Jumaat, 21 Januari 2011

cerita hati



بسم الله الرحمن الرحيم

Bersyukur sangat ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kasih sayangNya kami masih lagi boleh bernafas, berjalan, bergerak, mersai nikmat2 yang berada di dunia ini yang penuh dengan tipu daya dan perhiasan. Ya Allah Yang Maha pengasih lagi maha penyayang, biarlah kehidupan kami ini hanya Engkau yang bertakhta di hati kerana Engkaulah yang memberi segala-galanya. Jika Engkau mentakdirkan kami mati, matikanlah kami dalam keadaan yang beriman kepadaMu Ya Allah Ya Tuhan kami. Biarkanlah nanti kami bersama2 orang-orang yang kami sayangi di dunia ini iaitu ibu bapa, guru-guru, sahabat-sahabat , adik-beradik kami serta seluruh umat Islam di dunia ini dapat bertemu dengan Mu ya Allah. Engkaulah sebenarnya yang memberikan rasa kasih dan sayang dalam hati kami dan biarlah kami dapat bersatu dan bertemu denganMu Ya Allah. Hanya Engkau yang berhak ke atas diri kami.

Tetapkanlah hati kami ini supaya dapat menggapai cintaMu yang indah dan mempesonakan. Biarlah segala ketakutan kami hanya takut kepadaMu dan berlari menuju ke arahMu. Kami bersyukur kepada Mu atas nikmat yang Kau berikan sehingga tak terhitung oleh kami nikmat itu. Engkaulah sentiasa kami ingati…insyaAllah. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjalani mehnah dalam kehidupan dunia yang singkat ini. Kami sayangg Allah. Buangkanlah Ya Allah sifat-sifat prasangka buruk yang terukir di lubuk hati kami. Sucikanlah hati-hati kami ini daripada sifat-sifat mazmumah kepada sifat-sifat mahmudah. Kau lapangkanlah masa kami untuk berjuang dalam agamaMu dan berfikir mengenai keredhaan Mu.Kaulah sentiasa bersama kami tika kami senang dan susah. Hanya Engkau.ALLAH swt.

###

catatan ini ditulis waktu pertama muhasabah bersama akwat di RA..semua diminta menulis luahan masing2 dan ana pegang kertas ini sehingga sekarang. Ingin menyimpannya di sini sebagai satu booster buat diri dan ingatan bahawa ini yang pernah diluah dan terluah. moga sama2 dapat membaiki kelemahan diri.

Selasa, 11 Januari 2011

Mencipta Karakter


Bersyukur kehadrat Ilahi di atas segalanya yang telah berlaku kepada diri. Ingin dicoretkan di sini tentang ‘berkawan’. Jom akhwat, kita membina kawan supaya sama2 dapat membaiki diri. Terbangkan diri di pelusuk manapun (jika kita kuat) kita akan beroleh kebahagiaan. Jika tidak kuat kumpulkan kekuatan dahulu di perbukitan ini. Agar kita bisa menjadi kuat. Bukan kuat itu gagah mengangkat batang pokok atau menjinjit batu bata. Tetapi gagah hatiku, hatimu dan hati kita dalam menongkah arus dalaman (bersastera). Kekuatan pada hati. Menelusuri sirah Rasulullah sa.w . Ilmu kekuatan dalaman yang demiliki Rasulullah tercinta ialah kekuatan hati. Orang yang menguasai ilmu ini tidak akan mudah sakit hati, tidak cepat marahnya, tidak mudah menerima hasutan orang, jauh dari hasad dan dengki sehingga hidup Beliau terasa benar-benar tenteram.

Rasulullah sangat pemaaf, tidak mudah merasa sakit hati walaupun diperlakukan dengan perbuatan yang sangat menyakitkan sekalipun. Beliau dicaci dihina disakiti tetapi dengan mudahnya Beliau melupakan itu semua.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah setiap kali pulang dari masjid Beliau diludahi oleh seorang kafir, suatu hari Rasulullah SAW tidak mendapati orang tersebut, ketika Rasulullah mengetahui orang itu ternyata sakit beliau bergegas untuk menjenguknya, dan sebab itulah orang tersebut masuk Islam. Dalam perjalanan da’wah ke Taif pun pelbagai cubaan dan dugaan yang dihadapi Rasulullah saw, Rasulullah SAW ditolak oleh pemimpin Tsaqiif bahkan beliau dilempari batu oleh budak-budak dan orang-orang bodoh dari mereka sehingga kedua kakinya berlumuran darah.

Ketika malaikat Jibril menawarkan untuk membinasakan mereka Rasulullah SAW menolak bahkan Rasulullah SAW mendoakan mereka agar mendapat pengampunan Allah. Cantiknya akhlak Rasulullah saw.

####### #####

Kekuatan hati inilah yang kita sering membina, membina dan membina. Dalam usrah, halaqah, daurah,rehlah,program. Dalam kita sedar atau tidak karakter itulah yang kita nak bina buat diri, mengumpul tenaga dan semangat yang kian memudar. Menyuntik penawar agar segala virus yang melanda diri surut dan menyurut. Walaupun tidak sekaligus virus itu hilang, tetapi nampak kesannya..beransur sembuh. Ceramah dari ustaz Hasrizal semalam menggamit kenangan lalu. Benarlah salah satu sebab keruntuhan moral berlaku kerana tidak ada pembinaan karakter. Karakter macamne?? Karakter seorang yang sabar tika ditimpa ujian, karakter seorang yang pemaaf tika berlaku perselisihan, karakter watak yang mendamaikan tika berlaku kegoncangan, karakter seorang yang peka terhadap persekitaran.


Karakter itu boleh dibina melalui tarbiyyah. Usrah-usrah yang dibina. Secara langsung atau tidak, kita belajar darinya. Usrah yang menggamit beribu pengorbanan. Masa terutamanya sehinggalah wang dan tenaga. Di dalamnya pelbagai ayat2 cinta Allah ditadabbur dan diselak tafsirannya, pelbagai masalah dikongsi bersama, suarasa yang sedih atau gembira (teringat halaqahku yang pertama), semua itu lah yang membossterkan iman di dada.

Dan semua itu datang dari Yang Mencipta. Itulah tarbiyah langsung dari Allah. Kadang2 karakter itu berlaku dalam konflik keluarga. Kuatnya hati bila pelbagai masalah keluarga menimpa, menjadikan matang dan sentiasa berfikiran positif. Nah, inilah karakter kita..perlu belajar dari kesusahan,menuntut pengorbanan. Percaya, Allah swt akan memberi kembali kepada kita lebih baik dari apa yang kita berikan dahulu dengan keikhlasan yang penuh. Ya mari kita membina karakter itu sahabat, biiznilah!

Isnin, 3 Januari 2011

Mata Hati




Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Lirik Pandangan Mata - Hijjaz

perkara yang dilafazkan oleh seorang akhwat di jirim malam permulaan kem di ulu Yam. Mengingatkan pada adik-adik dan kakak2 untuk mensetingkan hati agar berhati2...

sangat syahdu..gembira..dengan segala aktiviti dan eksperesi rasa hati...tika hujan, membasahi khemah adik2, tampak ketabahan dan sabarnya adik2 memindahkan barang-barang ke sana dan ke mari..tenangnya raut wajah mereka...mereka adalah orang2 yang hebat.

akak2 urusetia dan fasi bersengkang mata menjaga keselamatan di sehingga keheningan pagi..itu adalah kekuatan luar biasa..perlu untuk menjaga niat dan hati...agar segala yang dilakukan bukan untuk meraih pandangan manusia..tetapi pandangan Allah swt.

###

Kepada yang berhalaqah dan bertaklim..pesanan buat diri jua. targetkan sesuatu yang kita akan capai dalam satu sem ni. jika mutabaah kurang…tingkatkan dan istiqamahkan untuk hati kita ..tenang. Jika belum ada mad’u..targetkan perlu ada mad’u..jika belum mulakan ta’lim bersama mad’u targetkan untuk sama2 duduk berhalaqah dengan adik2 menguatkan soal akidah…kebersamaan dengan Allah..kecintaan dengan Allah swt. Teruskan! Teruskan! Akhwat. Laksanakan ! apa yang tlah kamu perolehi dahulu! Minta bantuan akhwat untuk semangat dan pengalaman…Minta doa tulus dan mulus dari Pencipta kita! insyaAllah semuanya kerana kita ingin melihat syariat Islam tersebar dan tertegak! Takbir! Allah Akbar!

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...