Selasa, 18 Ogos 2009

Dugaan Itu Pasti




untuk semua yang bergelar manusia yang menyebut La ilaha Illa Allah..sememangnya kita digelar penyeru...penyeru kepada kebaikan...pencegah kepada kemungkaran..InsyaAllah..Banyak telah termaktub dalam ayat ayat Cinta Allah dalam al Quran yang mulia dan penuh dengan mukjizatNya. Salah satu ayat dalam surah yang ke 3 ayat 110 yang bermaksud:

110. kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.

Amat jelas, nyata lagi terang wahai mujahidah, sahabat, ukhti serta umat nabi Muhammad sekelian. Kita adalah sebaik-baik umat iaitu umat Nabi Muhammad saw. Mengapa kita yang perlu mengotorkan diri kita dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan. Marilah sama-sama kita mengajak saudara seislam kita untuk sama-sama merenung kembali hakikat kejadian manusia itu sendiri..Kita hidup di dunia ini bukan hanya untuk diri kita...bersenang lenang...tidak sekali-kali..ana ingin menyeru kepada diri ana dan semua umat Nabi Muhammad saw supaya ingatlah kepada ajaran al Quran dan as Sunnah yang mana terkandung nasihat yang amat berguna untuk peringatan kita bersama.InsyaAllah...

Tegurlah juga diri ini andai leka dan lalai untuk berbuat dan memikul amanah yakni sebagai hamba dan khalifah.Semoga kita menjadi orang yang benar-benar beriman dan mengamalkan apa yang diperintahkan Allah. Biarpun pelbagai ujian melanda ingatlah itu sebenarnya petanda kasih sayang Allah swt kepada diri kita..Allah swt tak nak kita terbuai dengan dunia yang penuh perhiasan ini..Allah menghantukkan diri kita dengan pelbagai ujian dan musibah agar kita sentiasa terjaga dan tersedar kita bukanlah berada rumah pengistirehatan...bukan berada di pulau yang indah..bukan berada di negara yang permai...tetapi kita berada di medan petempuran..kita berada di medan perjuangan melawan hawa nafsu...melawan keinginan terhadap diri sendiri...dan ingatlah sahabat kita ingin menuju di Pulau Indah yang tercantik, terindah dan yang kekal abadi...yang tidak boleh dibeli dengan apa pun kecuali iman dan taqwa...

Jagalah hati kita...sentiasalah nasihat menasihati..bawalah insan-insan mengenal Allah,mentadabur alam,dan mengamalkan apa yang dipesan oleh Rasulullah..ana masih teringat dalam kelas tutor Maharat Kitabah, ustaz berpesan sejenak. Ustaz kata "berceritalan tentang Rasulullah seolah-olah Rasulullah mendengar dan turut berada di samping kita. Cuba bayangkan Rasulullah berada di dunia dalam masa 1 minit..apa yang kita ingin tunjukkan kepada Beliau" terkesima sejenak satu kelas..terasa juga meremang bulu roma ana. Memang sesuatu yang sepatutnya kita fikir untuk itu dan cuba menjadi dan membuat perkara yang terbaik untuk Allah dan RasulNya.

Tiada ulasan:

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...