Selasa, 11 Januari 2011

Mencipta Karakter


Bersyukur kehadrat Ilahi di atas segalanya yang telah berlaku kepada diri. Ingin dicoretkan di sini tentang ‘berkawan’. Jom akhwat, kita membina kawan supaya sama2 dapat membaiki diri. Terbangkan diri di pelusuk manapun (jika kita kuat) kita akan beroleh kebahagiaan. Jika tidak kuat kumpulkan kekuatan dahulu di perbukitan ini. Agar kita bisa menjadi kuat. Bukan kuat itu gagah mengangkat batang pokok atau menjinjit batu bata. Tetapi gagah hatiku, hatimu dan hati kita dalam menongkah arus dalaman (bersastera). Kekuatan pada hati. Menelusuri sirah Rasulullah sa.w . Ilmu kekuatan dalaman yang demiliki Rasulullah tercinta ialah kekuatan hati. Orang yang menguasai ilmu ini tidak akan mudah sakit hati, tidak cepat marahnya, tidak mudah menerima hasutan orang, jauh dari hasad dan dengki sehingga hidup Beliau terasa benar-benar tenteram.

Rasulullah sangat pemaaf, tidak mudah merasa sakit hati walaupun diperlakukan dengan perbuatan yang sangat menyakitkan sekalipun. Beliau dicaci dihina disakiti tetapi dengan mudahnya Beliau melupakan itu semua.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah setiap kali pulang dari masjid Beliau diludahi oleh seorang kafir, suatu hari Rasulullah SAW tidak mendapati orang tersebut, ketika Rasulullah mengetahui orang itu ternyata sakit beliau bergegas untuk menjenguknya, dan sebab itulah orang tersebut masuk Islam. Dalam perjalanan da’wah ke Taif pun pelbagai cubaan dan dugaan yang dihadapi Rasulullah saw, Rasulullah SAW ditolak oleh pemimpin Tsaqiif bahkan beliau dilempari batu oleh budak-budak dan orang-orang bodoh dari mereka sehingga kedua kakinya berlumuran darah.

Ketika malaikat Jibril menawarkan untuk membinasakan mereka Rasulullah SAW menolak bahkan Rasulullah SAW mendoakan mereka agar mendapat pengampunan Allah. Cantiknya akhlak Rasulullah saw.

####### #####

Kekuatan hati inilah yang kita sering membina, membina dan membina. Dalam usrah, halaqah, daurah,rehlah,program. Dalam kita sedar atau tidak karakter itulah yang kita nak bina buat diri, mengumpul tenaga dan semangat yang kian memudar. Menyuntik penawar agar segala virus yang melanda diri surut dan menyurut. Walaupun tidak sekaligus virus itu hilang, tetapi nampak kesannya..beransur sembuh. Ceramah dari ustaz Hasrizal semalam menggamit kenangan lalu. Benarlah salah satu sebab keruntuhan moral berlaku kerana tidak ada pembinaan karakter. Karakter macamne?? Karakter seorang yang sabar tika ditimpa ujian, karakter seorang yang pemaaf tika berlaku perselisihan, karakter watak yang mendamaikan tika berlaku kegoncangan, karakter seorang yang peka terhadap persekitaran.


Karakter itu boleh dibina melalui tarbiyyah. Usrah-usrah yang dibina. Secara langsung atau tidak, kita belajar darinya. Usrah yang menggamit beribu pengorbanan. Masa terutamanya sehinggalah wang dan tenaga. Di dalamnya pelbagai ayat2 cinta Allah ditadabbur dan diselak tafsirannya, pelbagai masalah dikongsi bersama, suarasa yang sedih atau gembira (teringat halaqahku yang pertama), semua itu lah yang membossterkan iman di dada.

Dan semua itu datang dari Yang Mencipta. Itulah tarbiyah langsung dari Allah. Kadang2 karakter itu berlaku dalam konflik keluarga. Kuatnya hati bila pelbagai masalah keluarga menimpa, menjadikan matang dan sentiasa berfikiran positif. Nah, inilah karakter kita..perlu belajar dari kesusahan,menuntut pengorbanan. Percaya, Allah swt akan memberi kembali kepada kita lebih baik dari apa yang kita berikan dahulu dengan keikhlasan yang penuh. Ya mari kita membina karakter itu sahabat, biiznilah!

1 ulasan:

diba berkata...

nice post ukhti..
salam jihad.
dan teruskan perjuangan..moga segalanya lillahita'ala

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...