Jumaat, 27 April 2012

Sekolahku dalam latihan guru 2012=)


Sekolah ini menyaksikan bagaimana aku menjadi seorang pendidik. terasa sangat gembira apabila masuk ke dalam kelas dengan persediaan fizikal dan rohani yang kuat. Apabila rohani sudah dipenuhi dengan ayat-ayat cinta dan nasihatNya ditambah dengan persediaan yang baik sebelum masuk ke dalam kelas, ukiran kegembiraan akan terus nampak apabila masuk dan keluar dari kelas. ~Alhamdulillah~ terasa pertolongan Allah itu ada. Bukan mudah tetapi tidak mustahil untuk melakukan yang terbaik buat anak-anak didik sek keb rantau panjang, Kuching. Teringat zaman ketika mula-mula menapaki sekolah rendah dulu. Masih terasa dan teringat cikgu-cikgu yang telah mendidik aku dahulu.Sebelum ke sekolah, aku akan membawa kuih-muih yang dibuat oleh ma untuk dijual di kedai yang selaluan dengan sekolahku. Kini, ada juga anak murid yang rajin membantu keluarga menjual sate di sekolah. Sungguh cekal anak-anak kampung ini. Tetapi dalam pelajaran selalu kedengaran dalam bilik guru, pelajar ini tidak pandai dan sebagainya. Terasa terpanggil untuk mendekati pelajar ini. "kenapa tak pergi kem bestari solat?" aku bertanya. jawapannya "tolong ibu menjual di pasar tani". "O yeke, ada bagitahu ustazah lain tak" aku menyoal padanya. Lantas dia menggeleng. Ku perhatikan dari air mukanya, dia ingin juga seperti pelajar yang lain, tetapi halangan-halangan yang tidak dapat tidak dia perlu membantu keluaganya. "Takpe, kamu belajar sungguh-sungguh ye" aku memberi semangat. Semoga Allah memberi rahmat untuk kita semua. Sentiasa ada perasaan untuk membawa kalian kepada kebahagiaan yang abadi. InsyaAllah.=)

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...