Ahad, 25 Disember 2011

Belajar

Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan serta mereka mendirikan sembahyang. Dan sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya ia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali (surah 35:18)

Tersentuh hati ini membaca ayat cintaNya ini. Allah Yang maha penyayang tahu apa yang ada di dalam hati ini dan hati kita semua. Jazakillah kepada akhwat yang tidak putus memberi nasihat. kadang2 diri ini memang alpa dan lupa. Perlukan teguran dan bimbingan juga. InsyaAllah sama-sama perbaiki. Semoga Allah meluruskan niat dan mengikhlaskan seala kebajikan yang dibuat.

Banyak perkara yang berlaku. Setiap perkara yang kita hadapi itu sukar, bermakna itu adalah satu proses tarbiyyah yang kita perlu hadapi dan pelajari. Bukan mudah tetapi ia juga bukan susah. Memerlukan kesabaran dan doa dariNya.

Kadang-kadang terasa perkara yang kita suka itu betul tetapi ia adalah sebaliknya. Perkara yang kita tidak suka itu kadang kala ia betul. Jadi di sini kita perlu belajar untuk menghadapi perkara yang kita suka dan tidak suka. Cuba lapangkan dada memahami setiap yang berlaku sebagai satu hikmah.

Segala kata-kata ini coretan untuk diri ini dan bersama.

Sabtu, 10 Disember 2011

Acheh lagi

warkah yang ditulis oleh salah seorang adik di Acheh:

Tak terasa hari terus berjalan
Dan kini tiba perpisahan
Yang tak pernah ku sangka
Namun apa daya diri ini
Kerana memang ini takdir nyata
Yang datangnya dari Ilahi
Benar apa yang telah dikatakan sang pepatah
yang berbunyi:
Bukan perpisahan yang ku tangisi
Tapi pertemuan yang ku sesali
Dirimu bagaikan mutiara yang berkilauan
Yang dapat menerangi setiap hamba2Nya
Yang tengah berada dalam kesedihan yang nyata
Hanya satu yang ku inginkan dari akak tetaplah
Berjuang menempuhi onak dan duri
Dan jadilah wanita soleha yang dirindui syurga

by: Nanda
to: Kak ja

Rabu, 30 November 2011

Sejati

kita sahabat ye..selamanya

Sayu mendengar alunan doa yang penuh pengharapan menggegarkan stadium yang luasnya sangat besar. sebak dengan setiap bait-bait kalimah doa yang dilafazkan waktu itu mengundang titisan air mata mengalir laju. Dada berombak dengan getarannya, pemiliknya sahaja yang tahu. Benar terasa Allah sentiasa bersama ketika mana doa dipanjatkan waktu itu. Lahir perasaan yang CINTA dan SAYANG padaNya. Mengharapkan setiap kalimah doa yang diaminkan didengari oleh Allah, Tuhan sekalian alam. Alhamdulillah tidak terungkap di situ dan sudah tertulis di sini. Coretan yang ingin dikongsi bersama. Ya Allah Kau hidupkan hati-hati kami ini dalam meminta sesuatu kepadaMu agar tumbuh perasaan yang tenang dan takut hanya padaMu. Engkaulah pemilik hati-hati kami. Kau pimpinlah kami ke jalan yang diredhai olehMu Ya Allah.

Maka bersurailah semua yang ada di stadium itu dengan ungkapan doa yang penuh syahdu. Kaki ini mula melangkah dan salam bersalaman dengan akhwat yang disayangi yang datang dari pelabgai arah. Tatkala bersalam dengan salah seorang akhwat yang disayangi, hati terasa sangat sebak dan hiba. Air mata mengalir lesu. begitu juga dengannya. Teringat saat itu. Mula berjumpa denganmu walau jauh beribu batu. Terasa di situ pergantungan yang tinggi hanya padaNya. Kemudian kita lamanya tidak berjumpa. Ukhwah kita bermula atas Cinta Yang Satu. Terasa ukhwah itu sehingga saat ini biar lama berjauhan tetapi sentiasa dalam ingatan. biar jauh tidak bersua tetapi sentiasa dalam doa. InsyaAllah.

Sahabat itu...Allah yang bagi kamu pada saya.. Jadi kita sama-sama bersyukur dan tingkatkan kasih dan cinta kita pada Allah ye. Sahabat itu, Allah yang menghadirkan kamu untuk sama-sama membantu dalam jalan ini. Allah tahu kekurangan diri, menggantikan pada kamu kelebihan supaya sama-sama dapat membina kekuatan diri, kekuatan dalaman, keyakinan. Alhamdulillah. Persahabatan yang kita jalin adalah kerana Allah yang berikan. Tanda Allah maha pengasih dan penyayang kepada hamba-hambaNya. Semoga diri kita istiqamah dalam melakukan perkara yang dicintai Allah dan diredhaiNya.Sebagaimana Allah telah berfirman dalam surah al Qasas ayat 77 yang bermaksud: Dan carilah dengan apa yang Allah dianugerahkan kepadamu itu negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada duniawi, dan berbuat baiklah sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.

Ahad, 20 November 2011

Pengembara hakiki

keperitan itu ujian ketabahan

Memetik ilmu dari buku Muntalak yang ditulis oleh Muhammad Ahmad ar Rashid pendakwah hari ini mesti menjadi pengembara di pelusuk kota, kampung, negeri dan di mana jua menurut kemampuan dan keupayaan mereka untuk menyampaikan seruan Islam kepada manusia.

sebagai contoh , lihatlah bagaimana Rasulullah SAW melawat ke lembah-lembah dan kampung-kampung pedalaman untuk menyampaikan kalimah Islam dan berita gembira tentang Islam kepada seluruh orang Arab. Baginda tidak menunggu mereka datang ke Madinah. cubalah kamu saksikan, apakah jawapan baginda apabila ditanya tentang rukun Islam, baginda menjawab; "Tidak aku tambah atau aku kurangkan sesuatu darinya," Jawapan ini adalah untuk soalan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW yang berbunyi; "Hai Muhammad, utusanmu telah datang kepada kami dan telah menyatakan kepada kami bahawa kamu mengatakan behawa kamu adalah utusan Allah?"

Jelaslah bahawa utusan Rasulullah telah pergi menemui mereka sebagai pendakwah sebagaimana yang telah dilakukan oleh baginda Rasululllah SAW. Barangsiapa yang hanya menunggu orang ramai datang kepadanya, orang itu bukanlah pendakwah.

Jika diperincikan kata-kata orang Arab tersebut, jelaslah kepada kita bahawa para sahabat yang berdakwah sanggup meninggalkan Madinah apabila mereka dihantar oleh nabi SAW untuk berdakwah kepada kaum tertentu. Mereka meninggalkan keluarga, rumah, dan anak-anak mereka. mereka mengharungi padang-padang pasir, bukit-bukau dan gunung ganang. Mereka terdedh kepada bahaya, sanggup berpanas dan berhujan demi menyampaikan seruan Islam.

Inilah bentuk dakwah yang ingin mencapai wawasannya. Ia perlu bergerak dan bermula, pagi mahupun petang, dengan perbualan dan perkataan yang benar. Sikap duduk dan mengharap tidak akan sampai ke mana. Oleh itu, pelajarilah sejarah ahli salaf dan turutilah mereka. Pasti kamu akan sampai ke matlamat. Jika tidak, mundar mandirlah sahaja di tempat kamu, dan kamu tidak akan sampai ke mana-mana.

Jumaat, 18 November 2011

Acheh


Tak terasa waktu telah berlalu
Kenangan indah sudah tiba di penghujungnya
Canda tawa kita telah berakhir
Yang tinggal hanya ratapan tangis pilu
menanti kejadian yang pasti terjadi

Menanti kepergian orang yang akan pergi
Menanti perginya sesuatu yang amamt bearti
Yang menghibur kala teririsnya hati
Yang selalu memberikan kasih sayang yang
tak terhenti, sampai akhir hayat ini.

Namun, semua ukhwah manis yang telah kita jalin bersama,
tak akan hadir pada esok hari

Ku ucapkan Selamat tinggal kakak-kakak
Semoga kenangan indah selama ini tak pernah
terlupakan untuk selamanya.

.....untukmu.......:)

nukilan adik Sapriani
Pondok Yatim Ar-Raudhah Tahfidzul Qur'an Gampong Blang Wue Panjoe Kota Lhoksuemawe, Acheh, Indonesia

Jumaat, 28 Oktober 2011

Sajak Sahabat

.....

“Teman yang soleh, malunya mengatasi perawan,
beraninya mengatasi pahlawan..
cintanya bukan pada gambaran,
rindunya bukan pada pertemuan,
tetapi hatinya sarat dengan iman dan taqwa kepada Tuhan”
sahabat jangan kau menyesal
jika kau kehilangan sahabat kerana Allah
Kerana kebenaran yang mulia itu dihina
Jangan kau ragu walau sedikit pun dalam keimanan

Kadang-kadang kawan boleh jadi lawan
Kadang-kadang lawan boleh menjadi kawan
Apalah yang disedihkan hati
kerana Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan kau bersedih jika kau selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul yang mulia
Lebih terseksa menderita
tetapi Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu
kerana Allah sentiasa bersamamu

Duhai Teman Duhai Sahabat…
Hargailah bila bersahabat…
Maafkanlah bila terluka… Fahamilah bila keliru…
Nasihatilah bila terleka…
Tegurlah bila tersilap… Ingatilah bila kesunyian…
Itulah kehebatan ukhwahfillah…
Ana uhibbukifillah ya sohabati
Ana uhibbukifillah aidhon..
Moga ukhwah kita membawa kita ke syurga

Sajak yang dilaungkan memenuhi setiap ruangan dalam ruangan Madrasah Tarbiah malam tadi (edit dari lirik lagu Hijjaz bertajuk kawan). Menyentuh perasaan dan hati. Semoga ukhwah kerana Allah itu akan sentiasa dipelihara dan diingati terutama dalam doa-doa kita sehari-hari. Uhibbukifillah hingga JannahNya.

.....

Ya Allah ku bersyukur memiliki sahabat. Kepada Engkau segala puji-pujian atas nikmat yang Kau berikan. Kau tunjukkan pada kami jalan mencari redhaMu ya Allah.

...

Isnin, 24 Oktober 2011

CAHAYA

PERLUNYA CAHAYA

Alhamdulillah. Segala puja dan puji untukMu Allah penciptaku penciptamu dan pencipta sekalian alam ini. Dah lama tidak menulis. Nak mencoret tentang CAHAYA. Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka cahaya bersinonim dengan sinar: sinaran, pancaran, nur, sorotan, pendar, kirana, cerlang. Jika kita membina ayat dari cahaya ini banyak ayat indah yang akan kita jumpai. Cahaya petunjuk Ilahi, cahaya kebebasan, cahaya kebangkitan, cahaya matahari, bulan dan bintang juga rembulan. Indah bukan? indahnya kerana cahaya itu merupakan pengharapan yang akan menghasilkan kebaikan. Bagaimana tu?? semua manusia mahukan cahaya yang terang menyelubungi hidupnya. Dapat menyuluh kehidupan kearah yang jelas dan terang. Itulah pengharapan seorang hamba kepada TuhanNya.

Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak disebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah - menurut undang-undang peraturanNya - mendapat cahaya (hidayah pertunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar). (surah an Nur:40)

Allah swt sahaja yang boleh memberikan petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Kita sebagai manusa semuanya perlu kepada cahaya ini. Kerana itu, seringkali kita membacanya dalam surah al fatihah ayat ke -6 yang bermaksud tunjukkanlah kami kejalan yang lurus. Kita meminta pada Allah saban hari, tiap waktu dari Subuh hingga Isyak. Malah sebelum memulakan majlis, atau membaca al Quran kita akan meminta perkara yang sama ini. Disebabkan itu, kita perlu melahirkan rasa syuur (perasaan) ketika membacanya. Semoga kita dapat sama-sama menghadirkan perasaan apabila membacanya.

Nur juga salah satu perkara yang ingin diperkatakan di sini kerana ia juga bermaksud cahaya. Nama ana ada nor/nur (sama)bermaksud cahaya. Ana percaya antuna juga ramai yang punya nama NOR/NUR di depan. Pernah ana menangis kerana nama ana tidak ada maksud (sewaktu sekolah menengah). Alhamdulillah masih bersyukur kerana punya Nor di depan nama ana iaitu cahaya. Cahaya itu indah, jadi gunakanlah cahaya yang Allah berikan itu sebaiknya.

Ingin kongsikan ayat al Quran dari surah an Nur ayat 35 yang bermaksud:

“Allah cahaya petala langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya bagaikan sebuah misykat yang didalamnya terdapat pelita terang. Pelita tersebut didalam kaca, kaca itu seakan-akan kaukab yang berkilau dinyalakan (minyak) dari pohon yang banyak berkahnya; pohon zaitun yang tumbuh tidak disebelah timur dan tidak pula disebelah barat, yang minyaknya saja hampir-hampir menerangi walau tanpa disentuh api. Cahaya diatas cahaya. Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa-siapa yang Dia kehendaki dan Allah membuat perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Q.S. An Nuur:35)

Keterangan yang jelas ana link kan di sini (

Mari kita bersama-sama menghala diri kita kepada petunjukNya, cahayaNya yang jelas dan terang. Kepada Allah jua tempat kita meminta dan Allah segalanya bagi kita. Semoga kita masih terus membaiki diri kearah yang lebih baik. InsyaAllah.

Jumaat, 7 Oktober 2011

HIMPUN



Mengapa perlu HIMPUN?

1. Kes MURTAD Jamaluddin Othman, Nor Aishah Bukhari, Lina Joy,
2.
‘The Herald’ yang mencabar maruah dan sensitiviti umat Islam,
3. Isu ‘Al-Kitab’, isu penggunaan perkataan ‘Allah’ dan pelbagai kegiatan Kristianisasi dan dakyah mereka semakin menjadi-jadi.
4.Pendakwah-Pendakwah Kristian bebas memberi khidmat sosial kepada pesakit-pesakit kronik di wad-wad hospital terpilih, menganjurkan kelas-kelas tuisyen untuk anak-anak orang Islam yang diwarnai ajaran Kristian. Menyebarkan risalah secara terbuka di tempat-tempat awam dan rumah-rumah persendirian, mengadakan acara-acara hiburan yang ditaja pertubuhan-pertubuhan Kristian, menganjurkan majlis-majlis makan malam seperti makan malam Thanksgiving, memberi hadiah kepada golongan-golongan orang Islam yang mudah terdedah dan berbagai-bagai lagi.
5. Peristiwa 3 Ogos 2011
membabitkan penyiasatan JAIS terhadap keterlibatan pihak Gereja DUMC yang cuba mendakyah orang Islam telah menimbulkan banyak reaksi daripada pelbagai pihak. Di satu pihak JAIS dan YB Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali dikecam habis-habisan oleh pemimpin-pemimpin Kristian melalui media cetak dan media baru yang menjadi saluran kepada usaha dakwah mereka.Tidak kurang juga tindakan mempolitikkan isu Aqidah ini dalam mana parti-parti politik mengambil kesempatan meraih sokongan rakyat untuk tujuan politik mereka dengan memaparkan peristiwa itu mengikut jalur selera mereka.
Maka kita sebagai satu ummah wajib bangkit membela kedaulatan ISLAM yang semakin dicabar di tanahair kita sendiri


Apa Objektif HIMPUN?
a. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media
b.
Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011
c.
Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
d.
Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
e.
Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
f. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.


Apa Prinsip HIMPUN?
a. Keseluruhan pengendalian program dari awal hingga akhir sama sekali tidak menggambarkan kecenderungan berpolitik.

b. Peserta himpunan terdiri daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan agama dan afiliasi politik (Walaupun perhimpunan ini secara logiknya akan disertai oleh orang Islam namun penyertaan mereka yang bukan Islam dialu-alukan).
c. Himpunan ini adalah perhimpunan aman yang mendapat kebenaran pihak yang berkuasa.
d. Tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini.
e. Penyertaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak atau payung bangsa Melayu dan Agama Islam adalah sangat munasabah dan bertepatan pada masa dan ketikanya.

Siapa Penganjur HIMPUN?

  1. Sekretariat Himpunan Sejuta Umat | HIMPUN (website)
  2. Gabungan PEMBELA Islam
  3. Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA (website)
  4. Pimpinan Majlis Ugama Islam
  5. Teras Pengupayaan Melayu | TERAS
  6. Persatuan Belia Islam Nasional | PEMBINA (website)
  7. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia | DPMM (website)
  8. Pribumi Perkasa Negara | PERKASA (website)
  9. Pertubuhan IKRAM Malaysia | IKRAM (website)
  10. Persatuan Pengguna Islam Malaysia | PPIM (website)
  11. Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s | ACCIN
  12. Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia | PEKIDA
  13. Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) | PEMUDA PAS (website)
  14. Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | PEMUDA UMNO (website)
  15. Wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | Wanita UMNO
  16. Kumpulan Persatuan Bekas Perajurit | PBTM
  17. Persatuan Bekas Anggota Polis | PBPM (website)
  18. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia | PKPIM (website)
  19. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia | GAMIS (website)
  20. Gabungan Persatuan Silat
  21. Gerakan-gerakan belia
  22. Gerakan-gerakan mahasiswa dan wanita Islam
  23. wakil-wakil rakyat beragama Islam
  24. .. dan banyak lagi pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam
DIMANA? BILA?
Himpunan Sejuta Ummat (HIMPUN) akan diadakan di
Stadium SHAH ALAM,
pada SABTU 22hb OKTOBER 2011,
bermula jam 2ptg-6ptg

Apa Kandungan HIMPUN?
  • Ucapan penganjur mengalu-alukan penyertaan para peserta himpunan
  • Alunan Asma Ul-Husna
  • Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan terjemahan
  • Nasyid bertemakan jihad mempertahankan kesucian Islam
  • Ucapan tetamu utama
  • Ucapan wakil-wakil NGO terpilih
  • bacaan ikrar mempertahankan kesucian Islam
  • Menyampaikan logo Himpunan Sejuta Umat kepada wakil-wakil negeri sebagai tanda komitmen mereka penganjuran himpunan yang sama diperingkat negeri-negeri.

Maklumat lagi tentang HIMPUN?

BILIK GERAKAN HIMPUNAN SEJUTA UMMAT

Alamat
No 45, Lorong Rahim Kajai 13
Taman Tun Dr. Ismail
60000 Kuala Lumpur

Telefon
03-410 60175

Apa Website,Facebook HIMPUN?

http://himpun.org/

http://www.facebook.com/pages/HIMPUN AYUH BERHIMPUN!AYUH BANGKIT WAHAI UMAT ISLAM!NYATAKAN SOKONGAN ANDA PADA KEDAULATAN ISLAM!

Sabtu, 24 September 2011

Bingkisan

Teruskan belajar dan belajar!

Assalamualaikum

Sudah lama tidak mencoret sesuatu di sini. Bukan kerana kesibukan, mungkin salah satu sebabnya tidak pandai mencari ruang masa. Alhamdulillah bersyukur kehadratNya pagi-pagi ini masih dapat bernafas serta berada dalam nikmatNya. Semoga kita menjadi orang yang bersyukur dan sabar di atas setiap perkara yang ditempuhi. Perasaan pagi ini......tenang alhamdulillah. tengahari nie masuk dectar untuk mengambil segulung ijazah. Semua dengan izinNya. Ma dan abah bakal sampai di sini....kali kedua selepas menghantar anaknya ni belajar di ukm. (seronok). Jika ditanya perasaan, perasaan gembira menunggu kedatangan ibu bapa melebihi perasaan gembira ber'graduation'. Apapun bersyukur kerana semuanya telah diberikanNya.

Banyak pengalaman beharga yang telah dilalui di ukm. Pengalaman bersama teman-teman dalam mengharungi perit getir kehidupan, banyak memberikan teguran dan nasihat, meluangkan masa bersama. Semua itu sentiasa dalam ingatan. Tidak akan pernah melupakan dan insyaAllah masih terus nak ada di ukm jika diizinNya. Buat sahabat, kawan, adik2 dan diri sendiri terutamanya, teruskan perbetul diri sendiri dan berukhwah dengan orang yang berada disamping kita. Tujuan kita berusaha itu adalah kerana mencari redhaNya. Semoga Allah swt sentiasa memandu kita ke jalanNya.

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.(29:69)

Sedikit bingkisan untuk diri ini terutama. Semoga Allah sentiasa bersama kita(maiyyatullah)

Isnin, 29 Ogos 2011

Dirai Bersama



Ramadhan melabuhkan tirainya. Syawal menjelang kini. Semoga segala amalan yang telah dilakukan tetap diteruskan di bulan-bulan seterusnya. Tarbiyyah Ramadhan tahun ini, masing-masing punyai cerita sendiri, suasana sendiri, pengalaman sendiri. Yang penting masing-masing merasai Allah sentiasa tahu bagaimana nilai puasa masing-masing. Adakah hanya sekadar ikut-ikutan, menahan lapar dan dahaga atau sebagainya. muhasabahlah kembali dan semoga kita terus bangkit dan bangkit mencari redhaNya, keampunanNya dan keberkatan dalam menjalani kehidupan.

Ramadhan tetap meninggalkan kita, kaki kita tetap perlu melangkah ke depan..membawa beberapa harapan dan iltizam semalam untuk terus mengorak langkah. Di kesempatan ini, ana ingin memohon jutaan kemaafan kepada sesiapa yang mengenali andai ada terguris rasa dan perasaan. Semoga amalan dan kebajikan yang telah kita lakukan diterima Allah dan semoga sentiasa berada dalam landasan yang benar dalam mengemudi bahtera kehidupan. Semoga Allah sentiasa membuka pandangan mata hati kita dalam menilai sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan. Ahlan wasahlan Ya syawal.


Sabtu, 27 Ogos 2011

Belum berakhir

kini sudah masuk 27 Ramadhan
Sangat cepat Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya
Sedih..Hiba..
Jom semua kita cuba jadikan ramadhan yang tinggal beberapa hari ni indah dan bermakna dalam jiwa kita
Semoga rahmatNya maghfirahNya dan terbebasnya dari api neraka kita perolehinya
Madrasah Ramadhan banyak mengajar kali ini
Semoga Allah sentiasa memberikan keampunan di atas segala kekhilafan hamba ini

Rabu, 3 Ogos 2011

Ramadhan

Salam Ramadhan

Alhamdulillah Ramadhan yang mulia kini kita sedang laluinya. Nikmat Allah bagi yang tidak terhitung kerana kita masih dapat menemui Ramadhan. Semoga kita dapat melalui Ramadhan kali ini dengan penuh ketakwaan padaNya. Biarpun kita berada di medan belajar atau bekerja, mudah-mudahan Allah memberi kemudahan dalam setiap perjalanan yang dilalui. Penuhi setiap ruang dan waktu di bulan ini dengan penuh penghayatan. Jika kita hamba biarlah menjadi hamba yang taat padaNya. Jika kita seorang anak, dapat menjadi anak yang soleh kepada ibu bapa. jika kita seorang kakak, dapat menjadi kakak yang baik kepada adiknya. Jika kita seorang adik, dapat menjadi adik yang dapat membahagiakan kakak dan abangnya. Hidup perlu pada memberi. Memberi yang akhirnya keuntungan yang diperolehi untuk diri sendiri juga.

Di setiap ruang masa dan waktu itu, mesti perlu ingat (untuk diri sendiri juga) Allah sentiasa bersama. “ …Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An-Nisa':1). Jadi perlu sentiasa melafazkan tutur kata yang baik dengan orang lain, bersikap dengan akhlak yang baik walaupun orang di sekeliling kita tidak berbuat perkara yang sama. Ingatlah perlu doakan mereka yang mungkin mereka belum faham seperti apa yang kita faham. Anggaplah itu cabaran yang perlu dilalui hadiah dari Ilahi. Apabila kita berada dalam masyarakat, banyak yang kita akan lebih belajar. Kadang-kadang terasa diri teruk sangat, hati sakit melihat perkara yang tidak sepatutnya dibuat oleh seorang 'hamba' Allah. Wajar sahaja jika ini berlaku dalam kehidupan kerana kita akan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia.

Jika perkara ini berlaku, cepat-cepat untuk kita bisikkan pada hati kita. Sabarlah wahai hati, doakan mereka. InsyaAllah punyai banyak hikmah yang mungkin belum tersingkap dengan ilmu kita yang sedikit. Kita hanya berdepan dengan 'kerenah ' manusia yang sedikit. Belum lagi kita dapat menyingkap semua manusia di bumi ini. Allah swt yang Teragung, Maha berkuasa di atas segalanya. Walaupun kemungkaran manusia di atas mukabumi ini semuanya Allah tahu, tetapi sedikit pun Allah tak menimpakan azab direct pada manusia tersebut. Allah swt penuh dengan rahmatNya. Malah diberikan lagi nikmat kehidupan kepada yang melakukan kemungkaran padaNya. Astagfirullah..Sperlunya untuk kita..agar manusia yang ada di sekeliling kita dapat berubah kepada lebih baik dari sebelumnya. Mungkin melalui doa yang kita hulurkan itu, menjadi satu sebab mengapa Allah tidak menurunkan azab kepada kita.

Doa itu juga sebagai tanda kita mengasihi saudara seislam kita dan hanya melalui hati yang mampu berbuat. selemah-lemah iman. tetapi tidak mengapa (selemah-lemah iman) jika itu yang termampu setakat ini, mungkin selepas ini kita punyai kuasa untuk merubah dengan izinNya. Daripada kita terus terusan mengutuk dan menggelengkan kepala dengan kerenah mereka, lebih baik kita mendoakan mereka. Munkin jika kita menggelengkan kepala @ mengutuk (dalam hati) akan menghadirkan satu sifat mazmumah yang tumbuh sedikit dalam hati iaitu riak. Merasakan diri jauh lebih baik dari mereka. Mungkin kita tidak tahu satu hari nanti orang yang kita geleng-gelengkan kepala ini jauh lebih baik dan terbaik dari kita. Nauzubillahi min zalik. Semoga Allah menjauhkan perkara ini dari hati kita. Allah berfirman dalam al Quran yang bermaksud “Kamu sekali-kali tidak dapat bersembunyi dari kesaksian pendengaran, penglihatan, dan kulitmu kepadamu, malah kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan.”
(Fussilat:22)

Ya Allah hanya Engkau yang mengetahui apa yang hati-hati kami bisikkan. Jauhkanlah hati-hati kami untuk membisikkan perkara yang tidak baik. Dan tunjukkanlah pada hati-hati kami pada jalanMu yang Engkau redhai. Sesungguhnya Enkaulah yang sentiasa di sisi kami.

Allah SWT berfirman yang bermaksud..
“…Dan dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” [Al Hadid:4]

Di kesempatan ini ingin mengucapkan pada diri dan semua..selamat beribadah kerana Allah. Di sini kita boleh menilai kembali sejauh mana cinta kita padaNya. Semoga kita semua sentiasa dalam RahmatNya dan maghfirahNya.

Rabu, 27 Julai 2011

"Adikku"

Jadi adik yang kuat ye. Banyak belajar darimu.

Sebelum ini ana ada post tentang 'kakakku'...kali ini ana ingin bicara tentang 'adikku'. Sungguh bahagia hati ini jika adik kita dapat sama-sama dengan kita menuju CintaNya. Alhamdulillah syukur kepada Allah dikurniakan 2 orang adik kandung dan 'adik-adikku'. Allah lah yang Maha kaya kerana kurniaan yang sangat besar dan 'bahagia' ini tidak boleh ditanding dengan apa pun di dunia ini. Kadang-kadang sebuah senyuman sahaja dapat diukir oleh ke'bahagiaan' yang dinikmati terus yang sampai ke lubuk hati. 'senyuman' itu juga bermaksud kesyukuran hanya untukMu Ya Allah. Kadang-kadang setiap peristiwa yang dialami hanya kita dan Allah sahaja yang tahu. sememangnya Allah mengetahui apa yang kita zahirkan atau pendamkan. (al Mulk:13). Dengan sebuah perasaan itu..perasaan kasih kerana Allah hanya Allah yang tahu sebesar atau setinggi manakah perasaan itu...jika kita tidak menzahirkannya pun, Allah akan membalasnya dengan perkara yang baik kerana kasih itu kasih yang suci dan ikhlas keranaNya. Bukan diminta untuk dibalas, malah memberi doa. itu sangat dirasakan semenjak dua menjak ni. Sebuah hadiah dari Allah yang terindah.

Adik kakak..sangat beerti buatku. Adik kandung..seribu harapan buatmu..
.....sedih ketika ini kerana mengingati peristiwa demi peristiwa yang terkesan dalam naluri..Alhamdulillah padaMu Ya Allah Ya Tuhan kami...

Adik kandung...dahulu...tidak serapat ini. sekarang..pergi kerja sekali. 'bahagia' saat ini kerana Allah Maha mendengar luahan rasa dan doa kakak kepada adik ini. adik yang lain datang pada diri atau yang diri pergi padannya..perkenalan kita walau sebentar cuma,,,hakikatnya seperi mengenali bertahun-tahun lamanya. Betul dapat rasai kemanisan ini. Semoga Allah memberi pada hatiku dan hatimu sebuah ukhwah yang indah sehingga syurgaNya...insyaAllah.. banyak ingin diluah tetapi ini sahaja yang terungkap. Doa sahaja yang dapat diiringkan bersama di tiap perjalanan adik kakak. Walaupun jauh adik di sana dan kakak di sini. InsyaAllah hati kita dekat dengan doa yang dipanjatkan. InsyaAllah.

Semoga segala yang terjadi ini memberi 'kebahagiaan' di dalam hati adik dan kakak. Ketahuilah adikku...masih ramai yang perlukan tarbiyyah melalui sentuhanmu. Jadi, sebarkanlah ia semampumu dan Allah maha mengetahui setiap apa yang kita lakukan adikku. Maafkan jika kakak tidak pandai menjadi seorang kakak yang baik tetapi ketahuilah adik seorang adik yang mem'bahagiakan' hati ini. Terima kasih dan jazakillah atas segalanya. Syukur kepada Allah yang Esa kerana ketemukan 'adik' dan 'kakak' di dunia ini. ~Alhamdulillah~

Selasa, 26 Julai 2011

Sabtu, 23 Julai 2011

Ramadhan Karim

Ramadhan

Dinanti-nanti datangmu...
kerana hadirmu...
membawa beribu harapan..
seorang hamba...
yang merindui...
RahmatNya...MaghfirahNya...

Kini kurang 10 hari untuk sampai kepadamu..
Semoga diriku dan diri kami..
Masih ada utkmu pada tahun ini..
kesalahan yang dilakukan..
Semoga diampunkan Allah Yang Esa..
Hati yang gelap..
Semoga dicerahkanNya.

Semoga hati-hati kita..
Dapat dibersihkan sebelum Ramadhan..
Agar Ramadhan tahun ini memberi..
Rimbunan kesuburan kepada sekeping hati..
Mendamba kasih abadi.

Rabu, 20 Julai 2011

Pentomen




Malam sabtu baru-baru ni kami dari MT melakonkan pentomen yang bertajuk "hambaMu". Idea yang diilhamkan oleh Allah selepas balik dari surau kawasan perumahan. Selepas mendengar ceramah oleh ustaz di kawasan itu tentang cerita Malik bin Dinar. Kami adaptasi kisah Malik bin Dinar bagaimana permulaannya beliau sangat banyak melakukan maksiat kepada Allah dan akhirnya menjadi seorang wali Allah yang tunduk dan tawadhuk hanya kepadaNya. MasyaAllah sungguh memberi kesan pada kami tatkala diceritakan kisahnya dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk membawa cerita ini pada program Wardah (wanita,ratu dan harapan) pada malam sabtu baru-baru ini.

Scene 1
Mula berkenalan dengan pakwe

Scene 2
Balik dari kuliah
ika: Aku tak puas hati lah dengan pensyarah tadi tu, mengantuk aku tersengguk-sengguk dibuatnya

Ina : Aku pun samala. Nak bagi kuliah ke nak dodoikan kita!

Anis : tak baiklah cakap macam tu kat lecturer. Dia kan yang mengajar kita

Ika:alamak…baiknye kau hari ni. Alim semacam je ayatnye

Ina:aahlah .eh,apa cer semalam ko dengan ehem2 yang terserempak dekat lib tu??

Anis:he, mana ada papela. Aku macam biasa je. Eh, okla aku dah lambat nie

Ina:eh eh, nantila dulu….ko ni, Mid sem kan baru je lepas, assignment kita pun dah hantar kan??yang ko rushing2 ni nak pergi mana ….?

Ika : ntah, ko ni.eh, ktrg sebenarnya nak ajak kau tgk wayang malam ni, jomla..

Ina : aah, jomla. Ada citer best mlm ni. Kita wat marathon.mula2 tengok harry potter, pastu tengok transformers. amacam

Anis: er…erm….x blhla. Aku ada hal lah kejap lagi ni. Lain kali ye..

Scene 3
Abang: hai sayang…sayang sihat?

Anis: hai abang…tentulah sihat,kan kita baru je jumpa kat kolej tadi. Apalah abang ni

Abang: takpelah..saja je nak tanya khabar lagi.

Anis: oo…ok. Sayang baru je sampai rumah ni.Baru balik dari kuliah. Abang tengah buat apa?

Abang: tengah rindukan sayang lah

Anis: ops! terperanjat ayang. Rindu abang juga

Abang : hehe, camnila buatkan abang bertambah2 sayang

Anis : Abang ni, malula ayang…

Abang: ayang…..abang rindulah nak jumpa ayang. Jomlah kita keluar. Sehari tak jumpa ayang rasa macam serba tak kena je hidup abang nie.

Anis: Em,boleh juga tapi…..bukan malam ni ye.

Abang: ala..nape pulak

Anis: Yelah..abang pun tahu kan mak ayang bukannya bagi keluar malam2 macam ni. Bile-bile nanti bile mak ayang takde kite keluarlah ye.

Abang: sedihlah tapi takpelah.nanti kite jumpa ye.

Anis: ok

Abang: sayang ayang. Bye

Anis:sayang abang juga.bye

Betul ke apa yang aku buat ni..…salah ke..kalau salah apa yang betul. Biarlah mak aku tak tahu pun.


Scene 4

Mak: anis……anis……dah solat

Anis: alamak (tergesa2 menutup laptop dan tergesa-gesa solat)

Mak: anak mak dah habis solat dah?(duduk di sebelah anaknya)

Anis: dah mak.(sambil membaringkan kepala di ribaan mak)

Mak: ha…macam nilah anak mak. (sambil mengusap2 kepala anaknya)..anis…mak nak pesan ni..andaikata suatu hari nanti mak meninggal, mak harap anis selalu doakan mak dan menjadi anak yang solehah.

Anis: mak ni….jaganlah cakap macam tu. Nape cakap pasal mati-mati ni…anis tak nak kehilangan mak..anis sayangkan mak…

Mak: xdela, mak ni bukannya ape. Yela, mak ni pun dah makin tua.Manalah tahu nanti tiba-tiba mak takde nanti. Jadi mak nak ingatkanlah awal2. Solat jangan tinggal..jaga pergaulan, jaga akhlak ye. Kat siapa lagi mak nak bagi nasihat macam nie. Mak ada anis sorang je kat dunia ni. Ayah anis pun dah takde (batuk2).

Anis: insyaAllah mak. Anis ingat kata-kata mak (sambil mengantuk dan tertidur)

Mak: Anis, anis kena berdikari juga ye..kena jadi budak baik, kena belajar masak, kemas rumah sendiri, tak boleh nak harap mak je tau..oklah mak nak masak nie. (sambil melihat anaknya dan sudah pun terlelap lantas mengangkatnya ke bantal)..la, da tido rupanya anak bertuah aku ni..em..

Scene 5

Abang: restoran ni abang tempah khas untuk ayang. suka tak?

Anis: suka

Abang: lepas nie kita jalan-jalan ye

Anis: ok tapi tasik tepi ni je ye sebab ayang tak boleh lame2. Mak tunggu ayang di rumah.

Abang:ala, yake. okla (masam)

-Bermesraan-

Sementara itu mak berdoa kepada Allah

(Ya Allah, Kau mengetahui gerak geriku..Kau mengatahui gerak geri anakku. Kau berilah perlindungan kepada kami di mana pun kami duduki. Hanya Engkau yang Maha mengetahui. Ya Allah Kau peliharalah anakku sekiranya aku tak mampu untuk menjaganya dengan baik. Kaulah sebaik-baik pemelihara dan kepada Engkau tempat aku kembali)

Anis: mak o mak…mak o mak. Saya dah balik ni (bersemangat)

Monolog( eh, mana mak nie. Rasa macam tak sedap rasa ni…o, solat rupanya mak aku nie. Aku nak duk seblah mak lah….(beberapa saat)…..eh lamenye mak sujud. Mak…..(sambil menyentuh sikit).

Anis: mak….mak….mak…………………………………………………..

Scene 6

Tidur (sambil peluk kain sembahyang mak)

Bangun (slow dan sesaat kemudian terperanjat dan mengensot sedikit demi sedikit seperti melihat lembaga)

-asap-

Anis: “Nenek, selamatkanlah aku daripada ular itu.”

Nenek : “Aku lemah anakku, Aku tidak dapt menolongmu. Tetapi berlarilah ke arah sini, mungkin kau akan selamat.”
“Aku berlari ke arah yang ditunjukkan sehinggalah aku mendapati ular dibelakangku dan neraka dihadapanku. Lalu aku berlari kembali ke arah nenek itu dan berkata, Maka jawabnya lagi

Anis: “Nenek, Tolonglah aku, selamatkan aku.”

Nenek : ,”Nenek lemah seperti yang kau lihat. Pergilah ke arah gunung itu, mungkin kau akan selamat.”

Anis : Eh, itu mak. Mak, selamatkan anis mak. Anis takut..

Mak: bismillahirrahmanirahhim (gaya menolak guna tangan)

Anis: mak …tolong saya mak…tolong saya mak.(sambil duduk)

Mak: (usap rambut) insaflah nak sebelum terlambat

Anis: “Ceritakanlah padaku tentang ular itu.”

Mak : “Itu adalah amal burukmu yang kau besarkan dan cambahkan setiap hari, sehingga ia hampir memakanmu. Bukankah kau tahu wahai anakku, bahawa amal di dunia akan berubah menjadi jasad di akhirat kelak?”

Anis: “Dan nenek itu?”

Mak: “Itulah amal solehmu. Kau lemahkan dia, sehingga dia menangis dan tak mampu melakukan sesuatu untuk membantumu.

Scene 7

Aku pun terbangun dari tidur dan berteriak

Anis:,mak!!!

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah…(al-Hadid:16)”

Anis: Astagfirullah al azim 3x

Doa: Ya Allah hanya Engkau mengetahui hatiku saat ini…
Aku amat sedih di atas apa yang berlaku.
Engkau telah menyedarkan aku ya Allah
Engkau telah menyuluh jalanku ya Allah
Engkau telah memimpinku walaupun telah banyak perkara terlarang sudah aku lakukan
Jahuhilah aku dari azab siksaan api nerakamu
Aku tak punya apa-apa
Tetapi aku punya Engkau ya Allah yang melengkapkan hidupku dengan cahayamu
Penuhilah hidupku dengan rahmatMu yang luas. Amin ..

Diakhiri persembahan dengan lagu hambaMu nyanyian Mawi dan Akhil Hayy

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
paaduu.com

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

Sabtu, 16 Julai 2011

'Kakakku'


video dihadiahkan kakak selepas mendapat tawaran ke UKM

video ini telah diberikan oleh soerang sahabat yang saya ingati sentiasa walaupun dia tiada bersama saya sentiasa. Kerana dia telah mengenalkanku cinta Allah swt. Dan kakak ni jga telah menyedarkanku dalam beberapa perkara yang terus aku laksanakan sampai sekarang iaitu.....istiqamah memakai tudung yang labuh. sebelum nie, kehidupan ku agak berbeza. tetapi setelah berjumpa dengan kakak ini. bukanlah perbezaan itu ketara dalam bentuk fizikal tapi kekuatan dalaman.

Alhamdulillah...aturan dari yang Esa. aku menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya. Nikmat kurniaan Allah yang disayangi juga. Mengenali kakak ini selama tempoh 6 bulan sahaja tetapi ukhwahnya bersemi selamanya. Berjumpa dengan kakak ini sebelum ana melangkah kaki ke UKM. Mungkin bekal sebelum kaki melangkah ke menara gading UKM. Bekerja dengannya sebagai guru taska dan tadika. erm, pengalaman kerja yang tidak dapat dilupakan dalam ingatan saat itu. Tempoh 6 bulan itu sangat lama dirasakan tatkala dapat berjumpa orang yang dapat membimbing diri kepada hakikat kehidupan yang sebenar. InsyaAllah Allah mengetahui dulu apa yang kita perlu dan Allah memberikannya, Alhamdulillah.

Saat mengetahui diri dapat melangkah kaki ke UKM terasa kerdilnya diri, hebatnya Allah kerana ikutkan result STPM ku bukanlah tinggi dan cemerlang. tetapi di situ aku 'yakinkan' diri ini...bukan sebab kecemerlangan aku, aku teruskan pembelajaran aku, tetapi disebabkan Allah ingin 'meletakkan' aku di situ. Selanjutnya di ukm bertemu pula dengan 'kakak' yang lain. Mewarnai hidupku. saat indah dirasakan saat itu. Seperti semalam baru sahaja bertemu dengan kakak tercinta. yelah, dalam adik beradikku, ku tidak punya kakak kandung. jadi kakak2 yang dipertemukan oleh Allah inilah kakakku. Dengan keluasan RahmatNya, Allah memberikan kakak-kakakku. Alhamdulillah, syukur kepadanya.

semakin hari belajar dan belajar bersama kakak di UKM pula. Sebenarnya baru lepas meseg dengannya dan bertanya khabar dan melepaskan rindu-rinduan masing-masing sebab lebih kurang setahun tidak bertemu. Banyak belajar darimu, kakak. Jika nak ungkapkan di sini semua, sudah pasti tak terungkap disini apa kebaikan2 yang kakak curahkan buat diri ini. Hanya doa yang dapat ku membalas segala kebaikan yang kakak titipkan buat diri ini. Semoga kita berjumpa lagi kakak. insyaAllah, kebahagian menyelinap di hati saat ini. menyayangimu kerana Allah. Ya Allah Kau peliharalah kakak-kakakku di mana pun mereka kerana mereka juga mengajar aku bagaimana untuk menjadi 'kakak'.

Sabtu, 9 Julai 2011

"MT"

Banyak kenangan di MT lama akan terpatri kukuh di ingatan kami.

Semoga apa yang berlaku bersandar pada Allah...kerana dan untuknNya.^_~

Sekarang sudah bekerja dan rumah yang baru diduduki dalam proses kemaskini. Alhamdulillah semua menjadi mudah atas rahmatNya yang luas. Mengikut kudrat akhwat yang ada ana rasa tak mampu tetapi dengan izinNya kekauatan masing2 luar biasa. Dapat memunggah barang sampai lewat malam, bersengkang mata. paling mengharukan pertolongan yang mereka beri sangat banyak berbanding diri.

Barang rumah baaaanyakkk sangat. tiga hari selepas ana di rumah baru, alhamdulillah rumah sudah siap dikemaskan. pengorbanan akhwat yang memberikan keringat masing-masing hanya Allah yang membalasnye. Semoga kita dapat mengisi ruhiyyah rumah baru dengan baik, insyaAllah. kepada sahabat-sahabat yang ingin bertandang, silalah berbuat demikian ye. selain kita dapat mengukuhkan ukhwah, kita boleh saling nasihat menasihatkan.

Pada hari ahad semingu yang lepas kami ada buat majlis bacaan doa untuk rumah yang baru diduduki. Perkara yang salah sebelum ini perlu dijadikan pengajaran untuk kehidupan seterusnya. Masalah yang berlaku perlu jadikan cabaran dan fikirkan bersama untuk menyelesaikannya. Nama rumah still "MT" (Madrasah Tarbiyyah)kerana di situ mungkin kerana namanya sudah sinonim di Bangi. InsyaAllah ahli rumah perlu membangkitkan suasana tarbiyyah kepada rumah. Semoga kita semua perolehi rahmat Allah yang luas.

Permulaannya kami merancang buat simple je...ahli Mt je cukup. Betullah, kita merancang, peancangan Allah itu lebih baik dan bahagia sekali. Pagi ahad tu juga, ketua rumah meseg minta pendapat "Nak minta pendapat untuk menjemput akhwat dan buat jamuan sedikit selepas bacaan doa". Ana membalasnya jika semua ahli rumah setuju ana ok. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik. kami menganggarkan beberapa orang yang hadir tetapi ramai yang datang termasuk anak-anak akhwat yang memeriahkan suasana. Anak-anak akhwat yang datang seagai wakil kepada ibu bapanya. sweet rasanya di situ. Anak-anak boleh survive sendiri tanpa kedua ibu bapa mereka. Makanan pula dibawa juga oleh akhwat yang bertandang. Alhamdulillah. Syukur di atas segala-galanya.

Semoga ahli MT dan sahabat semuanya beroleh semangat serta beriltizam menempuh hari-hari mendatang dan semoga Allah mememudahkan menggerakkan kaki dan anggota badan untuk berbuat kebaikan kerana setiap kebaikan walaupun sekecil-kecilnya dihitung oleh Rabbul Jalil. Jadi kita tak perlu untuk berkata kita adalah terbaik kerana itu akan mengundang bermacam-macam perasaan yang tidak enak. Semoga persahabatan yang telah dijalinkan adalah kerana pertemuan yang Allah aturkan untuk kita. Mardhatillah.

Isnin, 4 Julai 2011

Hebatnya!






Moral & Iktibar

1. Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen.

2. Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah.

3. Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti.

4. Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu.

5. Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak.

6. Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.

7. Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda

8. Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

9. Semoga kita juga punya kisah seperti di atas. Mempunyai sahabat yang menangisnya dan ketawanya kerana kita. Mempunyai sahabat yang menangisnya kita dan ketawanya kita bersamanya. Mempunyai sahabat yang boleh berkongsi syurga.

Sumber Text:
Kumpulan Kisah Sufi


إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

(Surah An-Hujurat 49: Ayat Ke 10)

sumber: iluvislam.com

***

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi di atas segalanya yang berlaku. Ukhwah itu indah apabila hubungan yang terjalin itu kerana Allah. kehidupan ini akhirnya untuk Allah dan kepada Allah kerana kita tidak punya apa-apa pun. Terselit kebahagian di dalam hati ketika ini kerana dapat bertemu dengan orang-orang yang juga merindui Allah swt. Mencintai Rasulullah saw. Semoga persahabatan yang terjalin keranaNya. Segalanya menjadi mudah dengan izinNya jua.


Ukhwah itu indah jika kita yang mengindahkannya. Allah swt juga menyayangi orang-orang yang menjalin dan melebarkan ikatan persaudaraan. Perlunya ikatan persaudaraan kerana di situ terdapat rahmat Tuhan. Masihkah kita ingat bagaimana kisah orang muhajirin dan Ansar? Masihkah ingat kisah Salman al Farisi dan Abu darda'? ukhwah yang dibina bersandarkan Allah swt sangat hebat jika kita tahu tentang kisah sahabat2 ini. nilah kisah cinta Salman al-Farisi....


Kisahnya begini, di saat dia merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan separuh daripada agama. Dia sudah siap untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar, yang selalu meniti di bibir para pemuda di Kota Madinah. Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga. Wanita solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya-karya indah bak lakaran pelangi... penuh warna dan cinta.


Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda’ sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.

“Subhanallah... alhamdulillah” terpancut kata-kata dari mulut Abu Darda’, tanda ta’ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu. Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini.


Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.


“Saya adalah Abu Darda’ dan ini adalah saudara saya Salman al-Farisi. Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w, hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya” berkata Abu Darda’ kepada keluarga wanita tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah.



“Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami. Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang utama. Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakanda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya” wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab, di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.


“silakan tuan...” balas Abu Darda’.


Selepas beberapa minit berlalu, datanglah walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya.


“Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan”


“Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda s.a.w yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua.. sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ mempunyai hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur” kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus.


Subhanallah... jelaslah wanita solehah itu hanya memilih Abu Darda’ sebagai pasangan hidupnya berbanding hajat asal datang daripada Salman al-Farisi. Bayangkan andai kita berada di posisi Salman al-Farisi, mungkin kita telah menyalahkan diri kerana telah tersilap membawa pendamping, teman bicara. Namun lain pula jawapan Salman al-Farisi;


“Allahu Akbar... Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti” dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil.


“Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!” air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.


Begitulah jawapan Salman al-Farisi. Subhanallah, begitu kagum dan ta'ajubnya sy ketika membaca kisah cinta beliau. Reaksinya yg begitu bersahaja sudah menunjukkan yg beliau adalah pencinta sejati. Akur akan ketentuan Allah swt. Sejatinya bkn kerana beliau adalah sahabat Rasulullah, tetapi rahmat dan kasih syg Ilahi yg sentiasa menemani sekeping hatinya utk terus MEMBERI...teringat sy akan satu ayat ni. MEMBERI itu tidak bererti mengurangi apa yang ada, tp bersyukur dgn apa yg dimiliki, tidak haloba dgn apa yang tiada..


Salman al-Farisi yg begitu setia dan utama disisi Rasulullah juga diuji sedemikian hebat apabila cintanya ditolak oleh gadis solehah idamannnya. Dan yg lebih mengejutkan lagi, sahabat baiknya yg pada mulanya dijadikan 'teman bicara' utk meminang pula yg menjadi pilihan si gadis solehah.


Dan bagaimana pula reaksi jika kita meletakkan diri kita ditempat dan situasi Salman al-Farisi? mampukah kita memberi dan membenarkan segalanya dgn keikhlasan?? sudah pasti akan timbul sedikit rasa marah pada mulanya dan diikuti rsa terkilan. Tapi berbezanya dgn Salman al-Farisi. Beliau begitu kuat menerima setiap ketentuan Illahi dgn penuh rsa syukur dan redha. Baginya, satu pekerjaan yg besar lagi mulia adalah dgn MEMBERI...


Kisah beliau mengajar kita bahawa tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah swt. Yang Maha mngetahui tentang sesuatu yg tidak kita ketahui..


semoga kita yang bergelar hamba Allah ini..masih bersama rahmatNya.

Rabu, 22 Jun 2011

Keyakinan Berakhlak

Assalamualaikum buat semua. Kesyukuran setingginya dipanjatkan kepada Rabbul Alamin dan selawat ke atas Rasulullah saw yang dikasihi. Semoga kita masih dalam lembayung rahmat dan hidayahNya.

Banyak faktor dalam pembentukan akhlak yang baik. Semakin banyak faktor-faktor itu terkumpul dalam proses pembentukan maka semakin mudah dan cepat menghasilkan akhlak tersebut. Sebaliknya semakin sedikit atau saling tidak searah tujuannya maka semakin kurang kesan dan pengaruhnya. Faktor-faktor itu pula berlainan dan berbeza dari segi kuat dan lemahnya kesan dan pengaruh kepada pembentukan. Faktor keturunan, umpamanya adalah amat kecil kesan dan pengaruhnya jika dibandingkan dengan faktor alam persekitaran.

Terdapat empat situasi yang ana ingin bawakan dan keempat-empat situasi ini berkait rapat dalam kehidupan kita.

Situasi 1

“Assalamualaikum ukhti. Bagaimana khabar kamu serta suami dan anak-anakmu sekarang?”, Haslina bertanya kepada sahabat karibnya sebaik kaki melangkah menziarahi temannya itu. “Alhamdulillah, semuanya baik..anugerah dari Allah perolehi suami yang boleh membimbing dan anak-anak yang medengar nasihat”. Jawab Sakinah beserta senyuman kebahagiaan terpancar di wajahnya.

Situasi pertama adalah faktor keturunan. Yang dimaksudkan dengan keturunan ialah perpindahan beberapa sifat tertentu yang khusus dari datuk nenek kepada zuriat keturunannya. Atau pepindahan beberapa sifat yang ada dalam benih ibu bapa.
Berdasarkan kepada hakikat ini maka syariat Islam telah menganjurkan supaya:

•Memilih bakal-bakal isteri/suami yang mempunyai nilai akhlak yang baik
•Kepada suami supaya memilih isteri-isteri yang salihah dan mempunyai nilai agama
•Menasihatkan ibu bapa supaya segera menikahkan anaknya itu dengan orang yang mempunyai nilai-nilai akhlak dan agama
•Menasihati mereka supaya menikahi perempuan yang subur melahirkan anak
•Melarang menikahi perempuan yang tidak menjaga kehormatan diri. Al-Quran menegaskan bahawa orang perempuan yang suci kehormatannya adalah untuk laki-laki yang suci kehormatannya, dan begitulah sebaliknya. Perempuan yang baik adalah untuk laki-laki yang baik

Situasi 2

Firdaus dan keluarganya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman yang damai dan jauh dari bandar dan kota. Membawa pulang 3 orang anaknya pulang bersama. Seorang lagi anak mereka tinggal bersama neneknya di kampung. Setibanya di kampung halaman, disambut dengan anaknya, Mohd. Mohd menyalami kedua orang tuanya dan adik-adiknya.

“kau nak pergi surau ye?” Tanya ayah kepada Firdaus melihat pada pemakaian anaknya yang berkopiah. “aah, ayah. Masuklah ke dalam, nenek dan atuk menunggu. Semua bergerak masuk ke rumah sementara Mohd menuju ke masjid untuk menunaikan solat fardhu zohor. Dalam hatinya sempat beristighfar dan memohon doa agar adik-adiknya beroleh kesedaran untuk meninggikan syariat Allah. Dia ingin adiknya yang perempuan dan lelaki dapat menutup aurat, dan boleh menjaga solat masing-masing.

Mohd sedar dia hanya mampu berdoa dan menunjukkan akhlak yang baik depan ahli keluarganya.
Situasi di atas ialah faktor tempat. Faktor ini termasuk dalam faktor persekitaran. Mohd telah dibesarkan oleh atuk dan neneknya di kampung, jauh dengan kehidupan di bandar yang penuh dengan fitnah dan cabaran.

Situasi 3

“Aku berasa tak yakin dengan diriku sendiri” keluh Hafiza besendirian sebaik duduk birai katilnya di asrama. “Aku bingung sebenarnya dengan identiti sendiri, aku belajar di sekolah ini pelbagai ilmu agama…tauhid, feqah, tafsir, sirah. Tetapi bila pulang ke rumah, semua perkara itu terbang entah ke mana. Ibuku yang tidak menutup aurat, ayahku yang selalu tinggal solat, abang-abang yang kuat bersosial dan adik-adik yang tidak mendengar nasihat. Aku tidak punya keyakinan untuk melakukan ketaatan kepada Allah di rumah”. Hati Hafiza berbisik sendiri diiringi air mata jernih yang mula mengalir keluar dari matanya. Hatinya sebak dan sedih dengan keadaan itu.

Lama dia begitu sehingga disapa oleh sahabatnya lalu diseka air matanya dan senyuman diukir menatap wajah sahabatnya itu. “Kenapa ni Hafiza?”. Fadilah bertanya sebaik melihat Hafiza dalam keadaan sedih. “tidak ada apa-apalah” cepat Hafiza menjawab lantas tangan Fadilah dicapai dan Hafiza mengajaknya keluar bersama.

Begitulah sikap Hafiza, menyembunyikan permasalahan yang dialami di rumah kerana ingin menjaga keluarganya dan berpura-pura menceriakan wajahnya dengan sahabatnya.
Situasi ini ialah faktor keluarga. Tidak ada keyakinan dalam diri akibat tidak mendapat sokongan dari ahli keluarga untuk berubah kepada kebaikan. Namun, jika pengaruhnya dengan ilmu yang dipelajari dan praktikalnya di asrama dilakukan dengan keihklasan, ia akan dapat membantu Hafiza kuat untuk berada di rumah. Tetapi, jika sokongan dari sahabatnya kurang…dia akan melemah dan keyakinannya akan semakin berkurang.

Situasi 4

“Sekarang tazkirah kita sudah selesai. Kita akan pergi kepada musykilah. Jadi ana akan bertanya mula dari sebelah kanan ana”. Ukhti Muslimah berbicara sambil tangannya mengisyaratkan Jamilah untuk memulakan sesi permasalahan. Jamilah mula menceritakan permasalahan yang dialami dan mendapat penyelesaian dari ukhti Muslimah, dan sahabat-sahabatnya yang lain. Dia juga mendapat suntikan semangat dari sahabat-sahabatnya buat bekalan di kemudian hari.

Selesai berbincang, Jamilah bersalaman dengan semua. Dia merasakan ada kekuatan dalaman yang sangat kuat ditambah dengan tazkirah yang didengar beserta dalil Al-Quran dan hadith yang amat menyentuh sanubarinya. Walaupun wujud permasalahan besar dengan keluarganya, dia tetap kuat dan menjadikan itu semua ujian yang diberikan dan berusaha menunjukkan akhlak yang baik di rumah. Dalam doanya tidak akan pernah tinggal keluarganya..semoga semuanya dapat memperolehi keyakinan sepertinya.

Situasi ini ialah faktor sahabat dan teman sejati. Ada yang memberi semangat tika diri lemah. Saling bahu membahu dan nasihat menasihati tika diperlukan. Susah senang bersama. Dalam sesetengah keadaan sahabat lebih diberi kepercayaan dari keluarga. Islam juga menitik beratkan sahabat dalam al-Quran dan Hadith. Di antaranya

Hadith al-Bukhari dari Abu Musa al-Asyari yang bermaksud, Sahabat yang salih itu ibarat penjual minyak wangi, bila engkau tidak mendapat minyak wangi darinya, maka engkau mendapatkan bau harumnya. Dan sahabat yang jahat itu ibarat tukang besi, bila engkau tidak terkena percikan apinya, maka engkau akan terkena asapnya.

Dalam al-Quran saurah al-Taubah ayat 119 yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar

Bukan di mana situasi yang perlu kita ambil tetapi penyelesaian dan keyakinan yang perlu kita bina sekarang. Tidak kira kita berada di situasi mana Allah berfirman dalam al-Quran:

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. (QS. Al-Hujuraat: 13)

Kita hari ini perlu lebih baik dari semalam. Jika kita dalam situasi yang tidak ada keyakinan, kita perlu bangkit untuk mencari sahabat yang boleh ingatkan. Mencari ilmu agama dan mengamalkan, membaca al-Quran dan memahami maksud tafsirannya. Orang yang paling mulia adalah yang paling bertakwa. Jika ayah kita ulama’, ibu kita ustazah, belum tentu kita anaknya memperolehi pangkat yang mulia tanpa usaha. InsyaAllah kita semua perolehi akal untuk berfikir, hati untuk memahami apa yang Allah aturkan untuk kita. Jika kita kata kita lemah sebab tiada sahabat yang mengingatkan kita, kita salah. Kerana kita masih punya Allah yang Maha Mendengar segala bisikan hati. Berdoalah moga kita masih lagi perolehi RahmatNya dan pertolonganNya. Astaghfirullah al-azim.

Isnin, 20 Jun 2011

Assalamualaikum kepada semua yang merindui dan dirindui..
sudah lama tidak mengupdate penulisan di sini. Dalam diam bukan menyepi..dalam diam bukan berfantasi..tetapi dalam diam itu menimba dan mencari..ilmu Allah luas yang tak pernah bertepi.

Ahad, 5 Jun 2011

KASIHKU

KasihNya membawa berjuta Rahmat ke seluruh alam.

Kasih,
Kau umpama jalan yang menghubungkan
Hati-hati yang suci dan murni,

Kasih,
Kau umpama bintang-bintang dimalam hari
Yang menyinari alam kelam ku.

Kasihmu IBU.
Menyayangi hidupku diakhirat sana,

Kasihmu AYAH,
Terbakar hingga ke pintu syurga,

Kasihmu GURU,
Terang bahagia hidupku nanti.

Kasihmu SAHABAT,
Pendengar segala rintihan kasih.

Kau...penawar jiwa...,
Kau...sinar segala-gala..,
Andai tiadamu didunia,
Hidupku kelam tidak barbunga,
Tawar tiada gelora.

Merindui KASIH selama-lamanya,
Bisikan dari hati,
Biarlah mengharum KASIH ini..,
Sehingga ke SYURGA,
Alam yang lebih mengindahkan dan mendamaikan.

Kasih di sisiku,
Sentiasa disemai rasa berbakti.

Kasih yang jauh,
Sentiasa dipanjatkan doa.

Semoga Kasih dan Rindu yang bergetar,
Membawa Redha Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

nukilan: Ja'a Nasrullah

Isnin, 23 Mei 2011

Jom Berpindah

persaudaraan tidak mengenal jenis dan warna kulit

Kesyukuran yang tidak terhingga kepada Ilahi, pujian selawat buat junjungan yang mulia lagi terpuji, kesejahteraan dan rahmat dipinta dari Rabbul Izzati dalam melangkah dunia ini, yang sememangnya penuh dengan onak dan duri. Buat ibu bapa, keluarga yang dicintai, buat sahabat dan teman seperjuangan...buat adik-adik yang disayangi...buat ukhti-ukhti yang dikasihi. Semoga duduknya kita di bumi ini dapat membantu diri dan orang lain dalam memperjuangkan Islam di seluruh tempat yang kita duduki.

Alhamdulillah..dapat ubah gaya blog ni (tempat curahan dan salah satu sumber penguat) walaupun tidaklah sehebat blog lain tetapi ada satu kepuasan dalam diri.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajiban sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezki (nikmat) yang mulia. Dan orang-orang yang beriman sesudah itu kemudian berhijrah serta berjihad bersamamu maka orang-orang itu termasuk golonganmu (juga). Orang-orang yang mempunyai hubungan kerabat itu sebagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada yang bukan kerabat) di dalam kitab Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. (Al-Anfal: 72-75)

Hijrah satu perkara yang membawa kepada pelbagai definisi. Daripada sekecil-kecil definisi kepada sebesar-besarnya. Hijrah adalah satu perpindahan. "saya telah ber'hijrah'" bermaksud saya telah berpindah. Jika menyebut tentang hijrah tidak lain akan diperkatakan tentang penghijrahan orang-orang Muhajirin di Makkah ke Madinah bertemu dengan orang-orang Ansar. Sebelum berbicara tentang hijrah nie pun telebih dahulu disajikan dengan firman Allah -perenggan di atas-(8:72-75) yang mengatakan tentang 'hijrah' (Muhajirin & Ansar). Dalam tajuk juga...jom berpindah kepada baik dari hari sebelumnya. Belajar dari sahabat Rasulullah dan sirah.

Baca terjemahan itu penuh dengan isi dan ilmu yang Allah mahu sampaikan kepada hamba-hambaNya.Mahu tak kita tergolong dalam dua 'golongan' itu. Satu golongan (Muhajirin) dan satu golongan lagi (Ansar).. semua pasti mengatakan ya kan. Sebab ia Kedua kelompok manusia ini diabadikan oleh Allah dalam Al-Qur’an dengan penghargaan dan jaminan yang sangat tinggi iaitu Redha Allah dan syurga-Nya yang abadi. Hadiah yang amat bernilai dari Rabbi.

Allah berfirman:
“Orang-orang yang terdahulu lagi yang terawal (masuk Islam) dari golongan Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar”. (At-Taubah: 100).

Mengapa dikatakan dua golongan ini istimewa? Apa yang telah dilakukan sehingga mendapat setinggi penghargaan. Sudah tentu melalui akhlak yang mereka tunjukkan..pengorbanan..keikhlasan..golongan Muhajirin adalah orang-orang yang dengan suka rela meninggalkan semua yang mereka miliki beserta tanah air tempat tinggal mereka demi menyambut seruan Allah dan Rasul-Nya. Sedangkan kelompok Ansar adalah mereka yang bersedia menerima, meraikan, memberi perlindungan dan bantuan kepada orang-orang yang berhijrah dengan tanpa mengharapkan imbalan atau balasan balik selain balasan pahala dari Allah swt.

Hidup pada makna memberi. Indah akhlak yang ditunjukkan. Di sini perlu settingkan balik niat kita. bukanlah jika kita menolong seseorang, kita inginkan balasan darinya. situasi sebagai anak kepada mak jika disuruh melakukan sesuatu bantuan di rumah. kadang-kadang mak minta kita belikan sayur di kedai..kita mahukan upah. Mak minta basuhkan baju..masih berkira-kira mahu basuh baju sendiri je. Mak minta tolong di dapur..masih berlambat-lambat dan akhirnya tak turun ke dapur. jemurkan baju, basuhkan kereta, dan pelbagai pertolongan. itu dalam konteks keluarga. Ada hubungan kekeluargaan..belum lagi dengan orang yang kita tidak kenal..adakah kita nak lakukan. Kerana itu Allah menekankan dalam ayatNya 'Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan'.

Jadi perlu dilatih di rumah dengan orang yang kita kenal terlebih dahulu untuk mewujudkan rasa memberi tanpa meminta imbalan. Malahan apabila dibiasakan bukan mak yang minta tolong..belum suruh sidaikan baju...baju dah tersidai di ampaian. belum diajak masak..sudah memotong bawang di dapur..belum suruh pergi kedai sudahpun ada di atas motosikal nak ke kedai. Sejuknya hati ibu kan jika begitu akhlak yang ditunjukkan. Begiu juga dengan orang-orang yang kita rapat di bilik..rumah sewa. Banyak perlu memberi. Jika sudah terlatih dengan orang yang sedarah dengan kita, insyaAllah dengan orang-orang tidak dikenali juga kita akan melakukan perkara yang sama.

Kerana itu pendidikan @ tarbiyyah itu ialah sedikit demi sedikit ke arah yang baik, lebih baik, terbaik..jika tersasar, kembali semula kepada baik dan seterusnya. Kehidupan..kita yang tentukan pilihan hidup biiznillah. Serendah-rendah ukhwah adalah berlapang dada. Belajar untuk berlapang..melapangkan..memberi kelapangan kepada hati dan pemikiran dengan sikap-sikap yang kadang-kadang kita menjadi sedih,kecewa tapi berlapanglah kerana itu serendah-rendahnya ukhwah. Jika setinggi-tinggi persaudaraan itu ialah itsar iaitu melebihkan orang lain daripada kepentingan diri. Sesuatu yang sukar tetapi tak mustahil untuk memperolehinya. Diri ini juga dalam proses pentarbiahan.Banyak yang perlu dibaiki dan dilakukan.

Banyak lagi sebenarnya yang boleh dibicarakan tentang hijrah ini. Tetapi setakat itu dari ja'a nasrullah. Semoga kita bersama-sama dapat mencapai apa yang Allah sediakan yang amat bernilai itu, dan juga dapat belajar dari dua golongan itu iaitu golongan Muhajirin dan Ansar. Wallahu A'lam

Khamis, 19 Mei 2011

'Daerah'

Sudah lama tidak mengupdate tulisan. Terasa terpanggil untuk membicarakan hal ini.memanggil semua yang membaca pergi ke suatu daerah.Mari kita berjalan bersama, mengorak langkah sambil memimpin tangan (sesame muhrim). Letakkan di tepi segala permasalahan hidup yang menyinggah..letakkan di tepi kerja-kerja yang tak pernah surutnya…letakkan di tepi segala yang menggelisahkan jiwa dan prasaan..kita nak pergi ke suatu tempat yang sunyi dan sepi. Tidak ada apa-apa melainkan kita yang perlu menghiasinya, menanamnya dengan biji-bji benih bunga matahari, membina mahligai indah yang beratapkan daun nipah. Menyiram biji benih itu sehingga tumbuh pokok-pokok yang segar dan cantik. Apakah daerah yang diperkatakan itu??

Itulah ianya daerah ‘hati’. Ketika ini, duduk sejenak memegang hati kita. Rasakan degupan jantung yang terus berdegup kencang…tidak pernah berhenti sehingga umur kita meningkat ke angka…….sekalipun. Jika tidak berdegup tiadalah kita di sini..membaca tulisan ini..kita akan ada di alam yang kedua pula. Itu pasti. ~ Alhamdulillah masih terasa nikmat yang Allah berikan.~nikmat MENGHIRUP udaranya….udara yang DIHIRUP juga adalah nikmat kerana ianya suci dan menyihatkan diri.

Selepas usai merasai getaran dalam hati..tanyakan pada diri apa yang sudah dilakukan untuk ‘daerah’ ini? sudahkah aku menghiasinya menjadi nan indah dan mendamaikan? Atau kita menghiasinya dengan alunan muzik rock yang membingitkan..tanyakan pada hati kerana tidak ada orang luar atau orang lain yang boleh mengawalnya. Diri kita sendiri juga yang sampai dulu ke ‘situ’ sebab kunci azimat untuk ke ‘situ’ ada tergengam erat di tangan kita. Perlu membuka kunci itu dan hiasilah dengan perkara yang mendamaikan untuk jangka masa yang panjang.

Daerah ini…yang ramai akan menyinggah…kita boleh memilih sesiapa yang akan menyinggah hati kita…

Allah swt Maha pengasih Maha penyayang.
Tiada kasih standing kasihNya. Tiada sayang setanding sayangNya. Dialah Allah swt yang penyayang di antara yang penyayang.

Dia (Yusuf) berkata, “Pada hari ini tidak ada cercaan terhadap kamu. Dan Dia Maha Penyayang di antara para penyayang. (12:92).

Cantik bukan ayatNya? Salahlah jika kita berkasih sayang tetapi tidak disandarkan sayangNya kerana Allah swt yang Maha Menguasai ke atas hamba-hambaNya. Pengharapan perlu diletakkan kepadaNya agar hati kita dihiasi dengan kelembutan dan kasih sayang juga.

Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi (salah satu rangkap lirik inteam-sutera kasih)

Apabila cinta kepada Allah kita gapai untuk singgah kekal dihati…cerahlah ‘daerah ‘ kita itu dengan cinta-cinta yang lain…..

Ketika Nabi saw memasuki Madinah, ketika semua manusia memegang kendali unta beliau, kata-kata pertama yang keluar dari mulut beliau yang mulia adalah:

“Wahai manusia, cintailah Allah dengan sepenuh hati kalian.” Ertinya jangan kita membiarkan sepetak hati kita, walau sebesar atom, kecuali dipenuhi dengan cinta pada Allah swt.



Di kesempatan ini ucapan penghargaan ma dan abah terutamanya, mendidik dan telah banyak berkorban harta dan jiwa demi anakmu ini. Semoga Allah swt menempatkan ma dan abah di tempat yang indah di akhirat nanti. Amin. Buat sahabat, teman dan rakan-rakan kerana menyinggah ke ‘daerah’ ana. Ahli-ahli MT yang silih berganti. Buat sahabat-sahabat setarbiah denganku. Membesar bersama-sama. Murobiahku, pendidikku. Adik-adik yang juga diingati di sabah, Terengganu, Melaka, perak, semuanyalah. Tidak terucap di sini. Mungkin satu hari nanti akan ana ukirkan satu persatu yang menyinggah di hati sementara masih di dunia. Bersyukur kepada Allah atas kurniaan teman2 seperti antuna. ‘kebahagiaan’ terpatri bersama antuna. Semoga dapat menghadirkan sentiasa CINTA ALLAH itu.

~Bacalah buku ditulis Amru Khalid- Hati sebening mata air-insyaAllah banyak manfaat dan ilmu di situ~

Sabtu, 14 Mei 2011

Indah

Subhanallah..Indahnya..

Bismillah
Kesempatan di pagi yang ceria, dapat beriadah, berjoging bersama 3 orang hosuemate yang disayangi. Memenuhi hak kepada diri sendiri tentang perlunya kekuatan fizikal dalam mengharungi kehidupan. Tanpa kekuatan fizikal, badan akan mula lemah, angin karbondioksida bertambah dalam badan. ~Alhamdulillah. Jom lepas nie boleh jadikan rutin kerana keperluan untuk diri kita juga.~ (jika tak dapat buat bersama-sama…keseorangan pun boleh…) Lama sudah tidak menulis, maaf kepada diri (astaghfirullah)..kepada yang membacanya, afwan…semoga kita sama-sama masih tetap terus menerus melakukan amalan dengan keikhlasan kepada Allah swt kerana Allah swt, untuk Allah swt. Kebaikan untuk diri kita juga akhirnya. Hadiah dari Allah swt. Ingin mencoret tulisan berkaitan indah. Sangat Indah. Indahnya. Sahabat2, adik2 yang indah.

Indahnya ikan di tasik cempaka,
Sisiknya berkilau pelbagai warna,
Indahnya jika terus memujiNya,
Kerana ia ciptaan yang Esa. (SubhanAllah)

Indah bumi ciptaan Yang Esa
Indah hati kerana imannya
Indah manusia dengan bahasanya
Indah mata melihat kebesaranNya
Indah matahari sinaran cahayanya
Indah pagi dengan panggilan kebesaranNya
Indah pelangi dengan warnanya
Indah rumah dengan perhiasannya
Indah tangan dengan pemberiannya
Indah wajah kerana senyumannya
Indah. Indah. Indah…..

Semuanya indah…
Daripada hati…mata..tangan…wajah….siapa yang tidak sukakan indah. Indahnya jika peroleh indah.
Semuanya indah…
Daripada bumi….pelangi….matahari….pagi…manusia….sungguh indah. Semuanya ciptaan dan nikmat Allah swt kepada kita.

Sesungguhnya Allah Ta'ala indah dan suka kepada keindahan. Allah suka melihat tanda-tanda kenikmatannya pada diri hambaNya, membenci kemelaratan dan yang berlagak melarat.
(HR. Muslim)

Keindahan itu disukai oleh semua manusia. Yang berbuat baik mahupun yang berbuat jahat. Dari yang kecil kepada yang tua. Sejauhmanakah keindahan yang kita huraikan untuk diri kita?? Jawab dalam diri. Ada yang berkata. “ Indahnya pelangi itu” terus memuji Allah dalam hatinya. Ada juga yang berkata “ wow, cantiknya perempuan itu” terus ingin manjadi cantik sepertinya. Ada yang bertemu keindahan, terus ingin memilikinya. ‘indahnya kereta mewah itu. Aku akan dapatkannya”. Jadi manakah yang sebaik-baiknya?? Ingin memiliki indah?? Ingin menjadi indah??ingin berjiwa indah?? Jawapannya ada di perenggan bawah ini.

Semestinya jiwa @ hati yang indah akan membentuk segala perlakuan nan indah juga. Jadi, jom sama-sama masuk ke dalam hati kita dan perindahkannya. Rasulullah saw pernah bersabda bermaksud:

Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila dia baik, maka baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila dia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa dia itu ialah hati. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hiaskan dengan sesuatu yang indah juga. Ia adalah sesuatu yang paling mulia…alunannya indah…maksudnya mententeramkan..mendamaikan..lafaznya..memberi getaran. SubhanaAllah itulah ***Al Quran al Karim***

Dalam surah az Zumar ayat 23 yang bermaksud:

Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya) yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara) yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah pertunjuk Allah Allah memberi hidayah pertunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah pertunjuk kepadanya.

~Jom buka Al Quran dan membacanya…memahami kandunganNya..hadiah dari Allah swt…kepada hamba-hambaNya~

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...