terbaik buat semua kerana perancangan Allah itu lebih hebat dan penguasaanNya yang melebihi dari segalanya. jika dulu diri ini bukanlah seorang yang seperti ini..makin belajar....belajar....belajar menempuhi kehidupan. diri ini jua banyak belajar tentang kasih sayang, ukhwah, sabar, redha dan tawakal. kalau dulu sifat marah sering menguasai diri...tetapi kini insyaAllah bukan tiada tetapi semakin berkurang... kerana apa perkara itu terjadi sahabat2.

Tak lain tak bukan ianya kerana Al Quran itu sendiri. benarlah persanan Rasulullah saw kepada kita: "tidak akan sesat jika pegangnya kita dengan dua perkara yakni al Quran dan as sunnah". bacalah al Quran kerana melaluinya kita beroleh ketenangan perasaan dari perkara yang mengusutkan, kelapangan dada dari perkara yang menyesakkan, ketenteraman jiwa dari debaran yang bersangatan. Bacalah keluargaku, teman2ku, sahabatku, akhwatku serta semua umat Nabi Muhammad dan sentiasa untuk membaca jua sirah2, hadith, tafsir dan praktikalkan bersama...insyaAllah. salam sayang untuk semuanya...:D

Isnin, 7 Jun 2010

hiba



segala kesukuran kepada Allah atas segala nikmat yang masih diberikan oleh Allah swt. selepas insden yang berlaku di perairan gaza baru-baru ini telah mencetuskan kemarahan yang tidak terhingga kepada diriku sendiri dan seluruh rakyat sedunia. terasa nafas begitu sukar setelah membaca kekjaman yahudi laknatullah dari hari ke hari tak pernah terhenti. bulu romaku juga menjadi tegang setelah mengetahui kesengsaraan yang berlaku pada saudara seislam..sejak dahulu lagi penderitaan itu terjadi..tetapi hati ini dipagut rasa hiba malam tadi..kesedaran yang membuatkan diri menjadi geram dan semangat untuk menjadi salah seorang yang berjaya mati dalam kemuliaan.....syahid fi sabilillah.betapa ingin tangan ini melibas2 pihak yahudi laknatullah supaya rebah tersungkur..namun itu semua adalah jeritan hati yang terlalu kecil,kerdil. moga Allah swt menguatkan hati orang-orang Islam yang sememangnya mampu untuk melalui kesengsaraan itu di sana malah kekuatan yang luar biasa hadir dari mereka. ALLAH AKHBAR. Dan juga kita orang-orang Islam di seluruh dunia..semoga diberi kekuatan untuk sentiasa mendoakan sahabat seperjuangan Islam di sana.

Ahad, 25 April 2010

Pandangan Allah



Segala puji bagi Allah swt, Tuhan semesta alam, dan selawat dan salam sejahtera buat Rasulullah SAW, para tabien, para ulama dan para kekasih Allah yang telah banyak mengorbankan diri mereka demi untuk melihat umat manusia terus menerus tidak terlena dengan mainan dunia.

Iman Nawawi telah menyatakan bahawa zaman manusia ini terbahagi kepada 4 bahagian;
1) Zaman orang yang sedikit bercakap tetapi banyak beramal – zaman Rasulullah SAW dan para sahabat
2) Zaman orang banyak bercakap dan banyak beramal – zaman tabien
3) Zaman orang banyak bercakap dan kurang beramal
4) Zaman orang tidak bercakap dan tidak beramal

Mereka yang sudah makrifatuLlah (benar-benar mengenal Allah) sahaja akan merasai ketenangan apabila datangnya panggilan Tuhan yakni sakratulmaut, sehingga dia merasai kelazatan apabila kembali kepada Allah swt, ibaratnya seorang yang terlampau dahaga lalu diberi minuman. Manakala mereka yang hatinya tidak disucikan dengan nur makrifat, hati mereka penuh dengan sifat-sifat kekotoran (mazmumah), mereka menemui Tuhan dengan penuh penyelesalan dan tangisan.


Berkata Imam al-Ghazali di dalam kitab Minhajul ‘Abidin, ramai manusia yang meninggal dalam keadaan berdosa besar. Mereka tidak bertaubat dengan maksiat batin seperti dosa cinta dunia, takabur, hasad, dendam, bakhil dan tamak. Mereka takut dan bimbang apabila didatangi maut, ruh mereka masih kelam dan buta tentang Tuhan, mereka mati dalam keadaan azab kecuali diberi rahmat oleh Allah.



Segala penilaian Allah pada diri insan ini adalah hati. Allah tidak melihat amal (solat) beribu rakaat atau sedekah berbillion ringgit, (tetapi) Allah menilai keikhlasan hati. Allah tidak mengharamkan kita mengambil dunia tetapi Allah melarang kita mencintainya. Justeru itu, selamatkanlah diri dari bahaya yang berada dihadapan dengan menumpukan (kepada) ilmu yang memberi manfaat, ilmu yang memberi keselamatan di akhirat nanti.

Allah tidak memandang banyaknya hafalan, banyaknya hujah, banyaknya kitab, banyaknya ilmu, banyaknya tulisan blog, sijil dan anugerah tetapi Allah melihat ketulusan hati, Allah melihat kehambaan, Allah melihat benarnya yakin padaNya, benarnya tawakal padaNya, benarnya sabar kepada takdirNya, benarnya syukur pada nikmatNya, benarnya zuhud, benarnya cinta padaNya, benarnya dalam tawaduk, benar dalam ibadah, benar dalam keikhlasan, benar dalam berdakwah kepada manusia. Hatinya tidak menyenangi sesuatu yang lain dariNya, ia melakukan dakwah dan jihad adalah kerana tanggungjawab agama, bukannya untuk kesenangan nafsu, bukan kerana suka pada pujian, suka dikenali, suka manusia mengetahui kelebihan dirinya, suka diziarahi oleh manusia, suka didampingi oleh mereka yang berpangkat dan berharta. Semua sifat-sifat batin di atas menjadi keutamaan penilaian Allah.

Jika tidak berhati-hati dan bersungguh-sungguh menyucikan hati, nescaya akan dibuka pekung dadanya di akhirat nanti.

Firman Allah :
“Pada hari yang dibuka segala rahsia (hati kamu).” (At-Tariq : 9)

Mereka akan ditimpa bala, mereka akan dicap munafik, amal ditolak dan Allah berpaling dari mereka. Mereka yang tenang menghadap Allah di akhirat adalah (yang memiliki) hati yang salim (sejahtera), mereka yang tenang ketika dipanggil oleh Allah ialah (yang memiliki) Nafsu Mutmainnah.

Firman Allah :
“Wahai nafsu yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan kamu redha dan Allah meredhai kamu, maka masuklah kamu ke dalam (jamaah) hamba-hambaKu, dan masuklah kamu ke dalam syurgaku.” (Al-Fajr : 27-30)

Ya Allah Ya Tuhanku, lemahnya daku dalam mencari kehambaan terhadap-Mu.....ampunkanlah daku....

Rabu, 10 Mac 2010

Kenali diri??



Bismillah..
Siapakah diri kita???
adakah kita mengenali diri kita???
sejauh mana kita mengenali diri kita????

mengkoreksi diri..................
...........................................

"Dan janganlah kamu seperti orang-orang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik." (QS 59:19)

Di sini Allah mengatakan bahawa melupakan Nya menyebabkan kita melupakan diri kita sendiri, dan akhirnya membawa kepada kerugian diri kita...

siapakah Allah??
adakah kita mengenali Allah??
sejauh mana kita mengenali Allah??

Jelas ayat al Quran yang mulia menyatakan tentang pengenalan diri meliputi pengetahuan tentang Allah. Dan orang yang melupakan Allah, akan meupakan dirinya pula. wahai diri dan sahabat-sahabat yang sentiasa dirahamati Allah sentiasa,,,insyaAllah. Jelas menunjukkan apabila kita bertekad untuk mempelajari tentang Allah, jalan terbaik adalah kita kenal siapa diri kita dan mempelajari diri kita..

Kalam Allah dalam surah al maidah
"Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu;tidaklah orang yang sesat itu akan memberi mudarat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk..." (QS 5:105)

Dalam ayat ini Allah memimpin kita untuk berhati hati terhadap diri kita sendiri dan memperhatikan diri kita. sememangnya banyak nikmat yang Allah berikan pada hambaNya... hamba yang tidak punya apa-apa...malah Allah yang maha penyayang memimpin untuk diri kita...membawa kita bagaimana untuk mencapai keselamatan nun di akhirat yang kekal abadi...beserta kebahagian yang hakiki..bersama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang terpuji....insyaAllah..

kita sememangnya harus berhati-hati tentang kebaikan roh kita, sedar akan penyakit-penyakit jiwa kita, dan bagaimana menyembuhkannya...di sini kewajipan kita yang pertama adalah menjaga rohani kita. Dengan kenalnya diri kita, insyaAllah Allah akan memberi kefahaman dalam diri kita perlunya bertanggungjawab secara sosial seperti amar ma'ruf nahi mungkar dan saling nasihat menasihati.

Dalam Islam menjga diri...menjaga batin...menjaga hati kita berkait rapat dengan menaruh keperihatinan terhadap kesejahteraan masyarakat..malah, masyarakat yang berada di sekeliling kita sangat dapat mempengaruhi diri kita...mungkin kita dapat melemahkan atau menguatkan keimanannya...

"Dan Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri,sehingga jelaslah bagi mereka bahawa itulah kebenaran" (QS 41:53)

Jumaat, 5 Februari 2010

Kekuatan itu dari mana???



Assalamualaikum buat semua yang tak pernah dilupai..terutamanya pemberi segala nikmat Allah swt yang sentiasa diingati, insyaAllah. selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw, para sahabat baginda, keluarga baginda, tabi' tabii'n serta semua umat nabi Muhammad saw yang masih lagi berpegang pada kalimah La Ilaha IllAllah Muhammadur Rasulullah dan muslimin muslimat,mu'minin mu'minat umumnya.

Sudah lama terasa tangan ini tidak menaip untuk dititipkan di blog ini. Bukan terlalu sibuk kerana masa itu sebenarnya banyak yang Allah bagi cuma bagaimana mengurus masa itu perlu berbalik kedalam diri ana sendiri. Dalam menelusuri jalan di dunia ini bayak wasilah yang kita ada untuk mendekatkan diri dan meningkatkan iman dan amal kita.

Di sini ana ingin berkongsi satu lirik yang dinyanyikan Maher Zain yang bertajuk InsyaAllah. segala permasalahan, kesibukan, assighment, dan segala macam yang berlaku dalam diri kita ingatlah semua itu datang dari Allah. Allah ingin menguji adakah kita sabar? adakah kita kuat? adakah kita terima @redha? adakah kita main2? semua untuk diri kita. Melatih diri menjadi seorang yang sabar, kuat, tabah, dan banyak lagi sifat2 yang mana semua itu terdiri dari nama Allah itu sendiri. Dalam surah yang ke (59:21-24). insyaAllah semoga kita mampu untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya...amin...

Maher Zain-InsyaAllah

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...