Isnin, 29 Ogos 2011

Dirai Bersama



Ramadhan melabuhkan tirainya. Syawal menjelang kini. Semoga segala amalan yang telah dilakukan tetap diteruskan di bulan-bulan seterusnya. Tarbiyyah Ramadhan tahun ini, masing-masing punyai cerita sendiri, suasana sendiri, pengalaman sendiri. Yang penting masing-masing merasai Allah sentiasa tahu bagaimana nilai puasa masing-masing. Adakah hanya sekadar ikut-ikutan, menahan lapar dan dahaga atau sebagainya. muhasabahlah kembali dan semoga kita terus bangkit dan bangkit mencari redhaNya, keampunanNya dan keberkatan dalam menjalani kehidupan.

Ramadhan tetap meninggalkan kita, kaki kita tetap perlu melangkah ke depan..membawa beberapa harapan dan iltizam semalam untuk terus mengorak langkah. Di kesempatan ini, ana ingin memohon jutaan kemaafan kepada sesiapa yang mengenali andai ada terguris rasa dan perasaan. Semoga amalan dan kebajikan yang telah kita lakukan diterima Allah dan semoga sentiasa berada dalam landasan yang benar dalam mengemudi bahtera kehidupan. Semoga Allah sentiasa membuka pandangan mata hati kita dalam menilai sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan. Ahlan wasahlan Ya syawal.


Sabtu, 27 Ogos 2011

Belum berakhir

kini sudah masuk 27 Ramadhan
Sangat cepat Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya
Sedih..Hiba..
Jom semua kita cuba jadikan ramadhan yang tinggal beberapa hari ni indah dan bermakna dalam jiwa kita
Semoga rahmatNya maghfirahNya dan terbebasnya dari api neraka kita perolehinya
Madrasah Ramadhan banyak mengajar kali ini
Semoga Allah sentiasa memberikan keampunan di atas segala kekhilafan hamba ini

Rabu, 3 Ogos 2011

Ramadhan

Salam Ramadhan

Alhamdulillah Ramadhan yang mulia kini kita sedang laluinya. Nikmat Allah bagi yang tidak terhitung kerana kita masih dapat menemui Ramadhan. Semoga kita dapat melalui Ramadhan kali ini dengan penuh ketakwaan padaNya. Biarpun kita berada di medan belajar atau bekerja, mudah-mudahan Allah memberi kemudahan dalam setiap perjalanan yang dilalui. Penuhi setiap ruang dan waktu di bulan ini dengan penuh penghayatan. Jika kita hamba biarlah menjadi hamba yang taat padaNya. Jika kita seorang anak, dapat menjadi anak yang soleh kepada ibu bapa. jika kita seorang kakak, dapat menjadi kakak yang baik kepada adiknya. Jika kita seorang adik, dapat menjadi adik yang dapat membahagiakan kakak dan abangnya. Hidup perlu pada memberi. Memberi yang akhirnya keuntungan yang diperolehi untuk diri sendiri juga.

Di setiap ruang masa dan waktu itu, mesti perlu ingat (untuk diri sendiri juga) Allah sentiasa bersama. “ …Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An-Nisa':1). Jadi perlu sentiasa melafazkan tutur kata yang baik dengan orang lain, bersikap dengan akhlak yang baik walaupun orang di sekeliling kita tidak berbuat perkara yang sama. Ingatlah perlu doakan mereka yang mungkin mereka belum faham seperti apa yang kita faham. Anggaplah itu cabaran yang perlu dilalui hadiah dari Ilahi. Apabila kita berada dalam masyarakat, banyak yang kita akan lebih belajar. Kadang-kadang terasa diri teruk sangat, hati sakit melihat perkara yang tidak sepatutnya dibuat oleh seorang 'hamba' Allah. Wajar sahaja jika ini berlaku dalam kehidupan kerana kita akan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia.

Jika perkara ini berlaku, cepat-cepat untuk kita bisikkan pada hati kita. Sabarlah wahai hati, doakan mereka. InsyaAllah punyai banyak hikmah yang mungkin belum tersingkap dengan ilmu kita yang sedikit. Kita hanya berdepan dengan 'kerenah ' manusia yang sedikit. Belum lagi kita dapat menyingkap semua manusia di bumi ini. Allah swt yang Teragung, Maha berkuasa di atas segalanya. Walaupun kemungkaran manusia di atas mukabumi ini semuanya Allah tahu, tetapi sedikit pun Allah tak menimpakan azab direct pada manusia tersebut. Allah swt penuh dengan rahmatNya. Malah diberikan lagi nikmat kehidupan kepada yang melakukan kemungkaran padaNya. Astagfirullah..Sperlunya untuk kita..agar manusia yang ada di sekeliling kita dapat berubah kepada lebih baik dari sebelumnya. Mungkin melalui doa yang kita hulurkan itu, menjadi satu sebab mengapa Allah tidak menurunkan azab kepada kita.

Doa itu juga sebagai tanda kita mengasihi saudara seislam kita dan hanya melalui hati yang mampu berbuat. selemah-lemah iman. tetapi tidak mengapa (selemah-lemah iman) jika itu yang termampu setakat ini, mungkin selepas ini kita punyai kuasa untuk merubah dengan izinNya. Daripada kita terus terusan mengutuk dan menggelengkan kepala dengan kerenah mereka, lebih baik kita mendoakan mereka. Munkin jika kita menggelengkan kepala @ mengutuk (dalam hati) akan menghadirkan satu sifat mazmumah yang tumbuh sedikit dalam hati iaitu riak. Merasakan diri jauh lebih baik dari mereka. Mungkin kita tidak tahu satu hari nanti orang yang kita geleng-gelengkan kepala ini jauh lebih baik dan terbaik dari kita. Nauzubillahi min zalik. Semoga Allah menjauhkan perkara ini dari hati kita. Allah berfirman dalam al Quran yang bermaksud “Kamu sekali-kali tidak dapat bersembunyi dari kesaksian pendengaran, penglihatan, dan kulitmu kepadamu, malah kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan.”
(Fussilat:22)

Ya Allah hanya Engkau yang mengetahui apa yang hati-hati kami bisikkan. Jauhkanlah hati-hati kami untuk membisikkan perkara yang tidak baik. Dan tunjukkanlah pada hati-hati kami pada jalanMu yang Engkau redhai. Sesungguhnya Enkaulah yang sentiasa di sisi kami.

Allah SWT berfirman yang bermaksud..
“…Dan dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” [Al Hadid:4]

Di kesempatan ini ingin mengucapkan pada diri dan semua..selamat beribadah kerana Allah. Di sini kita boleh menilai kembali sejauh mana cinta kita padaNya. Semoga kita semua sentiasa dalam RahmatNya dan maghfirahNya.

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...