Sabtu, 9 Julai 2011

"MT"

Banyak kenangan di MT lama akan terpatri kukuh di ingatan kami.

Semoga apa yang berlaku bersandar pada Allah...kerana dan untuknNya.^_~

Sekarang sudah bekerja dan rumah yang baru diduduki dalam proses kemaskini. Alhamdulillah semua menjadi mudah atas rahmatNya yang luas. Mengikut kudrat akhwat yang ada ana rasa tak mampu tetapi dengan izinNya kekauatan masing2 luar biasa. Dapat memunggah barang sampai lewat malam, bersengkang mata. paling mengharukan pertolongan yang mereka beri sangat banyak berbanding diri.

Barang rumah baaaanyakkk sangat. tiga hari selepas ana di rumah baru, alhamdulillah rumah sudah siap dikemaskan. pengorbanan akhwat yang memberikan keringat masing-masing hanya Allah yang membalasnye. Semoga kita dapat mengisi ruhiyyah rumah baru dengan baik, insyaAllah. kepada sahabat-sahabat yang ingin bertandang, silalah berbuat demikian ye. selain kita dapat mengukuhkan ukhwah, kita boleh saling nasihat menasihatkan.

Pada hari ahad semingu yang lepas kami ada buat majlis bacaan doa untuk rumah yang baru diduduki. Perkara yang salah sebelum ini perlu dijadikan pengajaran untuk kehidupan seterusnya. Masalah yang berlaku perlu jadikan cabaran dan fikirkan bersama untuk menyelesaikannya. Nama rumah still "MT" (Madrasah Tarbiyyah)kerana di situ mungkin kerana namanya sudah sinonim di Bangi. InsyaAllah ahli rumah perlu membangkitkan suasana tarbiyyah kepada rumah. Semoga kita semua perolehi rahmat Allah yang luas.

Permulaannya kami merancang buat simple je...ahli Mt je cukup. Betullah, kita merancang, peancangan Allah itu lebih baik dan bahagia sekali. Pagi ahad tu juga, ketua rumah meseg minta pendapat "Nak minta pendapat untuk menjemput akhwat dan buat jamuan sedikit selepas bacaan doa". Ana membalasnya jika semua ahli rumah setuju ana ok. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik. kami menganggarkan beberapa orang yang hadir tetapi ramai yang datang termasuk anak-anak akhwat yang memeriahkan suasana. Anak-anak akhwat yang datang seagai wakil kepada ibu bapanya. sweet rasanya di situ. Anak-anak boleh survive sendiri tanpa kedua ibu bapa mereka. Makanan pula dibawa juga oleh akhwat yang bertandang. Alhamdulillah. Syukur di atas segala-galanya.

Semoga ahli MT dan sahabat semuanya beroleh semangat serta beriltizam menempuh hari-hari mendatang dan semoga Allah mememudahkan menggerakkan kaki dan anggota badan untuk berbuat kebaikan kerana setiap kebaikan walaupun sekecil-kecilnya dihitung oleh Rabbul Jalil. Jadi kita tak perlu untuk berkata kita adalah terbaik kerana itu akan mengundang bermacam-macam perasaan yang tidak enak. Semoga persahabatan yang telah dijalinkan adalah kerana pertemuan yang Allah aturkan untuk kita. Mardhatillah.

2 ulasan:

az-Zahra berkata...

erm... pilu rasa hati ketika membaca...
akhwatku semuanya mmg cekal & kuat2 belaka...
Tetapi rasa sedih juga menghimpit di dada...
Xdpt bersama2 menolong akhwat2ku tercinta...

erm..xsgka dr hati menjadi alunan rasa...huhu...
sampaikan salam ana pd akhwat semua...
salam syg buat selamanya...

jaa nasrullah berkata...

insyaAllah akan disampaikan salam itu. malam nie kami nak berlatih lakonan on lady's night 16 hb nie. doakan kami moga apa yang ingin disampaikan tersampai. doa sesama kita lah yang saling boleh kuat menguatkan. tidak dapat membantu itu tidak menapa. faham dengan keadaan akhwat semuanya. salam sayang dari akak fillah.

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...