Rabu, 26 Julai 2017

SABAR



Image result for sabar dan solat

Bersyukur pada Allah di atas segala nikmat yang diperolehi hari ini, semoga kesyukuran ini sentiasa ada dalam diri. Hari berganti hari, masa berganti masa. Sedar atau tidak usia semakin meningkat. Cabaran dan ujian yang datang silih berganti alhamdulillah dapat ditempuhi dengan sabar. Jika sabar itu tidak ada, macam-macam perkara boleh berlaku. perkara yang tidak masuk akal juga boleh berlaku dengan hilangnya sifat sabar dalam diri kita. Bagaimana kita mahu melatih sabar ini? 

Perkara yang Allah dah wajibkan kepada kita iaitu dengan solat. Jika kita dapat lakukan perintah Allah ini dengan hati yang khusyuk,saya percaya sabar juga terbentuk melaluinya. 


Allah berfirman:


وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلا عَلَى الْخَاشِعِينَ ,الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ 

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhya hal itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang yang  khusyu’ , (iaitu) orang-orang yang menyakini, bahawa mereka akan menemui Rabb mereka dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya" (Al-Baqarah 2:45-46)


Jika kita amati dan perhatikan, perintah yang Allah wajibkan buat kita adalah demi kebaikan kita sebenarnya. Betapa penyayangnya Allah swt kepada hambaNya. Tinggal diri kita sahaja untuk mengambilnya atau mengikut jalan bertuhankan nafsu. Saya percaya, kemungkaran yang berlaku puncanya kerana jalan yang Allah bagi ini tidak dilakukan beserta hati. Solat hanya kerana rutin harian. Solat kerana ibubapa suruh. Solat kerana nanti orang tanya. 

Buangkan perkara itu wahai saudaraku, kita buat biar dengan kefahaman. Mungkin dulu kita dipaksa untuk solat, sekarang belajar untuk solat dengan hati kita. Penghubung kita kepada Allah swt. Apa yang disuruh itulah penyelamat kita. Allah mendengar kata hati kita. Apabila ditimpa musibah atau ditimpa kegembiraan, kembalilah kepadaNya. Semoga Allah sentiasa memandu hati-hati kita kepada jalanNya yang sebenar. Ameen.

Image result for sabar dan solat

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...