Isnin, 28 Mac 2011

Ciri-ciri Beroleh Petunjuk

Allah mengatur dan meminjamkan pada kita

Allah Akbar. Sungguh menyentuh naluri fitrah manusia yang semuanya sukakan kebaikan. Kepada diri sendiri terutama dan sahabat-sahabatku semuanya, hebatnya kuasa Allah swt. Keberadaan kita di dunia pun hanya sebagai peminjam, semua diberikan Allah. Sudahlah tiada apa-apa, malah kadang-kadang kita kedekut untuk keluarkan apa yang kita ada. Jika berbuat dosa sekalipun Allah swt masih memimpin hamba-hambanya ke arah yang benar.

Berkongsi seketika…………bahagia……..kadang-kadang tidak terungkap melalui kata-kata………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………Alhamdulillah di atas nikmat itu. Hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan. Kita hanya mampu menyeru, mengajak kepadaNya. Allah yang memegang semua hati-hati. Selepas pertemuan dengan sahabat, hati terukir senyuman. Melihat setiap orang satu persatu punyai pelbagai karakter termasuk diri sendiri. Semuanya ada karakter yang berbeza……sepanjang mengenali,,,belum lagi kenal. Ada yang emosinya cepat tersentuh…ada yang sabarnya tinggi…ada yang sukar ditafsir….tetapi betapa perbezaan itu wujud, yang penting bagaimana kita mengawalnya…inilah terbiyyah dari Allah….mengajarku tak pernah jemu…betapa banyak kerenahku…nikmatNya sentiasa dan tetap ada…tidak dapat dibilang dan dihitung..syukur masih dalam rahmatMu.

Hidayah mutlak milik Allah swt. Ada ciri-ciri orang yang memperolehi hidayah Allah… adakah kita termasuk dalam ciri-ciri itu??? Hanya kita yang mampu menilai dan mengetahui. Jom kita selidiki satu persatu. Ciri-ciri orang yang memperolehi hidayah yang pertama, Merasa Mudah Dalam Beramal Soleh. Tanya balik diri sendiri. “wahai diri, adakah diri ini mudah melakukan suruhan Allah? Dalam solat wajib atau fardhu adakah diri kita mudah atau malas mengerjakannya.??....koreksi diri. Dalam surat cinta (al-An’am: 125) yang maksudnya: “Barangsiapa yang Allah kehendaki untuk mendapat petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah dia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak berian”.

Perasaan sempit..pernah terjadi. Moga diampunkan Allah swt di atas kekerdilan hamba ini. Perlu berlapang. Ibarat seperti menghirup udara segar di tepi pantai yang biru..sungguh mendamaikan. Jadi sesukar atau sesenang manapun sesuatu itu perlu bersabar.Sabar Menghadapi Pelbagai Ujian termasuk ciri-ciri orang yang mendapat hidayah Allah yang kedua.

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya”.

Allah sudah mengingatkan kita sahabat. Pada akhir ayat ….’dan itulah orang-orang yang mendapat petunjuk’. Ini merupakan pengunci ayat yang menegaskan bahawa orang-orang yang bersabar adalah orang-orang yang mendapatkan petunjuk. Tanya semula pada diri…sabarkah diri tatkala apa yang kita iginkan tak dipenuhi?? Sabarkah kita tatkala sakit menimpa diri? Batuk yang berpanjangan..demam yang kepanasan…selsema yang berterusan. Ujian sakit kita tidak sehebat Nabi Ayub yang diuji Allah ditimpa sakit kulit yang teruk. Jauhkan diri kita. Lain pula dengan ujian senang dengan banyaknya duit dalam bank, rumah yang besar dan selesa, motor yang laju. Itu juga ujian..adakah kita bersyukur dengan kurniaan itu?? Bagaimana kita tunjukkan kesyukuran itu?? Soalan ini jawab dengan hati masing-masing.. setiap kurnian dari Allah senang mahupun susah adalah satu anugerah. Kita perlu ambil anugerah itu dan mengangkatnya tinggi kerana ia adalah anugerah yang tidak ternilai.

SubhanaAllah..Nikmat kebesaran Allah SWT

Ciri-ciri hidayah Allah yang ketiga Merasa Rindu Kepada Allah SWT. Orang yang memperolehi hidayah, setiap saat relung hatinya terisi dengan kerinduan kepada Allah SWT. Jika nama Allah disebut, akan bergetar hatinya, jika dibacakan firmanNya, akan bertambah imannya, bertawakal, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Semua yang dilakukan hasil daripada kesyukuran yang diperolehinya. Firman Allah dalam surah al Anfal ayat 2-4 yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.(yaitu) orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka.Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezki (nikmat) yang mulia.

Bagaimana dengan diri kita??.................jika cintakan manusia, meseg si dia ditunggu-tungu, perjumpaan dengannya dinanti-nanti. Bagaimana dengan cinta kita kepada Allah swt?? Biar tahajud bersamaNya dirindui dan ditunggu-tunggu, perjumpaan denganNya di akhirat (kekal abadi) kita nanti-nantikan. Diri ini dan juga pembaca semestinnya meinginkan perkara yang sama kan? ….perlu ingat mengingatkan, nasihat menasihatkan, bahu membahukan kerana kadang-kadang kita tak mampu mengingatkan diri kita sendiri. Begitu juga ana. Insan yang amat lemah disisi Rabbi. Cuba membaiki diri.

Seterusnya yang keempat ialah Konsisten @ istiqamah. Melakukan segala amalan dengan konsisten. Kerana itu dalam hadith, biarpun amalan sedikit tetapi ianya adalah sebaik-baik amalan jika ia dilakukan berterusan. Menarik bukan. Betapa Allah Maha pengasih dan penyayang kepada hamba-hambaNya.

"Dari 'Aisyah Radiallahu anha telah berkata ia, telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Sebaik-baik amalan kepada Allah Subhanahu Wa ta'ala adalah perbuatan yang dikerjakan secara berterusan walaupun sedikit." (Riwayat Al-Imam Muslim).

Jadi, amalan-amalan yang dilakukan biarpun sedikit tetapi berterusan dan tak pernah tinggal..Jika dahulu bacaan al Quran boleh buat seminggu 3 atau 4 juzuk..hari ini juga begitu malah lebih lagi disebabkan faktor-faktor persekitaran yang makin tercabar dengan pelbagai anasir yang tidak baik. Begitu juga dhuha, tahajud, sedekah, puasa sunat dan kebaikan-kebaikan lain. Istiqamah juga dalam meninggalkan larangan dan tegahan Allah dan zikir kepada Allah swt.Ciri-ciri yang terakhir ialah Bersemangat Dalam Mempelajari Ajaran Agama.

“Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Barangsiapa yang Allah kehendaki mendapatkan kebaikan, maka Allah akan faqihkan dia dalam agama’.” (HR. Al-Bukhari).

Maksud hadith ini orang tersebut difaqihkan dengan ilmu agama itu bermaksud dikurniakan Allah swt semangat untuk menelaah ajaran-ajaran Islam. Apabila terjumpa buku-buku berkaitan da’wah, fiqh, dan sebagainya, teringin dalam hatinya nak membaca isi kandungan malah ingin menjadikan buku tersebut sebagai miliknya. Bersemangat iaitu himmah perlu ada bagi seorang pendakwah. Jika ia tiada maka akan lunturlah juga semangat orang-orang yang ingin dibawa. Jika kita kata hidup kita kerana mardhotillah, hidup kita untuk mencari hanya redha Allah, itu merupakan satu himmah, satu semangat, satu cita-cita yang tinggi memerlukan mujahadah, pengorbanan untuk merealisasikannya.

Semoga kita masih sentiasa membuka jendela kamar hati kerana hidayah itu datang kepada orang yang membuka jendela di kamarnya.

Tiada ulasan:

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...