Isnin, 29 Ogos 2011

Dirai Bersama



Ramadhan melabuhkan tirainya. Syawal menjelang kini. Semoga segala amalan yang telah dilakukan tetap diteruskan di bulan-bulan seterusnya. Tarbiyyah Ramadhan tahun ini, masing-masing punyai cerita sendiri, suasana sendiri, pengalaman sendiri. Yang penting masing-masing merasai Allah sentiasa tahu bagaimana nilai puasa masing-masing. Adakah hanya sekadar ikut-ikutan, menahan lapar dan dahaga atau sebagainya. muhasabahlah kembali dan semoga kita terus bangkit dan bangkit mencari redhaNya, keampunanNya dan keberkatan dalam menjalani kehidupan.

Ramadhan tetap meninggalkan kita, kaki kita tetap perlu melangkah ke depan..membawa beberapa harapan dan iltizam semalam untuk terus mengorak langkah. Di kesempatan ini, ana ingin memohon jutaan kemaafan kepada sesiapa yang mengenali andai ada terguris rasa dan perasaan. Semoga amalan dan kebajikan yang telah kita lakukan diterima Allah dan semoga sentiasa berada dalam landasan yang benar dalam mengemudi bahtera kehidupan. Semoga Allah sentiasa membuka pandangan mata hati kita dalam menilai sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan. Ahlan wasahlan Ya syawal.


2 ulasan:

Nur berkata...

Amin.. Semoga bekalan yang diraih sepanjang Ramadhan ini mampu mengemudi kita melayari 11 bulan yang akan datang..

Selamat hari raya jaa. :) Maaf zahir batin atas segala salah silap..

Ummi Kalsom Mohd Khalid berkata...

=)

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...