Selasa, 22 Februari 2011

Mutiara Itu Amat Bernilai



Bismillah

Alhamdulilah di atas segala pemberian nikmat dari Allah terutamanya. Selawat dan salam dituju buat murobbi agung,Rasulullah tercinta, ahli keluarga baginda, sahabat sohabiah, mu’minin wal mu’minat, mujahidin wal mujahidat serta umat Islam semuanya. Moga ketika ini masih merasai diri sentiasa diawasi oleh Allah terutamanya dan malaikat yang berada di kiri dan kanan kita. Astaghfirullah..Semoga segala dosa diampuni Allah.

Hari-hari yang dilalu...tiap hari atau saban hari hanya kita yang menentukan bagaimanakah cara kita melaluinya. Jika hari ini banyaknya tidur daripada kita berbuat kebaikan, hanya diri kita yang memahami apakah perasaan itu. Adakah sedih..kerana dalam beberapa jam tidak sedarkan diri dan terlepas dari perkara yang ingin dilakukan. Adakah kecewa dengan diri sendiri kerana berasa amat lemah, tidak berguna..Beberapa perasaan ini wajar dilalui oleh manusia. Kadang-kadang terasa diri begitu hina di sisi Allah dengan sikap yang ditunjuki tanpa manusia lain mengetahuinya. Apakah perasaan ini?? Perasaan yang kecewa,sedih, dan sebagainya ini memang mengelisahkan hati-hati yang inginkan sentiasa berbuat kebaikan dan sukakan kebaikan. Jika ini berlaku. Nah, kitalah yang perlu bangkit. Sedar akan kesilapan itu adalah salah satu tanda sayangnya Allah pada kita. Tak nak terus menerus hamba-hambaNya dalam kelalaian.

Jika difikirkan apabila kita mengalami keadaan ini perlu ada yang ingat mengingatkan, perlu ada yang memberi sokongan, perlu kepada perhatian. Tahukah kita?? Ada yang sudah mengingatkan kita dalam diam, ada yang memberi sokongan dalam diam, ada yang memerhati dalam diam. Siapakah?? IMAN KITA. Iman itu dari sudut bahasa membawa perkataan dasarnya ialah “amana” yang bermaksud aman atau tenteram. Jika “ iman” bermaksud PERCAYA dan YAKIN. Dari makna syara’nya pula bermaksud membenarkan dengan hati, menzahirkan dengan lidah, menjaharkan dengan amal perbuatan. IMAN lah yang membenarkan dengan hati ‘nur syahadah’ –AKU BERSAKSI TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ADALAH PESURUH ALLAH. Dengan sepenuh keyakinan. Mezahirkannya dengan lidah..sentiasa yakin dan zahirkan melalui lidah dengan bertasbih, bertahmid bersyukur beristighfar. Semua itu hubungan langsung antara hamba dengan Allah. Mestilah diikuti dengan menjaharkan melalui amal perbuatan. Setiap suruhan dibuat. Solat dengan penuh keyakinan, puasa penuh keazaman dan amalan kebaikan lainnya. laranganNya juga ditinggalkan dengan keyakinan.



Dalam diam IMAN kita adalah penasihat yang terdekat sebelum orang lain. Sentiasa perlu memantau diri meningkatkan iman dan hubungan dengan Allah swt. Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketakwaan. (surah as syams) . Berbeza bagi yang memilih kefasikan di dalam diri, akan memerlukan seseorang untuk memberi sokongan, perlukan peringatan, perlukan perhatian. Siapa yang akan beri sokongan itu?? Adakah imanNya dalam diam? Ya, imannya tetapi diikuti dengan peringatan manusia. Jika banyak kita berbuat kefasikan (dosa-dosa kecil), banyak yang kita perlu impikan..bimbingan sahabat yang baik-baik kerana dengan bimbingan itu insyaAllah akan lebih memberi kesedaran untuk melangkah dan terus melangkah. Dalam diri kita perlu untuk dinasihati dan menasihati…diteguri dan menegur. Ta’lim manhaj (belajar dan mengajarkan).

[68] Dan apabila engkau (Muhammad) melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).

[69] Dan tidaklah ada tanggungjawab sedikitpun atas orang-orang yang bertakwa mengenai dosa orang-orang (kafir yang mengejek-ejek) itu, akan tetapi (kewajipan orang-orang Islam) ialah mengingat (larangan Allah itu) supaya mereka bertakwa.

Semoga kita sama-sama dikasihi dan dipimpin oleh Allah swt dan sentiasa mengangkat sunnah Rasulullah saw dan mengamalkan sebaiknya..insyaAllah.

~Alunan nyanyian daripada Raihan tentang 'Iman adalah mutiara' juga peringatan buat kita~

Tiada ulasan:

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...