Jumaat, 29 Mei 2009

in the Name of Allah


Assalamualaikum kepada semua.. Pertamanya setinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan izin dan kurniaNya dapat lagi ana menulis dalam blog yang sederhana indahnya ini. Hari nie, genap umur ana 21 tahun, ana memohon dan berharap selama 20 tahun 9 bulan ana hidup di rahim ibu dan di dunia ini Allah s.w.t dapat mengampuni sgala dosa dan noda yang dilakukan. Sememangnya diri ini sring melakukan kesilapan dan dosa tetapi nikmat serta curahan kasih Allah s.w.t kepada hambaNya tidak dapat dihitung dengan seisi bumi ini sekalipun. Ana doakan semoga setiap nafas dan langkah kita diiringi dengan keredhaan dan cinta Allah s.w.t. Alhamdulillah ana sekarang sedang bekerja part time di kedai Q Maz Kedai Roti di Bangi. Melalui pertolongan Allah s.w.t ana bekerja melebihi seminggu dah di sana. Walaupun perjalanan ana ke sana menggunakan bas kerana tiada pengangkutan sendiri tetapi itu merupakan satu semangat pada diri untuk terus berbakti di kedai roti tu. Hampir seminggu ana bekerja di sana banyak ilmu yang ana perolehi selain dapat membina ukhwah sesama pekerja di sana. teringat Firman Allah s.w.t yang bermaksud berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termsuk orang-orang yang bersyukur. Jadi pekerjaan ini merupakan pemberian oleh Allah s.w.t kepada ana dan melalui pekerjaan ini banya ilmu yang aku pelajari. Semoga Allah s.w.t sentiasa memandu hatiku ini agar setiap yang aku lakukan adalah kerana Allah s.w.t ..amin

Isnin, 11 Mei 2009

Short sem yang pndek

salam untuk semua..
Hari ni ana berada dalam bilik..
memikirkan apa perancangan untuk short sem yang akan ana tempuhi di Ungku Omar nie. subjek yang ana amk untuk short sem nie ialah foundation tapi kelas berlangsung 2 kali seminggu..jadi, balance ari yang lebih tu ana ingin merancang sesuatu yang berfaedah buat diri ana. Alhamdulillah ana merancang untuk buat lesen kereta dan motor. waktu nie ana rasa waktu yang baik untuk melengkapkan diri dengan perkara2 yang akan memudahkan diri ana untuk bergerak nanti..pemerhatian dan pengalaman ana sepanjang d alam tarbiah nie banyak mengajar diri ana untuk berkorban. ana lihat akhwat yang mana banyak berkorban dirinya untuk kepentingan orang lain..ituah yang penting dalam kehidupan kita yang sememangnya singkat ini. Hidup di dunia nie memerlukan banyak pengorbanan diri, harta dan jiwa demi keperluan orang lain.InsyaAllah semoga diri ini akan lebih kuat menempuhi cabaran kehidupan ini.

Ahad, 10 Mei 2009

Alhamdulillah...syukurnya kepada Allah s.w.t dengan izin dan kurnianya blog saya sudah pun berhasil. walaupun tiada catatn utk permulaan ini, tetapi perasaan di hati trlalu gembira dengan segala yang dikurnia Allah s.w.t. semoga dengan termeterainya blog ini dapat mencurahkan sgala memori buat diri dan untuk tatapan hamba Allah di luar sana.

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...