Ahad, 25 Ogos 2013

Syurga itu terlalu indah

Bismillah

Ya Allah hati kami sangat hiba dan menangis tika kami dengar melalui berita tentang saudara-saudara seIslam kami. Sangat sedih dan tersentap jua melihat penderitaan saudara-saudara kami di Mesir, Syria dan negara-negara lain. Melihat kanak-kanak yang terkena gas yang boleh membunuh jiwanya. Sungguh pilu dan sedih sangat Ya Rabb.

Tapi dalam kesedihan ini, kami tahu Ya Rabb, mereka ada 'tempat' yang lebih aman dan bahagia di 'sana'. Mereka ada kehidupan yang mana mereka tidak akan menangis lagi.

Kami doakan untuk mereka Ya Allah.
Kami doakan untuk mereka Ya Rahman.
Kami doakan untuk mereka Ya Rahim.

Engkau sahaja yang dapat membalas setiap kematian saudara kami. Balasan dariMu kepada mereka adalah sangat dasyat dan tiada siapa yang dapat menghalangnya.

Ketika melihat tubuh-tubuh yang syahid tersenyum indah. Hati ini berkata, apakah yang sedang dilihatmu wahai para pejuang. Semestinya janji Allah itu pasti. Kepada yang syahid atau mencari syahid. Anak-anak yang tidak berdosa, kehidupan yang kekal dan lebih baik telah ada untukmu. Tinggal kami disini, doakan kami agar kami dapat menjejaki mu juga di 'sana'.

Jumaat, 23 Ogos 2013

Menghindari tekanan



Pengaduan kepada Allah SWT

Adu segala permasalahan kepada Allah SWT dengan mengerjakan solat sunat dua rakaat, berzikir, membaca al-Quran dan berselawat ke atas Rasulullah SAW.

"Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia." (ar-Ra'd 13:28)

"Sesungguhnya Akulah Allah;tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. (Taha 20:14)

Rasulullah SAW juga ketika dilanda kesulitan, baginda sentiasa mencari ketenangan dengan mendirikan solat sunat. "Dijadikan kesejukan mata hatiku dalam sembahyang."

Baginda SAW bersabda kepada Bilal bin Rabah r.a., "Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat. " (al-hadith)

Dalam sebuah riwayat, Rasulullah SAW telah bersabda kepada Bilal, "Wahai Bilal! Bangunkan (untuk azan) rehatkan kami dengan solat." (Riwayat Ahmad)

Ternyatalah mengingati Allah SWT melalui solat itu dapat memberikan ketenanagn jiwa dan menstabilkan emosi.

Salurkan Tekanan Dalam bentuk aktiviti

Antara aktiviti yang boleh dibuat ialah menjahit, menggubah, mengemas, membaca dan bersenam. Kepuasan yang diperoleh daripada melakukan aktiviti-aktiviti tersebut dapat merehatkan badan dan minda, kesan daripada rembesan hormon Endorphins.

Luahkan tekanan kepada orang lain

Sentiasa berhati-hati dalam memilih teman untuk berkongsi luahan. Pastikan teman anda ialah seseorang yang dipercayai dapat memberikan nasihat yang baik dan amanah dalam menyimpan rahsia. Setiap kali anda meluahkan tekanan, sebahagian bebanan itu terasa ringan walaupun teman anda hanya sekadar mendengar.

Peringatan: Elakkan melampias tekanan kepada orang lain dalam keadaan marah kerana dikhuatiri anda 'menyebarkan' tekanan kepada orang lain pula. Sebaik-baiknya hendaklah berdiam diri dan bertenang.

Memaafkan diri sendiri Dan orang lain

Manusia ialah makhluk ciptaan Allah SWT yang tidak maksum, kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Kita tidak terkecuali daripada menyinggung perasaan orang lain dan sikap orang lain juga berpotensi menjadi punca tekanan dalam kehidupan seharian kita. Tiada manusia yang dapat meneka dan mengerti isi hati orang lain. Jika kita merasakan tekanan yang dihadapi berpunca daripada sikap individu tertentu, leraikan kekusutan melalui perbincangan tenang dan diakhiri dengan bermaaf-maafan antara satu sama lain seikhlas hati.

Cipta kedamaian hati dengan memaafkan kesilapan diri sendiri dan orang lain sekaligus mengangkat martabat diri ke tahap yang lebih baik, insya Allah.

Renungan bersama;
Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda, "Tidak akan berkurang harta kerana bersedekah dan tiada seorang yang memaafkan kesalahan orang melainkan ditambah Allah SWT akan kemuliaannya."

Memaafkan kesalahan orang lain merupakan salah satu akhlak yang mulia dan utama , sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

"Ya, Uqbah! Mahukah kuberitahu kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama? Iaitu menyambung silaturahim terhadap orang yang memutuskan hubungan denganmu, memberi kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu, dan memaafkan orang yang pernah menganiayamu." (Riwayat Hakim)

Petua meredakan tekanan

Kita juga boleh meredakan tekanan dengan memanfaatkan fadhilat dan keberkatan surah al-Insyirah. Bacalah surah ini berulang kali. Dengan menghayati surah tersebut, hasilnya kita dapat merasakan kelapangan dan ketenangan jiwa.

Diambil dari ruangan psikologi Wanita Majalah Mukminah pemberian seseorang.

***********************************************************************

Semoga kita masih lagi diberi hidayah oleh Pencipta kita, Allah swt yang Maha Penyayang. Fitrah manusia juga bersifat lemah. PadaNya punya kekuatan. Pintalah kepadaNya kekuatan. Insya Allah, Allah akan menghadirkan kekuatan itu kepada kita. Jika kita tidak berusaha dengan cepat menghalau permasalahan yang kita ada, bimbang ia akan membarah di dalam jiwa dan timbul penyakit yang sukar diubati pula. Mudah-mudahan permasalahan yang kita ada dapat dihindari dengan cepat kerana kita masih punya banyak tanggungjawab dan hak orang lain yang perlu ditunaikan. 

Seperti selalu kita mendoakan di dalam solat sunat Dhuha: Kekuatan itu adalah kekuatanMu, rezeki itu adalah rezekiMu,...................................................Berikanlah pada hamba sepertimana yang telah Engkau beri kepada hambaMu yang soleh. Mudah-mudahan Allah hindari kita daripada permasalahan yang panjang dan semoga kita sentiasa dalam lindungan dan hidayahNya Insya Allah.

Isnin, 19 Ogos 2013

Allah Sahaja


Usah menangis di depan manusia,
kerana barangkali itu menyedihkan mereka, barangkali itu memedihkan mereka, mungkin itu menimbulkan marah kepada kita..boleh jadi mendekatkan kebencian kepada kita, dan menjauhkan kasih dan sayang serta cinta antara kita..
Jika ini berlaku, BATIN kita akan menjerit, ''mereka tidak memahami KITA''...
bukan mereka tidak faham kita,
kita yang tak memahami jiwa kita yang memerlukan TUHAN..
kerana manusia itu bukan TUHAN, mereka hanya ABDULLAH yang ada keperluan seperti kita jua..

Gantikan air matamu dengan air wudhu'..
bertukarlah jiwa yg sedih itu dengan jiwa yang kuat dengan firman ALLAH..
berikanlah kekuatan kepada badan yg lemah atas kesakitan dengan sabarnya dan khusyukNya solat..
anda dapati ketenangan itu milik anda!ketenangan yg ada HARAPAN dan DUA' serta yakin dengan TUHAN-NYA..








By : Adik  

Khamis, 1 Ogos 2013

Pantun 1


Sunyi tenang suasana malam,
Cengkerik juga tidak berbunyi,
Assalamualaikum dihulur salam,
Semoga sihat rohani dan jasmani.

Sihat rohani juga jasmani,
Fitrah manusia inginkan begitu,
Tingkatkan amal bersihkan hati,
Zikrullah dan selawat dilazimi selalu.

Kebahagiaan itu ada di mana, 
Dalam hati yang sentiasa  disuci,
Allah penghubung terdekat hambaNya,
Jauhilah perkara yang Allah benci.

Buah tamar di dalam pinggan,
Juadah dihidang sederhana sahaja,
Itulah rezeki Allah kurniakan,
Sentiasalah bersyukur dengan rahmatNya. 

Solat terawih di bulan Ramadhan, 
Sungguh istimewanya di bulan ini,
Mensucikan diri dan anggota badan,
Menunaikan solat sepenuh hati.

Melangkah ke masjid tersenyum indah,
Perbaharui niat setiap masa,
Menjaga perbuatan terutama lidah,
Akan dipersoal setiap kata.

Melihat wajah ma dan abah,
Sentiasalah doakan untuk mereka,
Pengorbanan mereka tidak terbalas,
Berbaktilah tika usia bersisa.

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...