Jumaat, 17 Disember 2010

^_^.....^x^




Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang, dimulakan penulisan ini, semoga apa yang tersurat dan tersirat akan diberi pimpinan dan petunjuk oleh Allah untuk difahami dan dicerna oleh minda.

Buat sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,

Semoga sentiasa di dalam lembayung kasih sayang Allah s.w.t. di sepanjang meniti kehidupan yang sementara ini. Kesyukuran kepada Allah Ta’ala yang teragung kerana kita masih lagi diberi peluang untuk merasai, menikmati ,meniti hari ini dan melihat alam ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w. serta keluarga, para sahabat dan seterusnya umat Islam yang sentiasa menegakkan Dinul Islam dengan penuh keikhlasan.

Tika gembira….Allah lebih tahu kita gembira…
Tika sedih….Allah lebih tahu kita sedih…

Dalam surah an Najm..surah 53, ayat 43 firman Allah yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis”

Terharu selepas membaca maksud ini. Memang benar semuanya. Kerana itu tidak pelik jika kita mendapat meseg yang menteteramkan daripada akhwat atau sesiapa sahaja walhal mereka tidak tahu kita dalam suarasa sedih atau gembira. Tetapi Allah yang tahu..Allah jua menggerakkkan manusia lain untuk memberi meseg atau nasihat itu. Kerana itu juga kita wajar untuk menyayangi semua orang. InsyaAllah dengan seizinNya.

Jadi mari kita lafazkan bersama-sama “kami saaayang Allah” “Allah saaayang kami”

Oleh itu, merupakan suatu kewajipan bagi kita untuk melaksanakan kewajipan kepada Allah yang telah mengurniakan sesuatu yang berharga kepada kita. Persoalannya apakah kewajipan yang harus kita laksanakan kepada Allah yang telah memberikan kurnia-Nya kepada kita? Jawapannya ialah hendaknya kita melakukan apa yang disuruh-Nya dan meninggalkan apa yang ditegah-Nya serta menunjukkan sikap sebagai pengikut Rasulullah s.a.w. yang tulus dan setia. Yakni menjadikan diri kita seorang mukmin yang sejati insyaAllah

Akhir kalam, sama-samalah kita berdoa moga Allah menetapkan hati-hati kita dalam keadaan iman dan Islam.



Untaian Kata Sayyid Qutub

“Bila kita hidup untuk diri sendiri, maka kita akan menemukan hidup ini amat singkat dan kurang bermakna, bermula dengan kelahiran kita di muka bumi ini dan berakhir dengan berakhirnya usia kita yang sangat pendek dan terbatas.

Bila kita hidup untuk orang lain atau untuk sebuah pemikiran, maka hidup kita akan menjadi panjang dan lebih bermakna, bermula dengan hadirnya perasaan kemanusiaan dalam diri dan terus berlangsung hingga datangnya hari kiamat.

Kita memang tidak mempunyai pilihan untuk tidak mati, tetapi kita masih mempunyai pilihan bagaimana dan untuk apa kita mati, husnul khatimal atau su’ul khatimah..”

Catatan:
Tulisan ini merupakan petikan surat yang ditulis dalam penjara.

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...