Ahad, 20 Disember 2009

Solat Khusyuk




Assalamualaikum kepada sahabat2 seperjuangan yang disayangi dan diingati, teman2 yang tidak putus2 memberikan kata2 semangat serta keluarga yang disayangi kerana Allah semuanya. Pertama untuk diingat di dalam diri serta sahabat yang membaca tinta ini agar diluruskan segala niat kita bagi menepuhi segala keindahan dunia yang sementara ini dengan mata hati kita. InsyaAllah. Semoga Allah memudahkan segala urusan dan kita dapat istiqamahkan diri kita dalam berbuat amal kebajikan.
Sudah lama ana tidak mengisi di blog yang sederhana ini. Alhamdulillah sedikit waktu ni ana nak menukilkan segala yang bermain di hati. Bersempena dengan awal Muharram pada hari ini, ana nak mengucapkan kepada semua salam penghijrahan. Mungkin dari tidak baik kepada lebih baik, dari baik kepada yang lebih baik. Mungkin dahulu kita pernah kedekut untuk keluarkan duit untuk berinfak, sekarang lebih berhati2 dalam menggunakan harta yang diberi. Infaknya mungkin lebih senang dikeluarkan daripada membeli untuk kegunaan sendiri. Penghijrahan itu bukanlah mudah tetapi memerlukan pengorbanan agar yang terhasil itu manis semanis madu, indah selembut sutera.

Mungkin dahulu dalam melakukan solat, kita teringatkan hal-hal indah duniawi walaupun sebenarnya Allah tidak memandang langsung dunia. Benarlah Allah sudah mermberikan peringatan dalam al Quran Karim dalam surah al Ankabut dalam ayat yang ke 35 yang bermaksud:
45. bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.
Marilah sama-sama kita mengkoreksi diri sendiri adakah solat kita benar2 mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. Allah sudah mengatakan dalam Al Quran tentang solat dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Menunjukkan di sini betapa pentingnya solat dalam kehidupan kita. Faktor utama masih wujudnya perbuatan keji dan mungkar adalah disebabkan lalai dalam solat kita sendiri. Solat yang kita lakukan dari terbit fajar, di waktu tengahari , di kala petang menyinsing dan di sehinggalah malam melabuhkan tirainya. Betapa solat itu hidup dalam kehidupan kita. Namun jika kita yang tidak berusaha menghidupkan solat kita celakalah diri kita. Dalam al Quran yang mulia (107:4-6) firman Allah yang bermaksud dalam surah al Maun:

4. Maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang -5. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;6 (juga bagi) orang-orang Yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan bawaannya),
“Dalam ayat 4.. Allah mencela orang yang bersolat. Bukankah pelik, walau kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita. Jelas dalam ayat ke 5 Allah berfirman “iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka”.. “Kalau tengok perkataan Arab ‘an solaatihim, Allah tidak meletakkan fi solaatihim yang bermaksud ‘dalam’ solat mereka. Tetapi Allah cela orang-orang yang lalai di ‘sekitar solatnya’, iaitu di luar solatnya dia lalai. Jadi hanya solat yang benar-benar hidup mampu menjaga diri kita dari perbuatan keji dan mungkar selepas kita solat.



Sama juga seperti kita mengikut halaqah atau usrah atau menghadiri program. Bukanlah hanya di dalam halaqah, usrah atau program kita bersemangat tetapi semangat itu juga mesti hadir selepas kita menghadiri program atau halaqah. Solat begitu penting wahai sahabatku. Penyelesaian terbaik ialah memahami ayat yang dibaca ketika solat, melahirkan perasaan kasih dan sayang kepada Allah, nikmat-nikmat menggunung yang telah diberikanNya serta kebesaranNya dalam setiap aspek kehidupan kita sebelum melakukan ibadah solat mahupun ibadah-ibadah yang lain. Itulah waktu terbaik kita hendak mengadu, meminta dan berkomunikasi dengan Pencipta kita Rabbul Jalil.
Contoh yang berlaku kepada sahabat Rasulullah Iaitu Urwah az Zubair tentang khusyuknya dalam solat jelas menunjukkan betapa solat itu menjadi satu perkara penting dalam membina hubungan dengan Pencipta kita Allah subhanahu Taala. Ana menitipkan rentetan cebisan cerita dari anak Zubair al Awwam ini.
Setelah beliau berdiri solat dan fikirannya hanya terpusat pada Allah sebagaimana biasanya, doktor segera memotong kakinya, sedangkan ia tidak merasa kesakitan, bahkan badannya tidak bergerak sedikit pun. Pada malam itu juga anaknya meninggal kerana disepak kuda. Urwah berkata:
” Ya Allah, segala puji bagiMu, aku mempunyai empat kaki dan tangan, kemudian Engkau ambil satu. Kini hanya tinggal tiga. Dan aku mempunyai tujuh anak, kemudian Engkau ambil satu, kini mereka tinggal enam orang. Jika Engkau tiba-tiba memberi penyakit setelah memberi kesihatan, dan jika Engkau mengambil apa yang telah Engkau berikan, maka segala puji hanya bagiMu, Ya Allah”
SubhanaAllah kagum terhadap Urwah yang tenang, sabar dan sangat bersyukur dan hanyut dalam mahabbah kepada Allah sehingga bila ia solat, maka hati dan fikirannya hanya terpusat kepada Allah semata dan melupakan semua yang ada di sekitarnya. Bila kita fikir-fikir, bila Allah uji kita dengan mengambil sesuatu dari kita, kita kena sabar, terima dengan redha, syukur Allah dah pinjamkan nikmat tu untuk kita walaupun seketika.

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...