Selasa, 28 Ogos 2012

Eid Mubarak!


 Syawal di negeri yang berbeza sambutannya juga berbeza. Sedikit nak berkongsi perbezaan sambutan hari raya semenanjung dan sarawak. Petang tadi baru lepas beraya di lima buah rumah di Kampung Rantau Panjang, Kuching. Dalam masa lebih kurang 4 jam. Kami dihidangkan dengan air gas di setiap rumah. Makcik di situ memberitahu semua orang di Sarawak ni guna air gas dan kami dihidangkan dengan kek lapis sarawak dan semuanya dipolah(dibuat) sendiri. Rasanya sangat best, tak macam beli di kedai (yang 1 rm 10). kek lapis mereka bukan satu dua tetapi lima ke atas. Memang orang yang sabar sarwak ni. sebab bukan mudah nak buat, memakan masa yang lama di samping kena tunggu, tak boleh tinggal. Jika di semenanjung, akan menghidang makanan berat seperti laksa, bihun goreng, nasi dagang. Jika di sini, menjamu kuih dan kek sahaja. Bila ditanya di awal hari raya pun mereka akan menghidangkannya begitu. Mereka masak untuk keluarga sahaja dan adik beradik yang datang sahaja. Bahaya juga pekena air gas. lima buah rumah, jadi lima gelas air gas. Sebuah rumah, boleh lagi masuk segelas air gas. Bila rumah kedua dah tak dapat masuk. Separuh je. Rumah ketiga pula tak sentuh langsung air gas tu. Kebetulan ada anaknya baru masuk rumah, terus suakan padanya air tu. Bimbang juga mengguris perasaan tuan rumah jika tidak minum. Bila pergi rumah keempat, terus minta air kosong. dan rumah yang kelima kami tak minta air, sebab baru lepas minum kata kami. Bila difikirkan semula, bagaimana jika beraya disini. He. perlu bijak mengawal sebab air gas bahaya untuk kesihatan tetap bagi masyarakat di sini, mereka dah biasa. Lagi pula mereka kata air tu jumpa di bulan syawal sahaja. Sangat berbeza kan. Sekadar coretan bingkisan raya. Ziarahlah dan berkunjunglah ke rumah teman2 sambil bermaafan ye dan jangan lupa untuk berpuasa sunat syawal.=)

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...