Selasa, 28 Julai 2009

perjalanan itu indah, seindah hiasan alam



salam

bertemu kembali sahabatku dunia akhirat.
memang rindu pada blog nie,,walaupun ia memang simple tapi ia amat bermakna.Perjalanan yang mengambil masa sehari setengah memang terasa di hati..perjalanan yang agak jauh tapi Alhamdulillah setiap detik dilalui dengan penuh kesyukuran. Banyak hikmah yang ana dapat..Kita hanya mampu merancang tetapi yang pasti perancangan Allah juga yang paling hebat.MasyaAllah.sememangnya ana merancang untuk pergi dengan akhwat lain namun di awal perjalanan terdapat halangan yang menyebabkan kami terpisah dan ana perlu bersendirian dalam perjalanan..Pada masa ini, ramai akhwat fillah menelefon ana..sungguh dalam hati ini sungguh menyedihkan dan terharu di atas keperihatinan akhwat tetapi kecintaan kepada Allah menyebabkan diri ini perlu meneruskan juga perjalanan..Doa dari akhwat tersayang ana pohonkan agar perjalanan menjadi lancar.

Banyak yang terjadi. Terasa bagai semalam perjalanan itu. Permulaan di sana ana membina ukhwah dengan mak cik Ima. Seorang ibu yang amat tabah dan sabar. Banyak perkara dan permasalahan yang dikongsi bersama. Apa yang dikongsikan sememangnya menyedihkan ibu itu namun ia tersimpan jauh di lubuk hatinya.Ana dapat merasakan perasaannya. ana kagum dengannya kerana mampu untuk menjadi ibu tanpa suami di sisi dan menjaga anak2nya dan ibunya yang sakit.MasyaAllah ana doakan agar mak cik menjadi orang yang semakin kuat dalam menempuhi kehidupan ini.InsyaAllah Allah akan memberi keberkatan dalam kehidupan mak cik. Semoga hubungan kita yang terjalin hanya beberapa minit itu mencipta sebuah pertemuan pada masa akan datang. Ana hanya boleh mendoakan dari jauh.



Alhamdulillah perjalanan ana lancar ke tempat yang dituju. Semuanya dengan pertolongan Allah. sebenarnya adik2 di sna bersemangat membuatkan hati ana terhibur dan bersyukur sekali. walaupun pejumpaan kami masuk yang kedua tetapi terasa seolah2 kami mempunyai hubungan yang erat. Mereka juga sanggup berkorban berlantaikan tanah dan membumbungkan langit Allah yang terbentang luas..SubhanaAllah...semata2 kerana Allah.. ana doakan semoga Allah terus membuka pintu hati ana dan ukhti2 agar jelas apa yang ana cuba sampaikan. semoga Allah membuka hati kita untuk terus istiqamah dan berbuat dalam jalan ini.

sempat ana ziarah adik di sana yang demam sebelum ana berangkat pergi. Mereka memberi layanan yang baik sekali.Alhamdulillah. Dalam perjalanan pulang juga ana sempat berbual dengan akak dari Indonesia yang bekerja di sini. Dia juga mengalami masalah peribadi dan ana menjadi pendengar yang sememangnya bersemangat ingin mengetahui ceritanya. Akak bercerita sehingga air mata yang lama tersimpan keluar akhirnya..ana juga sebak mendengar ceritanya..sungguh menyayat hati. namun ana bagi semangat untuk akak terus menjalani kehidupan dengan baik. Kebetulan pada waktu itu ana hanya mampu memberi risalah yang bertajuk 'ujian'..sememangnya ia kebetulan tetapi dirancang terlebih dahulu oleh Allah..Semoga akak mendapat sesuatu perasaan iaitu perasaan cinta kepada Allah... Pertemuan kita sememangnya diatur..


panjang coretan ana tetapi kesimpulan yang dapat ana buat dalam setiap perjalanan
:ramai lagi saudara seislam yang berada di luar memerlukan kita yang mana boleh mendengar setiap permasalahan yang mereka alami.
;dengan sedikit kata2 semangat dan doa sudah cukup memberi kebahagian kepada orang lain
:Perasaan cinta yang mendalam kepada Allah dan orang2 yang mencintai Allah akan dapat menenangkan jiwa kita walaupun keadaan nafas begitu menyempitkan dada.InsyaAllah.
:jalinkanlah ukhwah dengan sesiapa pun dan jalinan itu biarlah kerana Allah swt.

Isnin, 20 Julai 2009



alhamdulillah bersyukur kepada Allah di ats segala2 yang dikurniakan..kadang2 hati menangis sendirian..jiwa sesak nafasnya...nafas tersa begitu sukar dilepaskan..teringat kembali perjalanan yang mana begitu mengajar diri ini erti kesabaran, pengorbanan dan kataqwaan kepada Allah..betulla seperti pepatah "jauh perjalanan luas pengalaman dan pengetahuan..banyak pengalaman yang menyedihkan, menggembirakan, menyukarkan, menyenangkan...hanya Allah swt yang tahu pengalaman manis saat itu..ana juga memohon agar sentiasa dapat membaiki dan boleh membina mutarabbi ana melalui kebersamaan Allah di setiap langkah dan perjalanan kehidupan ini.ana tidak mampu membangkitkan perasaan apap2 pun dari ukhti tetapi Allah lah yang membangkitkan perasaan ukhti agar terus sabit dalam perjalanan ini. ana tak mampu menjanjikan apa2 atas pengorbanan ukhti tetapi percayalah d setiap lembaran mushaf al Quran telah termaktub ganjaran yang tidak ternilai dari Allah bagi orang yang bersabar. antara ayat2 cinta dari Allah itu ialah dari surah Ali Imran ayat 200yang bermaksud

"wahai orang-orang yang beriman! bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesbaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung"

masyaAllah sungguh bruntung bagi orang yang bersabar dan tetap bersedia dalam mengharungi keperitan, kesedihan, kehilangan. ana juga begitu kagum dengan pengorbanan ukhtifillah dalam mengharungi samudera kehidupan ini..InsyaAllah Allah bersama2 kita walaupun kita sentiasa tidak bersama seperti dahulu tetapi ketahuilah ukhwah yang terjalin terasa begitu erat w/pun kita sentiasa terpisah. Nikmatnya ukhwah itu apabila ia berlandaskan keimanan dan ketaqwaan dan kerana Allah s.w.t.

Rabu, 15 Julai 2009

salam

Terasa begitu cepat masa berlalu. banyak perkara dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan baik. ana rindu untuk mencoret walaupun sekejap cuma. ketika ini ana berada di lab fpi...singgah sekejap untuk mencari perkara2 yang berkaitan dalam internet. ana ambil kesempatan ini untuk meluahkan rasa. perbaikan diri sememangnya diharapkan oleh setiap insan yang bergelar muslim. cuma,,, manusia itu sendiri perlu berfikir dan bermonolog dalam diri mereka..adakah aku ingin seperti ini???...apakah yang aku lakukan seharian????...insyaAllah secara tak langsung Allah akan membantu manusia yang mana berfikir untuk dirinya...berfikir untuk kebaikan dirinya..banyak yang ana belajar di jalan ini dan bayak yang perlu dibaiki. Alhamdulillah sohabiah banyak mendoakan ana, ibu bapa mendoakan ana...ana bersyukur dan mengharapkan doa antunna untuk bersemangat dan sabat di jalan yang tidak pernah kenal erti penat ini...kadangkala diri futur...semangat lemah..tapi itu semua adalah untuk mengajar kita kuat dan berjaya dengan dugaan. ketahuilah pengorbanan dan kesabaran Rasulullah dan sahabat jauh bezanya dengan apa yang kita pernah alami.ya muqallibal qulub sabbit qulubana a'la dinnik wa a'la thoa'tik.

Ahad, 5 Julai 2009

Ibu dan ayah yang dikasihi

Salam
Alhamdulillah di atas kasih,rahmat,inayah dan hidayahNya kerana masih lagi memberikan nafas untuk terus membaiki diri dan memperjuangkan kalimah Allah di bumiNya yang luas ini..Semoga semangat ini tetap berterusan walau apa pun yang menimpa diri. Biarlah kehebatan dan keaguangan Allah menyebabkan segala perkara lain (lalai dan tidak baik) menjadi tidak penting..semuanya dengan izin Allah..amin



Balik rumah seminggu terasa bahagia, tenteram dan aman. Banyak perkara yang berlaku di rumah. Kerinduan terhadap ibu ayah, abg2 dan adik2 terubat selepas jumpa dengan mereka.Alhamdulillah. Dengan rezeki dari Allah abangku diterima bekerja di sebuah sekolah rendah di Raub, Pahang sebagai guru baagian komputer. Ini adalah berkat doa ibu dan ayah jua. Balik rumah ma buat sedikit pulut kuning tanda kesyukuran kepada Allah dan membaagikan kepada jiran-jiran tetangga. Alhamdulillah selain mencari redha Allah dapat merapatkan silaturraim antara jiran tetangga.

Berkatnya doa seorang ibu. keberkatannya tiada tolok bandingannya. Jadi, pesan ana mintalah doa dari ibu bapa, adik-beradik, sahabat, serta orang yang berda di sekeliling kita. Doa adalah senjata bagi orang-orang mu'min.Lebih-lebih lagi doa seorang ibu yang mana telah mengangdungkan kita di dalam perutnya. Cuba kita bayangkan kita angkat sesuatu yang berat tanpa meletakkannya ke bawah selama berbulan-bulan. Begitulah kita sewaktu berada di dalam perut ibu. Berat pula semakin bertambah. Tambahan dengan pergerakan kita sewaktu di akhir tempoh kandungan..MasyaAllah..semuanya merupakan satu pengorbanan yang tinggi.

Termaktub dalam firman Allah dalam surah Luqman (31:14) yang bermaksud “ Dan kami perintahkan kepada mannusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.”
Marilah kita sama-sama fikirkan apa yang telah kita lakukan terhadap ibubapa kita. Ingatlah seluruh isi bumi tidak akan sama nilainya dengan setitik air susu yang telah ibu kita berikan. Kelak, kita juga akan mengharungi perkara yang sama dengan izin Allah. InsyaAllah jika baik kita terhadap ibu dan bapa kita begitulah juga dengan anak kita kelak. Renungilah, hayatilah dan amalkanlah dalam kehidupan kita.

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...