Jumaat, 28 Oktober 2011

Sajak Sahabat

.....

“Teman yang soleh, malunya mengatasi perawan,
beraninya mengatasi pahlawan..
cintanya bukan pada gambaran,
rindunya bukan pada pertemuan,
tetapi hatinya sarat dengan iman dan taqwa kepada Tuhan”
sahabat jangan kau menyesal
jika kau kehilangan sahabat kerana Allah
Kerana kebenaran yang mulia itu dihina
Jangan kau ragu walau sedikit pun dalam keimanan

Kadang-kadang kawan boleh jadi lawan
Kadang-kadang lawan boleh menjadi kawan
Apalah yang disedihkan hati
kerana Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan kau bersedih jika kau selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul yang mulia
Lebih terseksa menderita
tetapi Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu
kerana Allah sentiasa bersamamu

Duhai Teman Duhai Sahabat…
Hargailah bila bersahabat…
Maafkanlah bila terluka… Fahamilah bila keliru…
Nasihatilah bila terleka…
Tegurlah bila tersilap… Ingatilah bila kesunyian…
Itulah kehebatan ukhwahfillah…
Ana uhibbukifillah ya sohabati
Ana uhibbukifillah aidhon..
Moga ukhwah kita membawa kita ke syurga

Sajak yang dilaungkan memenuhi setiap ruangan dalam ruangan Madrasah Tarbiah malam tadi (edit dari lirik lagu Hijjaz bertajuk kawan). Menyentuh perasaan dan hati. Semoga ukhwah kerana Allah itu akan sentiasa dipelihara dan diingati terutama dalam doa-doa kita sehari-hari. Uhibbukifillah hingga JannahNya.

.....

Ya Allah ku bersyukur memiliki sahabat. Kepada Engkau segala puji-pujian atas nikmat yang Kau berikan. Kau tunjukkan pada kami jalan mencari redhaMu ya Allah.

...

4 ulasan:

Nur berkata...

Diriku juga bersyukur mempunyai sahabat, seperti dirimu dan ukhti2 MT.. :) Semoga kalian sentiasa dan selamanya dalam rahmat Allah..
Rindu ja dan semua, fillah..

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah kerana punyai sahabat sepertimu. Selalu dalam doa. Rindu juga dengan izzati Fillah. uhibbuki Fillah. moga dalam rahmatNya.
~jaa

tie berkata...

sahabat dulu,kini dan selamanye...hingga k syurgaNya,AMIN

Ja'a Nasrullah berkata...

benar tie, sahabat dulu, kini dan selamanya..insyaAllah. ;D

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...