Ahad, 25 Disember 2011

Belajar

Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan serta mereka mendirikan sembahyang. Dan sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya ia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali (surah 35:18)

Tersentuh hati ini membaca ayat cintaNya ini. Allah Yang maha penyayang tahu apa yang ada di dalam hati ini dan hati kita semua. Jazakillah kepada akhwat yang tidak putus memberi nasihat. kadang2 diri ini memang alpa dan lupa. Perlukan teguran dan bimbingan juga. InsyaAllah sama-sama perbaiki. Semoga Allah meluruskan niat dan mengikhlaskan seala kebajikan yang dibuat.

Banyak perkara yang berlaku. Setiap perkara yang kita hadapi itu sukar, bermakna itu adalah satu proses tarbiyyah yang kita perlu hadapi dan pelajari. Bukan mudah tetapi ia juga bukan susah. Memerlukan kesabaran dan doa dariNya.

Kadang-kadang terasa perkara yang kita suka itu betul tetapi ia adalah sebaliknya. Perkara yang kita tidak suka itu kadang kala ia betul. Jadi di sini kita perlu belajar untuk menghadapi perkara yang kita suka dan tidak suka. Cuba lapangkan dada memahami setiap yang berlaku sebagai satu hikmah.

Segala kata-kata ini coretan untuk diri ini dan bersama.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yup, betul tu. sudi2la berkongsi masalah anda. terasa sedih bila org yg ada berdekatan x mahu berkongsi masalahnya.mcm banyak sgt perkara yg disembunyikan. terasa x dipercayai pun ada.sekadar luahan rasa, x perlu diapprove komen ini :)

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...