Khamis, 21 April 2011

Kehilangan

sabar seindah bunga merah megharum wangi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum buat sahabat, teman, rakan dikasihi Allah selalu..InsyaAllah. Semoga terus dapat mensyukuri setiap ketentuan Allah swt selagi diberi nyawa dan pelbagai nikmat. Juga semoga kita menjadi orang-orang yang sabar dalam setiap kehilangan, kesusahan, kesengsaraan dan seangkatan dengannya.

Dalam diam dan menelusuri kehidupan ini banyak perkara yang kita belajar. Daripada tidak tahu menjadi tahu. Daripada tak pandai menjadi pandai..daripada sesat mencari jalan kepada mahir selok belok jalan. Daripada kurang kemahiran menjadi orang yang berkemahiran. Semuanya terjadi dengan izin Allah swt juga. Bersyukur kehadratNya kerana masih diberi kesempatan untuk mempelajari menjadi tahu, mahir dan pandai. Di sebalik tahu, mahir dan pandai itu, terselit nilai kesabaran. Kesabaran untuk mempelajari.

Benarlah kita diuji dengan perkara yang kita pernah ungkapkan. Tidak sama medan bercakap dengan medan beramal. Apabila bercakap, tenru ilmu kita kene mengetahuinya untuk mudah dan lancar lisan kita mengeluarkan bait-bait indah. Manakala apabila kita di medan beramal, kita kena bersiap siaga dengan hati kerana bimbang amalan kita itu bukan akhirnya kerana Allah swt. Hati perlu kuat kerana dalam medan beramal Allah yang mampu menilai keihklasan yang dihulurkan. Allah yang Maha tahu segala isi hati. Jadi perlu bersiap dengan hati…macamane bersiap dengan hati tu???? Perlu sediakan hati yang lapang dengan segala ujian yang mendatang. Berfikiran positif dan matang dalam berfikir. Utamanya di sini ialah bersiap dengan iman kita. Bagaimana dengan solat fardhu, sunnat dan seterusnya bagaimana kita menjaga hubungan kita kepada Allah swt.

Baru sahaja kehilangan tetapi Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk menerimanya. Mungkin disini dengan adanya doa-doa sahabiah sekalian. Ya! Doa dari antuna juga mengiringi setiap langkah. Hanya Allah swt yang mampu membalasnya. Mendapat meseg-mesej yang begitu mengambil berat dari antuna merupakan kenangan indah yang tak kan pernah luput kerana ingatan tika diri ditimpa musibah. Pertama yang diperkatakan dalam diri ketika kehilangan itu ialah kesilapan diri sendiri. Erm, betullah cuai dalam menjaga barang sendiri. Kedua, ujian Allah swt kepada hamba-hambanya. Bukankah setiap barang kepunyaan kita itu merupakan rezeki yang Allah kurniakan? Dan rezeki itu milik Allah. Allah boleh memberi dan mengambilnya semula. Bukankah begitu?? Kita sebagai manusia juga hanya pinjaman sementara. Akhirnya akan ditarik nyawa dari jasad dan meninggalkan bumi buat selama-lamanya.

Kesabaran itu memainkan peranan utama dalam diri ditimpa musibah. Tanpa kesabaran, tindakan kita bagai di luar kawalan…sampaikan boleh meraung dan ingin membunuh diri. Terdapat satu peristiwa yang berlaku pada zaman Rasullullah saw. Suatu ketika Nabi saw sedang berjalan, beliau melintas di hadapan rumah seorang wanita, setelah dekat Nabi saw tahu wanita itu seorang ibu yang telah menangis meratapi kematian anaknya. Si ibu itu menangis meraung-raung sehingga suara tangisan terdengar di mana-mana. Maka ketika berdepan dengan ibu, Nabi kemudian bersabda: “Bersabarlah wahai ibu!” Mendengar suara yang ditujukan kepadanya, ibu itu secara langsung memandang kepada Nabi dengan tidak sedar berkata dengan nada ketus dan masih menangis: “Engkau tentu sahaja boleh berkata demikian kepadaku, sebab yang mati bukanlah anakmu!”.

Mendengar jawapan ibu tersebut, Nabi tidak marah; beliau kemudian melanjutkan perjalanannya. Selang beberapa waktu, seseorang yang tanpa disedari mengamati perbincangan ibu tersebut dengan Nabi, datang menghampiri si ibu. Ia bertanya: “apakah yang dikatakan orang itu kepadamu?” Ia seenaknya menyuruhku bersabar,” jawab sang ibu. “Lalu apa yang engkau katakana kepadanya?”. “ AKu katakana, bahawa dia boleh berkata demikian kerana yang mati bukan anaknya”. “Mengapa engkau berkata begitu kepada Nabi?”. “Astaghfirullah…aku telah khilaf….,” kata ibu itu menyesal.

Setelah tenang kembali, ia pun segera mencari dan menghadap Nabi. Kepada Nabi ia berkata: “Maafkan saya wahai Rasulullah, kerana telah berlaku tidak sopan kepada baginda. Tetapi sungguh, msa itu saya benar-benar dalam keadaan terpukul kerana kematian anak saya. Kini saya telah menjadi tenang, dan saya akan bersabar.”
Nabi saw kemudian bersabda: “ Ketahuilah wahai ibu, bahawa inti kesabaran adalah pada pukulan pertama.” ( maksudnya: seseorang itu dituntut untuk bersabar justeru pada saat ia pertama kali mendapat musibah, bukan setelah hatinya menjadi tenang dan fikirannya terang.)

Itu hakikat kesabaran yang dibawa oleh Rasulullah saw. Cantik bukan akhlak itu…SubhanaAllah amat cantik. Percayalah dan yakinlah, jika Ujian, Cobaan yang sekarang bersama kita, itu semata mata Allah berikan, hadirkan untuk kita karena Dia menyayangi kita. Selalu belajar berprasangka baik padaNya. Dan memahami risalah – risalah-Nya dalam kehidupan kita.
Cuba kita ingat kembali Firman Allah dalam Ayat suci ini :
Bismillah.

"Niscayalah Kami akan memberikan cobaan sedikit kepadamu semua seperti ketakutan,
ketaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, kemudian sampaikaniah berita gembira kepada
orang-orang yang sabar." (al-Baqarah: 155)

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala mereka dengan tiada
hitungannya - kerana amat banyaknya." (az-Zumar: 10)

"Orang yang bersabar dan suka memaafkan, sesungguhnya hal yang demikian itu niscayalah
termasuk pekerjaan yang dilakukan dengan hati yang teguh." (as-Syura: 43)

"Mintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan shalat sesungguhnya Allah bersama
orang-orang yang sabar." (al-Baqarah: 153)

"Dan sesungguhnya Kami hendak menguji kepadamu semua, sehingga Kami dapat mengetahui
siapa di antara engkau semua itu yang benar-benar berjihad dan siapa pula orang-orang yang
bersabar." (Muhammad: 31)

rahmatMu kami perlukan sentiasa Ya Rabbana

Cantik kan ayat-ayat cinta Allah kepada hamba-hambanya. Semoga kita dapat meraih sifat yang cantik ini untuk dihias di kamar hati kita. Bukan pandangan manusia yang dicari tetapi pandangan Allah itu yang kekal abadi. Buat keluarga yang dikasihi…terima kasih kerana memahami diri dan menyayangi diri ini. Buat sahabat-sahabat, jazakillah atas doa itu…kerana doa itu menghubungkan hati-hati kita walau terpisah jauh oleh lautan atau negeri. Semoga semuanya beroleh kasih sayang Allah swt.

1 ulasan:

amanina baharuddin berkata...

Ketahuilah wahai ibu, bahawa inti kesabaran adalah pada pukulan pertama-Muhasabah betul ayat ni, moge kita tetap teguh dalam kesabaran (3:200) amien ^^, dan moge kesenangan dunia tak menghalang kita dari menyedari hakikat dan tujuan kehidupan muslim wa mukmin yang sebenar insyaALLAH =) uhibbukifillah ukhti~~

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...