Isnin, 24 Oktober 2011

CAHAYA

PERLUNYA CAHAYA

Alhamdulillah. Segala puja dan puji untukMu Allah penciptaku penciptamu dan pencipta sekalian alam ini. Dah lama tidak menulis. Nak mencoret tentang CAHAYA. Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka cahaya bersinonim dengan sinar: sinaran, pancaran, nur, sorotan, pendar, kirana, cerlang. Jika kita membina ayat dari cahaya ini banyak ayat indah yang akan kita jumpai. Cahaya petunjuk Ilahi, cahaya kebebasan, cahaya kebangkitan, cahaya matahari, bulan dan bintang juga rembulan. Indah bukan? indahnya kerana cahaya itu merupakan pengharapan yang akan menghasilkan kebaikan. Bagaimana tu?? semua manusia mahukan cahaya yang terang menyelubungi hidupnya. Dapat menyuluh kehidupan kearah yang jelas dan terang. Itulah pengharapan seorang hamba kepada TuhanNya.

Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak disebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah - menurut undang-undang peraturanNya - mendapat cahaya (hidayah pertunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar). (surah an Nur:40)

Allah swt sahaja yang boleh memberikan petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Kita sebagai manusa semuanya perlu kepada cahaya ini. Kerana itu, seringkali kita membacanya dalam surah al fatihah ayat ke -6 yang bermaksud tunjukkanlah kami kejalan yang lurus. Kita meminta pada Allah saban hari, tiap waktu dari Subuh hingga Isyak. Malah sebelum memulakan majlis, atau membaca al Quran kita akan meminta perkara yang sama ini. Disebabkan itu, kita perlu melahirkan rasa syuur (perasaan) ketika membacanya. Semoga kita dapat sama-sama menghadirkan perasaan apabila membacanya.

Nur juga salah satu perkara yang ingin diperkatakan di sini kerana ia juga bermaksud cahaya. Nama ana ada nor/nur (sama)bermaksud cahaya. Ana percaya antuna juga ramai yang punya nama NOR/NUR di depan. Pernah ana menangis kerana nama ana tidak ada maksud (sewaktu sekolah menengah). Alhamdulillah masih bersyukur kerana punya Nor di depan nama ana iaitu cahaya. Cahaya itu indah, jadi gunakanlah cahaya yang Allah berikan itu sebaiknya.

Ingin kongsikan ayat al Quran dari surah an Nur ayat 35 yang bermaksud:

“Allah cahaya petala langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya bagaikan sebuah misykat yang didalamnya terdapat pelita terang. Pelita tersebut didalam kaca, kaca itu seakan-akan kaukab yang berkilau dinyalakan (minyak) dari pohon yang banyak berkahnya; pohon zaitun yang tumbuh tidak disebelah timur dan tidak pula disebelah barat, yang minyaknya saja hampir-hampir menerangi walau tanpa disentuh api. Cahaya diatas cahaya. Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa-siapa yang Dia kehendaki dan Allah membuat perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Q.S. An Nuur:35)

Keterangan yang jelas ana link kan di sini (

Mari kita bersama-sama menghala diri kita kepada petunjukNya, cahayaNya yang jelas dan terang. Kepada Allah jua tempat kita meminta dan Allah segalanya bagi kita. Semoga kita masih terus membaiki diri kearah yang lebih baik. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...