Rabu, 27 April 2011

Bingkisan

Jom duduk sekejap! ^_^

Dalam menelusuri kehidupan ini
Kadang-kadang kita gembira, tertawa, kecewa, kesedihan
Tetapi ingatlah
Perkara itulah yang mewarnai kehidupan ini


Iman perlu ada dalam diri
Supaya kita boleh mengeksperesikan
Segala perasaan yang ada
Dengan ibadah kepada Allah
Bukan kecewa yang melampau
Bukan kesedihan yang berpanjangan
Bukan marah yang keterlaluan
Biarkan kesederhanaan menjadikan
Segala eksperesi perasaan itu
Indah dan cantik
Ibarat laut yang biru
Angin yang sepoi2 berhembus
Mentari yang menyinari bumi


Bukankah Allah swt suka dan cinta
Kepada hamba-hambanya
Yang melakukan amalan sedikit tetapi
Sentiasa istiqamah
Jadi..kepada diri jua sahabat yang terus diingati
Dalam doa ku memohon
Agar kita semua beroleh petunjuk
Yang mustaqim dari Allah swt
Melalui dan dapat menempuhi kehidupan
Dengan dengan baik bertemankan
Teman-teman yang baik
Rezeki kurniaan yang baik
Kesihatan yang baik

Semua itu adalah kerana Allah
Kerana Allah yang memberikan segala kurniaan.


~sedikit bingkisan (rehat dari kerja yang nak disiapkan)~

Khamis, 21 April 2011

Kehilangan

sabar seindah bunga merah megharum wangi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum buat sahabat, teman, rakan dikasihi Allah selalu..InsyaAllah. Semoga terus dapat mensyukuri setiap ketentuan Allah swt selagi diberi nyawa dan pelbagai nikmat. Juga semoga kita menjadi orang-orang yang sabar dalam setiap kehilangan, kesusahan, kesengsaraan dan seangkatan dengannya.

Dalam diam dan menelusuri kehidupan ini banyak perkara yang kita belajar. Daripada tidak tahu menjadi tahu. Daripada tak pandai menjadi pandai..daripada sesat mencari jalan kepada mahir selok belok jalan. Daripada kurang kemahiran menjadi orang yang berkemahiran. Semuanya terjadi dengan izin Allah swt juga. Bersyukur kehadratNya kerana masih diberi kesempatan untuk mempelajari menjadi tahu, mahir dan pandai. Di sebalik tahu, mahir dan pandai itu, terselit nilai kesabaran. Kesabaran untuk mempelajari.

Benarlah kita diuji dengan perkara yang kita pernah ungkapkan. Tidak sama medan bercakap dengan medan beramal. Apabila bercakap, tenru ilmu kita kene mengetahuinya untuk mudah dan lancar lisan kita mengeluarkan bait-bait indah. Manakala apabila kita di medan beramal, kita kena bersiap siaga dengan hati kerana bimbang amalan kita itu bukan akhirnya kerana Allah swt. Hati perlu kuat kerana dalam medan beramal Allah yang mampu menilai keihklasan yang dihulurkan. Allah yang Maha tahu segala isi hati. Jadi perlu bersiap dengan hati…macamane bersiap dengan hati tu???? Perlu sediakan hati yang lapang dengan segala ujian yang mendatang. Berfikiran positif dan matang dalam berfikir. Utamanya di sini ialah bersiap dengan iman kita. Bagaimana dengan solat fardhu, sunnat dan seterusnya bagaimana kita menjaga hubungan kita kepada Allah swt.

Baru sahaja kehilangan tetapi Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk menerimanya. Mungkin disini dengan adanya doa-doa sahabiah sekalian. Ya! Doa dari antuna juga mengiringi setiap langkah. Hanya Allah swt yang mampu membalasnya. Mendapat meseg-mesej yang begitu mengambil berat dari antuna merupakan kenangan indah yang tak kan pernah luput kerana ingatan tika diri ditimpa musibah. Pertama yang diperkatakan dalam diri ketika kehilangan itu ialah kesilapan diri sendiri. Erm, betullah cuai dalam menjaga barang sendiri. Kedua, ujian Allah swt kepada hamba-hambanya. Bukankah setiap barang kepunyaan kita itu merupakan rezeki yang Allah kurniakan? Dan rezeki itu milik Allah. Allah boleh memberi dan mengambilnya semula. Bukankah begitu?? Kita sebagai manusia juga hanya pinjaman sementara. Akhirnya akan ditarik nyawa dari jasad dan meninggalkan bumi buat selama-lamanya.

Kesabaran itu memainkan peranan utama dalam diri ditimpa musibah. Tanpa kesabaran, tindakan kita bagai di luar kawalan…sampaikan boleh meraung dan ingin membunuh diri. Terdapat satu peristiwa yang berlaku pada zaman Rasullullah saw. Suatu ketika Nabi saw sedang berjalan, beliau melintas di hadapan rumah seorang wanita, setelah dekat Nabi saw tahu wanita itu seorang ibu yang telah menangis meratapi kematian anaknya. Si ibu itu menangis meraung-raung sehingga suara tangisan terdengar di mana-mana. Maka ketika berdepan dengan ibu, Nabi kemudian bersabda: “Bersabarlah wahai ibu!” Mendengar suara yang ditujukan kepadanya, ibu itu secara langsung memandang kepada Nabi dengan tidak sedar berkata dengan nada ketus dan masih menangis: “Engkau tentu sahaja boleh berkata demikian kepadaku, sebab yang mati bukanlah anakmu!”.

Mendengar jawapan ibu tersebut, Nabi tidak marah; beliau kemudian melanjutkan perjalanannya. Selang beberapa waktu, seseorang yang tanpa disedari mengamati perbincangan ibu tersebut dengan Nabi, datang menghampiri si ibu. Ia bertanya: “apakah yang dikatakan orang itu kepadamu?” Ia seenaknya menyuruhku bersabar,” jawab sang ibu. “Lalu apa yang engkau katakana kepadanya?”. “ AKu katakana, bahawa dia boleh berkata demikian kerana yang mati bukan anaknya”. “Mengapa engkau berkata begitu kepada Nabi?”. “Astaghfirullah…aku telah khilaf….,” kata ibu itu menyesal.

Setelah tenang kembali, ia pun segera mencari dan menghadap Nabi. Kepada Nabi ia berkata: “Maafkan saya wahai Rasulullah, kerana telah berlaku tidak sopan kepada baginda. Tetapi sungguh, msa itu saya benar-benar dalam keadaan terpukul kerana kematian anak saya. Kini saya telah menjadi tenang, dan saya akan bersabar.”
Nabi saw kemudian bersabda: “ Ketahuilah wahai ibu, bahawa inti kesabaran adalah pada pukulan pertama.” ( maksudnya: seseorang itu dituntut untuk bersabar justeru pada saat ia pertama kali mendapat musibah, bukan setelah hatinya menjadi tenang dan fikirannya terang.)

Itu hakikat kesabaran yang dibawa oleh Rasulullah saw. Cantik bukan akhlak itu…SubhanaAllah amat cantik. Percayalah dan yakinlah, jika Ujian, Cobaan yang sekarang bersama kita, itu semata mata Allah berikan, hadirkan untuk kita karena Dia menyayangi kita. Selalu belajar berprasangka baik padaNya. Dan memahami risalah – risalah-Nya dalam kehidupan kita.
Cuba kita ingat kembali Firman Allah dalam Ayat suci ini :
Bismillah.

"Niscayalah Kami akan memberikan cobaan sedikit kepadamu semua seperti ketakutan,
ketaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, kemudian sampaikaniah berita gembira kepada
orang-orang yang sabar." (al-Baqarah: 155)

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala mereka dengan tiada
hitungannya - kerana amat banyaknya." (az-Zumar: 10)

"Orang yang bersabar dan suka memaafkan, sesungguhnya hal yang demikian itu niscayalah
termasuk pekerjaan yang dilakukan dengan hati yang teguh." (as-Syura: 43)

"Mintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan shalat sesungguhnya Allah bersama
orang-orang yang sabar." (al-Baqarah: 153)

"Dan sesungguhnya Kami hendak menguji kepadamu semua, sehingga Kami dapat mengetahui
siapa di antara engkau semua itu yang benar-benar berjihad dan siapa pula orang-orang yang
bersabar." (Muhammad: 31)

rahmatMu kami perlukan sentiasa Ya Rabbana

Cantik kan ayat-ayat cinta Allah kepada hamba-hambanya. Semoga kita dapat meraih sifat yang cantik ini untuk dihias di kamar hati kita. Bukan pandangan manusia yang dicari tetapi pandangan Allah itu yang kekal abadi. Buat keluarga yang dikasihi…terima kasih kerana memahami diri dan menyayangi diri ini. Buat sahabat-sahabat, jazakillah atas doa itu…kerana doa itu menghubungkan hati-hati kita walau terpisah jauh oleh lautan atau negeri. Semoga semuanya beroleh kasih sayang Allah swt.

Ahad, 10 April 2011

Prasangka Baik

sebelum tu Selamat menghadapi final exam buat sahabat2

Alhamdulillah perkataan pertama sekali kesyukuran yang tak pernah bertepi di atas nikmat kurniaanNya. Selawat ke atas murobbi agung kita Nabi Muhammad saw , sahabat sahabiah, keluarga baginda, serta semua yang masih tetap dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah dan RasulNya, dan kepada semua sahabat-sahabat, mad’u-mad’u yang cintakan proses perubahan kepada tidak baik kepada baik, daripada baik kepada lebih baik. insyaAllah mudah-mudahan kita masih lagi sedar dikurniakan rahmat Allah yang luas ila yaumil Qiamah.

Buat orang-orang yang disayangi…dalam hati ini..doa insyaAllah disertakan buat kalian. Keberadaan dan kekuatan ana juga ada dalam doa-doa yang kalian berikan..semuanya kerana Allah SWT. Moga kita sentiasa dan selamanya mendapat rahmat Allah SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang. Di kesempatan ini juga ana ingin mengucapkan ‘bil taufiq wannajah fi imtihan’. Usaha terbaik untuk exam ini dan semoga ilmunya kerana Allah. Ingin berkongsi sesuatu dengan semua tentang bagaimana setiap orang itu adalah pemimpin jika bukan untuk orang lain, memimpin untuk dirinya sendiri. Bagaimana kepimpinan yang dilakarkan dalam sejarah amat mengusik naluri hati ketika membacanya. Jadi ingin dikongsi bersama. Mudah-mudahan sama –sama dapat ingatkan diri ini terutamanya dan sama-sama berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Ingin dibawakan bagaimana kisah ‘Umar bin Khattab ra bersama Sa’id bn ‘Amir al-Jamhi, seorang pemimpin di daerah Himsh.

Suatu hari, ‘Umar mengunjungi Himsh dan bertanya kepada penduduk negeri tersebut, “ Bagaimana sikap pemimipin kepada kalian?”

Mereka pun mengadukan kepada Umar berkenaan pemimpin mereka, “Kami mengadukan empat hal. Pertama, ia baru keluar berjumpa kami setelah matahari tinggi.”

“kasihan kalian! Apa lagi?” Tanya Umar.

“Kedua, ia tidak memimpin seorang pun dari kami di waktu malam.”

“Kasihan ! Terus, apa lagi?” Tanya Umar.

“Ketiga, dalam setiap bulan , ia menggunakan waktu sehari untuk tidak keluar melayani kami.”

“Kasihan ! Terus apa lagi?”

“Keempat, ia pernah pengsan dalam beberapa hari, “ tutur mereka.

Umar RA tidak langsung mengambil keputusan. Ia menghadapkan mereka dengan Sa’id bin Amir, pemimpin yang mereka adukan itu, sambil berdoa kepada Allah SWT. “Ya Allah, janganlah Engkau mempersalahkan pendapatku dalam persoalan ini.” Umar tetap berpegang pada prinsip Sa’id al-jamhi tidak bersalah dalam hal ini.

Sidang pun bermula. Umar bertanya lagi kepada penduduk Himsh di hadapan petugas itu, “ Apa yang akan kalian adukan tentang Pemimpin ini?”

Mereka berkata, “ Ia baru keluar menemui kami setelah matahari meninggi.”

“Apa jawabanmu?” Tanya Umar kepada Sa’id.

Sa’id menjawab, “ Demi Allah, sbenarnya saya malu mengutarakan hal ini. Keluarga saya tidak memiliki pembantu. Kerana itu, saya harus membuat adunan gandum dahulu, kemudian duduk menunggunya hingga meragi, setelah itu membuatnya menjadi roti untuk makanan sehari-hari saya. Kemudian saya berwudhuk, dan baru setelah itu saya keluar menemui mereka.”

Umar bertanya lagi, “Apa lagi yang akan kalian adukan tentang pemimpin ini?”

“Ia tidak mahu melayani kami di waktu malam,” kata mereka.

“ Apa jawabmu?” Tanya Umar kepada Sa’id.

Sa’id menjawab, “saya malu juga mengutarakan hal ini. Saya menjadikan waktu siang untuk mereka, dan waktu malam untuk Allah.”

“Apa lagi keluhan kalian?” Tanya Umar.

Mereka mengatakan, “Setiap bulan, dia meggunakan waktu sehari penuh untuk tidak keluar melayani kami.”

“Apa jawabmu?” Tanya Umar kepada Sa’id.

Sa’id menjawab, “saya tidak punya pelayan yang mencuci pakaian saya, dan saya tidak mempunyai pakaian lain untuk ganti. Kerana itu, waktu sehari tersebut saya gunakan untuk duduk menunggu pakaian kering, kemudian menyeterikanya, dan selepas itu saya keluar menemui mereka menjelang matahari terbenam.”

“Apa lagi keluhan kalian?” Tanya Umar kepada penduduk Himsh.

Mereka berkata, “ Ia pernah pengsan selama beberapa hari.”

“Apa jawabmu?” Tanya Umar kepada Sa’id, pemimpin daerah Himsh.

Pemimpin menjawab, saya pernah menyaksikan jatuhnya sepotong daging dari tubuh seorang Ansar di Mekah yang dihiris oleh kaum Quraisy. Kemudian mereka mengusung orang tersebut di atas sebuah batang, lalu bertanya kepadanya, ‘Tidakkah kamu suka bila Muhammad yang berada di tempatmu sekarang?’ Orang itu menjawab, Demi Allah, saya tidak ingin berada di tengah-tengah keluarga dan anak saya, sementara Muhammad SAW tertusuk duri.’ Kemudian ia berseru, Wahai Muhammad!’ Ketika saya teringat akan hal itu, betapa saya tidak menolongnya pada waktu itu, dan saya masih musyrik, tidak beriman kepada Allah, maka saya merasa bahawa Allah tidak akan mengampuni saya selamanya. Dan saya pun pengsan kerananya.”

Setelah berhasil menunjukkan alasan Sa’id di hadapan warga Himsh, Umar berkata, “Segala piji bagi Allah yang tidak mempersalahkan firasatku.” Setelah itu, Umar mengirimkan wang seribu dinar kepada Sa’id dan berkata, “ Gunakanlah wang ini untuk urusanmu.” Sa’id menerima wang itu dan mengaturnya dengan baik.


****************************

Bagaimana keteladanan yang ditunjukkan oleh saidina Umar Ra menggambarkan proses yang diambil iaitu proses tabayyun. Allah SWT sudah memberi peringatan kepada hambanya supaya tidak banyak dalam prasangka-prasangka yang akhirnya kita akan kecundang dengan musuh kita. Proses tabayyun iaitu selidik dan bertanyakan hal yang sebenarnya kepada orang yang dicurigai perlu dan Allah ada menerangkan dalam surah al Hujurat:6. Pengajaran yang boleh diambil bagaimana sikap kita dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh orang lain boleh dilihat melalui sikap Saidina Umar al Khattab. Bahkan bukan sahaja beliau bersangka baik, malah mendoakan perkara yang baik sejurus mendengar keluhan tidak puas hati penduduk Himsh.

Tidak boleh berprasangka:

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kamu mempergunjingkan sebagian yang lain….” (Al-Hujurat: 12)

Menyelidik berita yang disampaikan:

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan". (Al-Hujurat :6)

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...