Selasa, 18 Ogos 2009

Dugaan Itu Pasti




untuk semua yang bergelar manusia yang menyebut La ilaha Illa Allah..sememangnya kita digelar penyeru...penyeru kepada kebaikan...pencegah kepada kemungkaran..InsyaAllah..Banyak telah termaktub dalam ayat ayat Cinta Allah dalam al Quran yang mulia dan penuh dengan mukjizatNya. Salah satu ayat dalam surah yang ke 3 ayat 110 yang bermaksud:

110. kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.

Amat jelas, nyata lagi terang wahai mujahidah, sahabat, ukhti serta umat nabi Muhammad sekelian. Kita adalah sebaik-baik umat iaitu umat Nabi Muhammad saw. Mengapa kita yang perlu mengotorkan diri kita dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan. Marilah sama-sama kita mengajak saudara seislam kita untuk sama-sama merenung kembali hakikat kejadian manusia itu sendiri..Kita hidup di dunia ini bukan hanya untuk diri kita...bersenang lenang...tidak sekali-kali..ana ingin menyeru kepada diri ana dan semua umat Nabi Muhammad saw supaya ingatlah kepada ajaran al Quran dan as Sunnah yang mana terkandung nasihat yang amat berguna untuk peringatan kita bersama.InsyaAllah...

Tegurlah juga diri ini andai leka dan lalai untuk berbuat dan memikul amanah yakni sebagai hamba dan khalifah.Semoga kita menjadi orang yang benar-benar beriman dan mengamalkan apa yang diperintahkan Allah. Biarpun pelbagai ujian melanda ingatlah itu sebenarnya petanda kasih sayang Allah swt kepada diri kita..Allah swt tak nak kita terbuai dengan dunia yang penuh perhiasan ini..Allah menghantukkan diri kita dengan pelbagai ujian dan musibah agar kita sentiasa terjaga dan tersedar kita bukanlah berada rumah pengistirehatan...bukan berada di pulau yang indah..bukan berada di negara yang permai...tetapi kita berada di medan petempuran..kita berada di medan perjuangan melawan hawa nafsu...melawan keinginan terhadap diri sendiri...dan ingatlah sahabat kita ingin menuju di Pulau Indah yang tercantik, terindah dan yang kekal abadi...yang tidak boleh dibeli dengan apa pun kecuali iman dan taqwa...

Jagalah hati kita...sentiasalah nasihat menasihati..bawalah insan-insan mengenal Allah,mentadabur alam,dan mengamalkan apa yang dipesan oleh Rasulullah..ana masih teringat dalam kelas tutor Maharat Kitabah, ustaz berpesan sejenak. Ustaz kata "berceritalan tentang Rasulullah seolah-olah Rasulullah mendengar dan turut berada di samping kita. Cuba bayangkan Rasulullah berada di dunia dalam masa 1 minit..apa yang kita ingin tunjukkan kepada Beliau" terkesima sejenak satu kelas..terasa juga meremang bulu roma ana. Memang sesuatu yang sepatutnya kita fikir untuk itu dan cuba menjadi dan membuat perkara yang terbaik untuk Allah dan RasulNya.

Ahad, 9 Ogos 2009

Hari-hari yang telah dilalui




pertama dan selamanya...dipanjatkan kesyukuran kepada Allah swt di atas kasih sayangNya yang meluas....nikmat yang menggunung....perlindungNya yang tidak berbelah bahagi....dan pertolonganNya yang datang tanpa dipinta..banyak perkara yang sebenarnya ingin dikongsikan bersama tetapi mungkin keterbatasan waktu jadi tidak semua yang dapat dizahirkan melalui blog ana yang tak seberapa ini..Allah..satu aliran yang kuat menjelma dari dalam diri hanya kerana perkataan Allah..

...sayu sekali jika kita ingat kepada kematian..kenapa??sebab kita tahu banyak perkara yang tidak sempat kita ingin lakukan d dunia ini..benarlah kata Hassan al Banna " kewajipan kita adalah banyak daripada waktu yang kita ada. oleh itu, bantulah saudara tentang cara-cara untuk menggunakan masa yang ada dengan berfaedah dan jika saudara juga mempunyai tugas maka ringkaskanlah pelaksanaannya"..itu adalah wasiat Hassan albana..Bagaimana pula dengan wasiat yang akan kita tinggalkan untuk hamba Allah yang berada di bumi?? sememangnya ia satu perkara yang jauh bagi ana sendiri kerana perjuangan yang diberikan bukanlah sehebat mana. namun ana teringat kata2 ukhtifillah dalam mesej kepada ana "sesungguhnya perjalanan seorang dai itu sangat panjang dan melelahkan. Ketika itu orang lalai akan hairan melihat dai menyengsarakan diri dalam kelelahan dan bertanya: "sampai bila kau akan melelahkan diri? dijawab daidengan pasti "sebenarnya aku mengharap p'istirehatan" (syurga)-Ibnu Qayyim-

ana juga mendapat mesej dari akhwat "apabila kecintaan pada Allah telah terkukuh di dalam hati seseorang mu'min, akar2nya juga telah terpasak sedalam2nya. Maka Allah lah matlamat baginya pada segalanya. Ia akan berkorban segala yang ada demi Allah, kerana ia telah merasakan kemanisan iman dan kelazatan yakin pada Allah, lalu jadilah segala kelazatan duniawi tiada nilai baginya di hadapan kelazatan yang abadi itu"... sungguh hebat kata2 yang diberikan...biarlah kehebatan cinta itu dirasai oleh setiap manusia mu'min yang telah mengucapkan lafaz La Ilaha Illa Allah..dan ingin berbuat hanya bermatlamat kerana Allah...berdoalah juga lafaz yang terucap waktu syahadah itu akan menemani kita sebelum kita tiada nafas lagi di dunia ini.

kadang-kadang ana banyak menghitung hari-hari yang dilalui dulu dan selepas ditarbiyyah. begitu banyak perkara ana pelajari sesudah ditarbiyyah. sebenarnya sewaktu di sekolah menengah lagi Allah swt ada memberikan signal positif ke arahNya tetapi pada masa tu ana tak nampak satu platform untuk beramal jama'i. Ana dilantik menjadi naqibah dan imam tetapi merasakan tiada perbaikan dalam diri. Dengan Izin Allah ana berada di gedung ilmu ini terutama sekali bertujuan bermatlamat sebagai hamba dan khalifah. banyak perkara lagi yang perlu ana baiki dalam diri dan jiwa ini. Jazakillah di atas setiap teguran yang ukhtifillah berikan pada ana dan masukan2 yang membina diri ini. Semoga ana dapat mempelajari banyak perkara dari ukhti semua kerana banyak kekurangan yang wujud dalam diri ini. kadang-kadang perasaan kecewa, resah, sedih, membelengu jiwa ini yang mengharapkan teguran dan nasihat dari kalian.

Rabu, 5 Ogos 2009

Allah di hati



Alhamdulillah di atas segala nikmat, rahmat, limpah kurnia oleh Allah pencipta kita semua..semoga semuanya masih lagi berada dalam keadaan yang bersedia...untuk menerima teguran..bersedia untuk bersabar...bersedia untuk melakukan pengorbanan..bersedia untuk mendengar nasihat...dan yang paling penting bersedia untuk menemui ajal. insyaAllah. Semoga Allah memberikan kekuatan untuk menghadapi segala ujian, cabaran dan masalah yang dihadapi di dunia..ingatlah ukhti, sahabatku, ketika panggilan dari Allah dan Rasul bergema di telingamu (panggilan usrah,talim)..sahutlah dengan berat atau ringan sekalipun. termaktub dalam firman Allah swt dalam ayat yang ke (9:41) yang bermaksu "berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengtahui"

ukhtiku...setiap halangan kita untuk menuju cinta Allah adalah ujian dan tarbiyyah dari Allah untuk melihat bagaimana hambanya dalam mengharungi kehidupan yang fana ini.ukhtiku ana doakan agar perjalanan kita mendapat keberkatan, dan keredhaan Allah swt. ingatilah diri dalam setiap apa yang kita lakukan.

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...