Khamis, 1 Ogos 2013

Pantun 1


Sunyi tenang suasana malam,
Cengkerik juga tidak berbunyi,
Assalamualaikum dihulur salam,
Semoga sihat rohani dan jasmani.

Sihat rohani juga jasmani,
Fitrah manusia inginkan begitu,
Tingkatkan amal bersihkan hati,
Zikrullah dan selawat dilazimi selalu.

Kebahagiaan itu ada di mana, 
Dalam hati yang sentiasa  disuci,
Allah penghubung terdekat hambaNya,
Jauhilah perkara yang Allah benci.

Buah tamar di dalam pinggan,
Juadah dihidang sederhana sahaja,
Itulah rezeki Allah kurniakan,
Sentiasalah bersyukur dengan rahmatNya. 

Solat terawih di bulan Ramadhan, 
Sungguh istimewanya di bulan ini,
Mensucikan diri dan anggota badan,
Menunaikan solat sepenuh hati.

Melangkah ke masjid tersenyum indah,
Perbaharui niat setiap masa,
Menjaga perbuatan terutama lidah,
Akan dipersoal setiap kata.

Melihat wajah ma dan abah,
Sentiasalah doakan untuk mereka,
Pengorbanan mereka tidak terbalas,
Berbaktilah tika usia bersisa.

Tiada ulasan:

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...