Rabu, 20 Julai 2011

Pentomen




Malam sabtu baru-baru ni kami dari MT melakonkan pentomen yang bertajuk "hambaMu". Idea yang diilhamkan oleh Allah selepas balik dari surau kawasan perumahan. Selepas mendengar ceramah oleh ustaz di kawasan itu tentang cerita Malik bin Dinar. Kami adaptasi kisah Malik bin Dinar bagaimana permulaannya beliau sangat banyak melakukan maksiat kepada Allah dan akhirnya menjadi seorang wali Allah yang tunduk dan tawadhuk hanya kepadaNya. MasyaAllah sungguh memberi kesan pada kami tatkala diceritakan kisahnya dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk membawa cerita ini pada program Wardah (wanita,ratu dan harapan) pada malam sabtu baru-baru ini.

Scene 1
Mula berkenalan dengan pakwe

Scene 2
Balik dari kuliah
ika: Aku tak puas hati lah dengan pensyarah tadi tu, mengantuk aku tersengguk-sengguk dibuatnya

Ina : Aku pun samala. Nak bagi kuliah ke nak dodoikan kita!

Anis : tak baiklah cakap macam tu kat lecturer. Dia kan yang mengajar kita

Ika:alamak…baiknye kau hari ni. Alim semacam je ayatnye

Ina:aahlah .eh,apa cer semalam ko dengan ehem2 yang terserempak dekat lib tu??

Anis:he, mana ada papela. Aku macam biasa je. Eh, okla aku dah lambat nie

Ina:eh eh, nantila dulu….ko ni, Mid sem kan baru je lepas, assignment kita pun dah hantar kan??yang ko rushing2 ni nak pergi mana ….?

Ika : ntah, ko ni.eh, ktrg sebenarnya nak ajak kau tgk wayang malam ni, jomla..

Ina : aah, jomla. Ada citer best mlm ni. Kita wat marathon.mula2 tengok harry potter, pastu tengok transformers. amacam

Anis: er…erm….x blhla. Aku ada hal lah kejap lagi ni. Lain kali ye..

Scene 3
Abang: hai sayang…sayang sihat?

Anis: hai abang…tentulah sihat,kan kita baru je jumpa kat kolej tadi. Apalah abang ni

Abang: takpelah..saja je nak tanya khabar lagi.

Anis: oo…ok. Sayang baru je sampai rumah ni.Baru balik dari kuliah. Abang tengah buat apa?

Abang: tengah rindukan sayang lah

Anis: ops! terperanjat ayang. Rindu abang juga

Abang : hehe, camnila buatkan abang bertambah2 sayang

Anis : Abang ni, malula ayang…

Abang: ayang…..abang rindulah nak jumpa ayang. Jomlah kita keluar. Sehari tak jumpa ayang rasa macam serba tak kena je hidup abang nie.

Anis: Em,boleh juga tapi…..bukan malam ni ye.

Abang: ala..nape pulak

Anis: Yelah..abang pun tahu kan mak ayang bukannya bagi keluar malam2 macam ni. Bile-bile nanti bile mak ayang takde kite keluarlah ye.

Abang: sedihlah tapi takpelah.nanti kite jumpa ye.

Anis: ok

Abang: sayang ayang. Bye

Anis:sayang abang juga.bye

Betul ke apa yang aku buat ni..…salah ke..kalau salah apa yang betul. Biarlah mak aku tak tahu pun.


Scene 4

Mak: anis……anis……dah solat

Anis: alamak (tergesa2 menutup laptop dan tergesa-gesa solat)

Mak: anak mak dah habis solat dah?(duduk di sebelah anaknya)

Anis: dah mak.(sambil membaringkan kepala di ribaan mak)

Mak: ha…macam nilah anak mak. (sambil mengusap2 kepala anaknya)..anis…mak nak pesan ni..andaikata suatu hari nanti mak meninggal, mak harap anis selalu doakan mak dan menjadi anak yang solehah.

Anis: mak ni….jaganlah cakap macam tu. Nape cakap pasal mati-mati ni…anis tak nak kehilangan mak..anis sayangkan mak…

Mak: xdela, mak ni bukannya ape. Yela, mak ni pun dah makin tua.Manalah tahu nanti tiba-tiba mak takde nanti. Jadi mak nak ingatkanlah awal2. Solat jangan tinggal..jaga pergaulan, jaga akhlak ye. Kat siapa lagi mak nak bagi nasihat macam nie. Mak ada anis sorang je kat dunia ni. Ayah anis pun dah takde (batuk2).

Anis: insyaAllah mak. Anis ingat kata-kata mak (sambil mengantuk dan tertidur)

Mak: Anis, anis kena berdikari juga ye..kena jadi budak baik, kena belajar masak, kemas rumah sendiri, tak boleh nak harap mak je tau..oklah mak nak masak nie. (sambil melihat anaknya dan sudah pun terlelap lantas mengangkatnya ke bantal)..la, da tido rupanya anak bertuah aku ni..em..

Scene 5

Abang: restoran ni abang tempah khas untuk ayang. suka tak?

Anis: suka

Abang: lepas nie kita jalan-jalan ye

Anis: ok tapi tasik tepi ni je ye sebab ayang tak boleh lame2. Mak tunggu ayang di rumah.

Abang:ala, yake. okla (masam)

-Bermesraan-

Sementara itu mak berdoa kepada Allah

(Ya Allah, Kau mengetahui gerak geriku..Kau mengatahui gerak geri anakku. Kau berilah perlindungan kepada kami di mana pun kami duduki. Hanya Engkau yang Maha mengetahui. Ya Allah Kau peliharalah anakku sekiranya aku tak mampu untuk menjaganya dengan baik. Kaulah sebaik-baik pemelihara dan kepada Engkau tempat aku kembali)

Anis: mak o mak…mak o mak. Saya dah balik ni (bersemangat)

Monolog( eh, mana mak nie. Rasa macam tak sedap rasa ni…o, solat rupanya mak aku nie. Aku nak duk seblah mak lah….(beberapa saat)…..eh lamenye mak sujud. Mak…..(sambil menyentuh sikit).

Anis: mak….mak….mak…………………………………………………..

Scene 6

Tidur (sambil peluk kain sembahyang mak)

Bangun (slow dan sesaat kemudian terperanjat dan mengensot sedikit demi sedikit seperti melihat lembaga)

-asap-

Anis: “Nenek, selamatkanlah aku daripada ular itu.”

Nenek : “Aku lemah anakku, Aku tidak dapt menolongmu. Tetapi berlarilah ke arah sini, mungkin kau akan selamat.”
“Aku berlari ke arah yang ditunjukkan sehinggalah aku mendapati ular dibelakangku dan neraka dihadapanku. Lalu aku berlari kembali ke arah nenek itu dan berkata, Maka jawabnya lagi

Anis: “Nenek, Tolonglah aku, selamatkan aku.”

Nenek : ,”Nenek lemah seperti yang kau lihat. Pergilah ke arah gunung itu, mungkin kau akan selamat.”

Anis : Eh, itu mak. Mak, selamatkan anis mak. Anis takut..

Mak: bismillahirrahmanirahhim (gaya menolak guna tangan)

Anis: mak …tolong saya mak…tolong saya mak.(sambil duduk)

Mak: (usap rambut) insaflah nak sebelum terlambat

Anis: “Ceritakanlah padaku tentang ular itu.”

Mak : “Itu adalah amal burukmu yang kau besarkan dan cambahkan setiap hari, sehingga ia hampir memakanmu. Bukankah kau tahu wahai anakku, bahawa amal di dunia akan berubah menjadi jasad di akhirat kelak?”

Anis: “Dan nenek itu?”

Mak: “Itulah amal solehmu. Kau lemahkan dia, sehingga dia menangis dan tak mampu melakukan sesuatu untuk membantumu.

Scene 7

Aku pun terbangun dari tidur dan berteriak

Anis:,mak!!!

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah…(al-Hadid:16)”

Anis: Astagfirullah al azim 3x

Doa: Ya Allah hanya Engkau mengetahui hatiku saat ini…
Aku amat sedih di atas apa yang berlaku.
Engkau telah menyedarkan aku ya Allah
Engkau telah menyuluh jalanku ya Allah
Engkau telah memimpinku walaupun telah banyak perkara terlarang sudah aku lakukan
Jahuhilah aku dari azab siksaan api nerakamu
Aku tak punya apa-apa
Tetapi aku punya Engkau ya Allah yang melengkapkan hidupku dengan cahayamu
Penuhilah hidupku dengan rahmatMu yang luas. Amin ..

Diakhiri persembahan dengan lagu hambaMu nyanyian Mawi dan Akhil Hayy

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
paaduu.com

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...