Khamis, 7 Mac 2013

Pantun Nasihat

                                                Allah ghayatuna...insyaAllah selamanya

Cantik sungguh si ikan laga,
Bersama anaknya sentiasa disisi,
Sekarang dah tiba bulan yang ketiga,
Sudah lama tidak terisi.

Bola yang datang melantun-lantun,
Terhenti pada pohon meranti,
Lama diniatkan hendak berpantun,
Tercapai jua hajat di hati.

Indah sungguh si bunga raya,
Bewarna warni menghiasi taman,
Pemikiran yang positif sangat berguna,
Buat bekal menelusuri jalan.

Pelbagai corak beraneka buku,
Banyak jua ilmu di dalamnya,
Jalan yang dilalui sememangnya berliku,
Sabar dan ilmu perlulah ada.

Bulan di langit kelihatan dekat,
Cahayanya memancar bentuknya bulat.
Dalam al Quran banyak tercatat,
Tentang sabar dan juga solat.

Berseri sungguh  bunga seroja,
Dihujani selalu rahmat Yang Esa,
Ukhwah itu tinggi nilainya,
Jika ithar menjadi yang utama..

Menjulang ke langit tinggi berdiri,
Tempat teduhan melepaskan lelah,
Redha Allah yang sentiasa dicari,
Itulah tujuan hamba dan khalifah.

Hati tenang melangkah ke kelas,
Mengajar makna sebuah ihsan,
Berbuat baik tanpa dibalas,
Itulah harapan dipenuh keikhlasan.

Lenanya tidur sehingga berdengkur,
Diniharinya bangun tahajud dilaksana, 
Jadikan kami hambaMu yang bersyukur,
Atas kurnianMu yang tidak terkira.

Kembang sudah seri pagi, 
Mekar mewangi harum di taman,
Berakhir sudah pantun ini,
Sentiasalah kita sebarkan kebaikan.

Tiada ulasan:

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...