Jumaat, 29 Mei 2009

in the Name of Allah


Assalamualaikum kepada semua.. Pertamanya setinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan izin dan kurniaNya dapat lagi ana menulis dalam blog yang sederhana indahnya ini. Hari nie, genap umur ana 21 tahun, ana memohon dan berharap selama 20 tahun 9 bulan ana hidup di rahim ibu dan di dunia ini Allah s.w.t dapat mengampuni sgala dosa dan noda yang dilakukan. Sememangnya diri ini sring melakukan kesilapan dan dosa tetapi nikmat serta curahan kasih Allah s.w.t kepada hambaNya tidak dapat dihitung dengan seisi bumi ini sekalipun. Ana doakan semoga setiap nafas dan langkah kita diiringi dengan keredhaan dan cinta Allah s.w.t. Alhamdulillah ana sekarang sedang bekerja part time di kedai Q Maz Kedai Roti di Bangi. Melalui pertolongan Allah s.w.t ana bekerja melebihi seminggu dah di sana. Walaupun perjalanan ana ke sana menggunakan bas kerana tiada pengangkutan sendiri tetapi itu merupakan satu semangat pada diri untuk terus berbakti di kedai roti tu. Hampir seminggu ana bekerja di sana banyak ilmu yang ana perolehi selain dapat membina ukhwah sesama pekerja di sana. teringat Firman Allah s.w.t yang bermaksud berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termsuk orang-orang yang bersyukur. Jadi pekerjaan ini merupakan pemberian oleh Allah s.w.t kepada ana dan melalui pekerjaan ini banya ilmu yang aku pelajari. Semoga Allah s.w.t sentiasa memandu hatiku ini agar setiap yang aku lakukan adalah kerana Allah s.w.t ..amin

Tiada ulasan:

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...