Risalah Taalim

SAHABAT,

Berkata Abdullah Ibnul Mubarak melalui ucapannya, “Banyak AMAL kecil yang menjadi BESAR kerana niatnya dan banyak amal besar menjadi KECIL KERANA NIAT nya pula. ”

Hakikatnya, barangsiapa yang tidak benar permulaannya, nescaya tidak akan selamat pada kesudahan akibatnya.

Hal ini telah dibuktikan oleh orang – orang terdahulu seperti yang telah dikatakan Hisyam Ibnu Abdul Malik terhadap sepupunya, UMAR ABDUL AZIZ, “menurut hemat saya, tidak sekali – kali Umar melangkah melainkan dia mempunyai niat dalam langkahnya itu. ”

Hasilnya, beliau dapat MELURUSKAN KEBENGKOKAN 2 GENERASI dalam MASA 2 TAHUN. Kita pula bagaimana ?

Berpesan kepada diri ini juga sahabat  bahawa, ‘LURUSKANLAH NIAT KITA DALAM MELANGKAH kerana DAKWAH TIDAK AKAN MENANG KECUALI BILA DALAM JANJI DA’INYA DALAM TUGAS KEPADA ALLAH TIDAK MEMBERI BAHAGIAN APA PUN KEPADA SYAITAN UNTUK DAPAT MEMAINKAN PERANANNYA.’

HADITH 1
Dari Amir al – Mukminin Abu Hafs Umar bin Khattab ra, katanya, “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda : Setiap amal tergantung pada niatnya dan setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang dia cari atau wanita yang ingin dimiliki, maka dia mendapat apa yang ditujui”
(HR Bukhari & Muslim)

Apa Itu Niat??

Dari segi BAHASA

-bererti QASAD (tujuan hati) dan IRADAH(kehendak hati).Dengan itu, terjadilah amal perbuatan.

Menurut Istilah SYARA’

-NIAT ialah tergerak hati ke arah satu PEKERJAAN untuk MENCARI REDHA ALLAH & MENYATAKAN PERASAAN TUNDUK SERTA PATUH PADA PERINTAHNYA.
-Inilah dinamakan IKHLAS atau JUJUR dalam BERAMAL

Pada pendapat ULAMA’


-menyatakan PERBEZAAN antara AMAL IBADAH & ADAT atau JENIS IBADAH itu sendiri.
-Niat akan membezakan antara ibadah yang wajib dan yang sunat.
-Sedang perbuatan harian seperti makan, minum dan lainnya yang diniatkan untuk mencari REDHA ALLAH akan diberikan pahala

AMALAN YANG IKHLAS

-IBADAH HAMBA
Amal yang dikerjakan kerana takutkan Allah.

-IBADAH SAUDAGAR
Amal yang dikerjakan untuk mendapat syurga & pahala.

IBADAH YANG MERDEKA
Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah, merasa kehambaan, membuktikan kesyukuran, merasakan diri masih lemah dan bimbang amalnya tidak diterima Allah

ROSAKNYA AMAL

-Lahir perasaan kehairanan & kekaguman terhadap amal yang telah dilakukannya.
-Riya’ itu menjahanamkan amal

Umar al- khattab bertanya, “ Kenapa engkau menangis.” Mu’adh bin Jabbal menjawab, “kerana ada hadith yang aku dengar dari Rasullullah saw yang menyatakan : ‘ sedikit sahaja RIYA’ itu adalah SYIRIK. ’ ”

* Amal yang bercampur riya’ bukan amal yang bersih, malah amal yang menipu diri, mengotori jiwa dan menghampakan harapan. *

PENYEMBUHNYA

“Dan tidak diperintahkan mereka melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan agama keranaNya, dengan menjauhi kesesatan …”
(al-Bayyinah : 5)
-Mengikhlaskan dan menjaga niat.
-Memohon perlindunganNya dari syaitan yang terkutuk.
-Mohonlah keampunan Allah.

Tiada ulasan:

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...