Selasa, 30 November 2010

pergi tak kembali

Dalam suasana hiruk pikuk Bandar, suara menggamit kemajuan, disana masih ada yang hidup berpapankan kayu yang menunggu runtuh sahaja. Susah untuk digambarkan penderitaan yang dialami, namun pahit ubat tidak sekelumit dengan pahitnya liku kehidupan yang dihadapi keluarga ini. Keluarga yang dimaksudkan ialah, Allahyarhamah Siti Esah.

Siti Esah binti Mohamed(gambar), mahasiswi Tahun 3, Jabatan Syariah daripada Fakulti Pengajian Islam, UKM yang kembali ke rahmatullah disebabkan kecederaan parah akibat kemalangan jalan raya yang berlaku petang 12 November 2010 semasa mangsa dalam perjalanan pulang kekampung bagi menyambut Aidiladha berasama keluarga. Arwah merupakan anak sulung dari 9 orang adik beradik. Allahyarhamah tinggal di Kampung Permatang Rambai, Pasir Puteh Kelantan. Kehidupannya bersama ibu dan adik-adik amat memeritkan setelah pemergian ayahnya beberapa tahun yang lalu.

Hasil sara hidup keluarga hanya bergantung kepada hasil kerja menoreh getah orang lain oleh ibunya. Siti Esah diajar hidup dalam keadaan sentiasa dalam kesempitan hinggakan makan dan minum pun terabai. Beliau sentiasa mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis dek kerana kuatnya pegangan agama dan juga dihimpit kekurangan makanan.

Secara ringkasnya, beliau , merupakan pelajar cemerlang disekolah. Ini dibuktikan dengan beliau dinobatkan pelajar terbaik peringkat sekolah dan nombor 4 yang cemerlang diperingkat kebangsaan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia ( STAM ). Kemiskinan tidak menjadi alasan untuk dia berjaya dan juga mampu menjadi muslimat solehah.

Siti Esah merupakan harapan keluarga. Adik-adik yang masih kecil mengharapkan kakaknya ini bakal menjadi penyelamat untuk keluarga mereka. Ada adik Siti Esah yang tidak bersekolah kerana tidak mampu menampung kos perbelanjaan seharian. Ibu Siti Esah hanya mengharapkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan hasil perolehan jualan getah yang ditoreh. Menampung anak-anak yang ramai dan yang paling bongsu ialah yang berumur 2 tahun.

Pemergian Siti Esah cukup dirasai keluarga. Seolah-olah hilang sudah insan yang boleh diharap untuk keluarga meneruskan hidup. Ibunya cukup perit dan sengsara untuk menerima kenyataan bahawa anak harapan keluarga telah pergi bertemu pencipta. GAMIS mengucapkan takziah kepada keluarga dan mengharapkan ahli keluarga dapat menerima takdir Allah ini walaupun ia cukup pedih.

Alhamdulillah, wakil GAMIS berkesempatan untuk menziarahi keluarga Allahyarhamah dirumah beliau. Rombongan diketuai oleh Presiden GAMIS, Saudara Ahmad Syazwan dan Ahli Majlis Kerja GAMIS Pusat. Tidak ada perkataan yang boleh digambarkan apabila melihat rumah usang yang didiami keluarga. Dinding yang penuh berlubang, bumbung yang bocor, permukaan kayu yang sudah reput menjadikan kami rasa insaf akan nikmat yang diberikan Allah pada kami. Rumah Siti Esah tidak ada lansung peralatan elektrik, bilik hanya satu, dan terdapat 2 almari buruk yang menghiasi ruang.

Luluh dan runtuh hati kami melihat kedhaifan keluarga Siti Esah hingga melahirkan perasaan bertanggungjawab GAMIS untuk membantu keluarga beliau. Dengan usaha yang sedikit ini, diharapkan agar dpat membantu keluarga arwah. GAMIS telah bersetuju untuk melancarkan Derma Ihsan kepada keluarga Siti Esah melalui sumbangan daripada semua pembaca. Sumbangan barangan, makanan dan yang diperlukan dalam bentuk kewangan sangat dialukan. Disini dilampirkan nombor akaun ibu Siti Esah untuk disumbangkan terus kedalam akaun beliau:

Kamariah Binti Ismail

Bank Islam Malaysia Berhad : 030-900-02-003717-7

Untuk makluman, pihak jawatankuasa bertindak kampung telah bersepakat untuk mengusahan sumbangan bagi membina sebuah rumah baru yang lebih baik. Maka GAMIS turut bertanggungjawab untuk memohon derma dan sumbangan ikhlas dari mahasiswa mahupun orang ramai bagi meringankan beban keluarga arwah. Kos pembinaan rumah baru dianggarkan berjumlah RM 60000.

Moga derma dan sumbangan ini menjadi tanda kepada kita untuk menjadi seorang yang bersyukur dengan nikmat Allah yang dikurniakan. Sebarang sumbangan berbentuk material, boleh disalurkan ke pejabat GAMIS melaui Naib Presiden Kemasyarakatan GAMIS, saudara Nazry di talian : 014-2336200. Ihsan anda amat dialukan.

-dari pmum-kasturi89.wordpres.com-

Rabu, 10 November 2010

AYUH MENGATUR LANGKAH




Alhamdulillah masih boleh berkongsi suarasa seketika. Bersyukur kerana masih diberi ruang dan masa. bersyukur kerana masih sempat untuk membetulkan diri yang alpa, bersyukur masih punyai sahabat2 yang saling ingat mengingatkan dan bersyukur berada dalam organisasi dakwah kerana kita diikat dengan banyak hal yang asasnya ialah iman dan amal. Matlamat perjuangan organisasi dakwah diinspirasikan oleh al-Quran dan Sunnah, juga Sirah sebagai panduan. Dalam erti kata lain, perjuangan organisasi ini tidak dipandu oleh sesuatu yang bersifat materialistik mahupun duniawi.

Bahkan antara asas penting yang menyatukan para pendokong dakwah ialah ukhwah, sesuatu yang tidak cukup diterjemah sekadar dengan butiran kata mahupun bait tulisan. Serendah-rendahnya berlapang dada, setinggi-tingginya ialah itsar. Kata seorang akhwat, “ ukhwah itu adalah tali yang mengikat hati-hati para du’at, sekiranya ia tidak dikenali dan terputus, maka akan bercerailah hati-hati tersebut dan itulah bahana yang paling buruk dalam dakwah ini”. Nilai ukhwah ini tidak dapat ditukar dengan apa sekalipun, kerana kesannya pada hati membekas buat selamanya sekali ia terpaut.

Semua manusia pernah disentuh atau tersentuh dengan tarbiah. Tarbiah mengajar banyak perkara berkaitan kekuatan akidah, ikatan hati dan ukhwah. Semuanya mudah dengan petunjuk Allah terutama kepada mereka yang mendapat hidayah dan petunjuk untuk menggabungkan diri dalam gerabak dakwah. Kerana kemanisan ukhwah itulah yang pertama sekali dirasa. Senyuman dan kehangatan sambutan akhwat dirasakan seolah-olah sudah lama dikenali, megajak dan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Bersama-sama!, mungkin ada yang tertanya ‘masih ada orang sebaik mereka di dunia ini?’. Kemesraan ini sukar sekali untuk dilupakan kerana kita dihiburkan dengan kemanisan ukhwah di atas iman, berbeza ukhwah bukan keranaNya.

Sabtu, 6 November 2010

FRIENDSHIP NEVER END




Definisi Ukhuwah Dari segi bahasa : berasal dari perkataan akhun yang membawa erti saudara,teman,sahabat dan lain-lain lagi.

Dari segi istilah : Menurut Al-Quran : Perasaan kasih sayang,tolong menolong,Bantu membantu, bertolak ansur bermesra dan cinta mencintai diantara sesama umat Islam tanpa terkecuali, Allah berfirman “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara , maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat : 10)Menurut hadis : Seperti tubuh badan ,darah daging, dan roh umat Islam sendiri .

Rasulullah s.a.w bersabda “ Daripada Nu’man bin Bashir r.a : Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan uang satu , apabilah satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.”

Menurut As-Syahid Imam Hassan Al-Banna : Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah.Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan beharga persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur.Kekuatan yangnpertama adalah kekuatan perpaduan.Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang.Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.

Menurut Imam Ghazali : Ada 4 kategori :

1-Ukhuwah dijalinkan atas dorongan keseronokkan seperti paras rupa,tingkah laku dan sebagainya

.2- Untuk kepentingan diri (peribadi) untuk tujuan kebendaan di dunia tak lebih dari itu

.3- Untuk kepentingan akhirat semata-mata seperti pencinta ilmu mengesihi guru dan para ulamak bukan untuk mendapat keuntungan kebendaan didunia tetapi untuk mendapatkan iman dan taqwa yang pasti dapat menyelamatkan dari azab api neraka di akhirat.

4- Persaudaraan yang diikat erat daripada kesedaran iman dan taqwa kepada Allah. Terjalin semata-mata patuh dan taat , menyembah dan menyerah diri kepada Allah.

Prinsip-prinsip ukhuwah

1- Perdamaian atau hubungan yang baik , saling bermaaf-maafan dan tidak terlalu sensitif.

Firman Allah : “Maka hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan perbaikilah hubungan antara kamu dan taatlah kepada Allah dan Rasulnya sekiranya kamu orang-orang yang beriman “ ( surah Al-anfal : 1 )

2- Saling kasih mengasihi dan cinta mencintai ke arah mengeratkan lagi ikatan ukhuwah

.Firman Allah : “ Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaikkan sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kau cintai dan apa sahaja yang kamu nafkahkan , maka sesungguhnya Allah mengetahuinya” ( surah Ali Imran : 92 )Allah menjelaskan bahawa kasih sayang dan cinta mencintai antara satu sama lain boleh dipertingkatkan melalui sedekah.Kasih sayang dapat disuburkan sehingga mencapai taraf yang paling tinggi jika ornag-orang kaya mengorbankan segala sesuatu yang paling disayangi untuk membela nasib golongan malang.Apatah lagi jikalau kita mengorban sesuatu untuk kemaslahatan dakwah.Ukhuwah yang disandarkan atas dasar untuk kepentingan umat Islam(dakwah) adalah yang paling utama.

3- Persamaan yaitu ikatan ukhuwah akan terus kukuh jika manusia merasai atau mempunyai sifat persamaan diantara satu sama lain.

Tidak ada beza diantara kita kecuali ketaqwaan kita kepada Allah dan ketaqwaan tidak dapat dinilai oleh manusia tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Asas-asas ukhuwah

1- Akhlak yang mulia : - Berkata benar , menjauhkan diri dari perkara mungkar , penunaian janji , tolong tolong menolong , rendah diri dan lain-lain.

2- Ikhlas - Hanya orang ikhlas sahaja yang dapat mengorbankan segala-galanya untuk menyempurnakan hidup berukhuwah . - Ikhlas akan melahirkan insan yang berkhidmat tanpa noktah akhir

3- Amanah - Orang yang tidak amanah adalah orang yang mempunyai ciri-ciri orang munafiq - Allah telah memberikan amanah kepada manusia untuk memakmurkan ala mini4- Belas kasihan - Sifat ini dianggap cukup penting kerana tanpa sifat ini menyebabkan masyarakat masyarakat manusia menjadi masyarakat binatang yang suka melakukan kekejaman dan penindasan apabila ia berkuasa melakukannya.

Kelebihan ukhuwah

1) Termasuk di dalam 7 golongan yang di janjikan dalam hadis sebagai golongan yang akan mendapat lindungan paying Allah di akhirat kelak.

2) Allah amat kasih kepada hambanya yang berkasih sayang kerana Allah

3) Orang yang berkasih sayang di janjikan dengan balasan syurga

4) Sebaik-baik amal dan iman ialah kasih kerana Allah dan benci kerana Allah

5) Akan diberikan kekuatan yang luar biasa akibat daripada ukhuwah yang diamalkan seperti kemenangan umat Islam di banyak peperangan pada zamanNabi Muhammad s.a.w

Adab-adab ukhuwah

1) Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jika tidak mampu dia berikan apa yang lebih dari hajatnya

2) Bersegera membantu sahabat yang memerlukan bantuan kita

3) Menyembunyi rahsia sahabatnya

4) Menutup keaiban sahabatnya

5) Meninggalkan berbantah-bantah

6) Tidak suka sindir menyindir dan perli memperli

7) Sentiasa mendoakan sahabatnya didalam senang dan susah

8) Sentisasa melafazkan dengan perkataan “inni uhibbuki fillah” yang bermaksud sesungguhnya aku mencintai kamu kerana Allah

9) Sentisa bertanya khabar melalui sms , email dan sebagaunya.

10) Tidak mengabaikan sms dari sahabatnya

11) Sentiasa mengucapkan terima kasih diatas bantuan yang diberikannya

*****************************************************

ukhwah...
tidak akan pernah berakhir....
walaupun kenderaan yang kita naik tidak sama...
kita menuju ke tempat yang sama....
di sini hati kita tertaut....
menggapai cinta dan redha Ilahi....
walau di mana kita berada....
Allah tujuan kita...
Rasulullah SAW teladan kita....
al Quran pedoman hidup kita...
jihad jalan hidup kita...
shahid cita-cita tertinggi kita..
itulah persamaan kita...
persamaan akidah...
SubhanaAllah...
Allah yang menemukan kita ukhtifillah..
Sungguh hebat Allah..syukur padaNya kerana kita pernah dipertemukan..
moga ikatan ini kan bersemi selama-lamanya.

Khamis, 4 November 2010

Hitam itu menawan



motorku....kenderaanku....yang disayangi..

Alhamdulillah pertamanya kesyukuran hanya layak untuk Allah kerana segala nikmatnya.

motor ana...gembira hati ini tatkala pulang dari kampung ke rumah sewa...kerana apa???
kerana ingin melihat motor pemberian abah ini yang baru ditukar cover setnya....pemberian dari Allah swt kepada hambanya yang tiada apa2 pun..motor inilah yang menjadi wasilah penghubung dengan kampus rutin harian saban hari...biarpun ia tak sehebat motor2 yang laen tetapi bagi ana ia memberikan 1001 makna yang amat bewarna-warni...namun, tanpanye ana boleh lagi untuk menaiki kenderaan yang lain. ia bukan segala-galanya.

bertukar warna....jika dulu warnanya maroon...ada yang cakap ungu...ishk3 memang banyak warna..kini menjadi warna hitam..he..sayang padamu..kapchai yang selalu menemani ana ke mana2...biarpun ke lorong yang gelap atau pun ke jalan yang penuh cahaya berkilauan...terhenti tiada minyak...memberikan kegembiraan di dalam kedukaan..

walaupun motor tidak bernyawa tetapi ia dapat memberikan roh dalam diri ketika menaikinya..semangat membara untuk sampai ke destinasi..jika ia rosak, perlu dibaiki dan dielokkan...untuk terus mara ke hadapan...begtulah dunia ini..semangat itu perlu dalam melaksanakan ibadah dan amanah...perlu disertai ilmu..perasaan dalam ibadah...amat2 perlu untuk melahirkan takut dan harapan akhirnya..jika semangat dan ilmu itu tiada atau rosak..perlu digali...dicari...ditanya..insyAllah diamalkan dan dilaksanakan.!

semoga pemberian dari abah ini memberi keberkatan dalam mencari redhaMu ya Allah.

Isnin, 1 November 2010

cinta teman

Selamat bertemu kembali kepada semua. moga semuanya sihat, gembira, tenang, berlapang dada dalam setiap perkara dalam kehidupan. lama tidak menulis...teringin untuk letakkan kata2 indah ini di pagi yang tenang dan mendamaikan hari ini.

Seindah mutiara di dasar laut, begitulah indahnya ukhwah krn Allah. Buat teman yang sudah lama tidak bertautan. Kenangilah kenangan yang diukirkan. Doa iringan pengikat hati yang berjauhan. Jgn lupa tatkala jiwa ini mengikat dan berjanji untuk menjadi teman. Maka tiada lagi alasan untuk memutuskannya. Tiada jarak yang bias menjauhkan. Selagi jasad masih memegang roh. Persahabatan ini akan terus mekar, biar tidak kelihatan pada zahir pandangan. Asalkan dalam hatiku dan hatimu teman ia mekar dan tidak layu lagi. Diri ini sangat merindukan, suara dan katamu yang sekian lama hilang. Peliharalah ukhwah ini bersama kasihnya…..dari akhwat untuk akhwat FILLAH..

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...