Rabu, 12 November 2014

Jodoh rahsia Allah


Ketika coretan ini dibaca, saya sudah lima bulan lebih bergelar isteri. Masih awal usia perkahwinan kami. Alhamdulilah Allah masih memberi nikmat iman dan Islam serta menapaki dunia dakwah dan tarbiah. Bersyukur padaNya. Semga kaki ini terus mengorak langkah ila yaumil qiamah. Menyingkap kisah lima bulan yang lalu, jodoh itu sukar digambar dan diketahui pemilik. Sehingga akad terlafaz, baru kita akan merasa kukuhnya jodoh itu. Sebelumnya, masih belum tahu siapa jodoh kita, negeri mana jodoh kita, umur berapa jodoh kita. Apa yang berlaku pada waktu itu hanyalah pengharapan kepada Allah tentang jodoh. 

Kita boleh untuk meminta bagaimana jodoh yang kita mahukan, tetapi tak semua perkara itu akan kita perolehi. Seringkali kita mendengar perumpamaan seorang anak kecil dengan ibunya. Anak kecil merengek-rengek untuk mendapatkan perkara yang dia mahukan. Seorang anak kecil nampak pisau di dapur dan cuba dapatkannya. Lantas ibunya terus menyorokkan pisau tersebut kerana bahaya untuk anaknya. Anak kecil akan menangis mahukan pisau tadi walaupun disorok oleh ibunya. Kaitkan dengan keinginan tadi, Allah akan bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Jadi perlu redha dengan segl ketentuan yang telah diukirkan untuk kita. 

1) DOA

Perkara pertama yang saya doakan untuk jodoh ialah beroleh jodoh yang sama-sama dapat mengemban dakwah. Alhamdulillah Allah bagi apa yang kita perlu. Jika ikutkan negeri asal suami, di Kuching, tak pernah pun minta. tetapi dapat positifkan diri di mana pun asal usulnya, akhirnya serahkan kembali segala urusan kepada Allah, jiwa akan kembali tenang. Apa yang membezakan ialah iman dan taqwa. Jika ketenangan itu, kita beroleh itu adlah satu petanda yang baik. Sebaik mendengar nama en suami sebelum berkahwin denggannya, memang ada sebuah ketenangan di situ. Hanya Allah yang tahu.

Jadi, perkara pertama yang kita perlu buat sentiasa doa, doa dan terus berdoa, Kadang-kadang kita minta ibu bapa doakan untuk kita. Saya masih ingat pada tahun lepas, saya pernah minta seorang adik junior ukm doakan tentang jodoh kerana pada waktu itu, dia nak berangkat ke Makkah. Jadi, saya minta dia doakan saya bertemu dengan jodoh sebelum usia .......tahun. Doa adik tersebut dimakbul, kalau ikut kalendar masihi, memang akad dilafaz sewaktu tarikh dilahirkan. Jika ikut kalendar hijrah, memang sebelum usia yang diminta. Apapun, percaya, insya Allah berjaya.


2) KELANGSUNGAN DAKWAH DAN TARBIAH

Ada agenda yang lebih besar yang kita cinta, fikir dan bawa. Letakkan mana yang utama di tempat teratas. Jika kita kata kita cinta kepada Allah, apa buktinya. Jika kita kata kita rindu pada Rasulullah saw, mana bukti kerinduan kita?. Salah satu bukti yang kita boleh tunjukkan ialah dengan penerusan jalan yang pernah dibawa oleh Rasulullah saw. Jalan ini bukan ada tempoh waktu tertentu dan bukan jalan yang dipenuhi dengan karpet merah. Tetapi jalan yang penuh mencabar dengan pelbagai mehnah ujian yang tidak diduga. Namun, ujian itu dapat ditempuhi dengan kebahagiaan di dalam hati kerana kehidupan yang sebenar bukan di dunia ini, tetapi lebih lama dan kekal di syurga. Seorang daei akan meletakkan keutamaan di tempat yang sebetulnya sebelum membuat apa-apa keputusan yang mana melibatkan masa depannya.

Jika berkait soal jodoh, seorang yang cintakan dakwah dan tarbiah akan berfikir tentang kelangsungan dakwah dan tarbiah selepas akad dilafaz atau menjadi isteri. Kefahaman yang mendalam perlu ada bagi seorang daie tentang dakwah dan tarbiah agar selepas akad, ia tidak akan terkubur begitu sahaja. Jika akhwat, kuasa dalam keluarga terletak dengan suami kita sesiapa pun suami kita. Jadi, perlu merancang dengan sebaiknya dalam soal ini. Sememangnya jodoh sudah tertulis, salah satu sarana untuk seorang akhwat ialah ada prinsip diri yang kuat.

3) PRINSIP DIRI 

Sebelum menjadi seorang isteri, teguhkan prinsip diri. Jika jodoh dengan bukan ikhwah tak salah jika kita meletakkan pendirian kita sendiri kepada bakal suami. Pernah berbual dengan akhwat yang berkahwin dengan bukan ikhwah, akhirnya mereka bersama-sama di jalan dakwah. Bila ditanya bagaimana ukht buat, jawapannya prinsip diri kita mestilah teguh dan kuat. Seteguh gunung yang terpasak. Pertolongan Allah juga hadir bersama jika kita teguh pendirian untuk bersama-sama di jalan dakwah dan tarbiah ini.

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...