Ahad, 20 November 2011

Pengembara hakiki

keperitan itu ujian ketabahan

Memetik ilmu dari buku Muntalak yang ditulis oleh Muhammad Ahmad ar Rashid pendakwah hari ini mesti menjadi pengembara di pelusuk kota, kampung, negeri dan di mana jua menurut kemampuan dan keupayaan mereka untuk menyampaikan seruan Islam kepada manusia.

sebagai contoh , lihatlah bagaimana Rasulullah SAW melawat ke lembah-lembah dan kampung-kampung pedalaman untuk menyampaikan kalimah Islam dan berita gembira tentang Islam kepada seluruh orang Arab. Baginda tidak menunggu mereka datang ke Madinah. cubalah kamu saksikan, apakah jawapan baginda apabila ditanya tentang rukun Islam, baginda menjawab; "Tidak aku tambah atau aku kurangkan sesuatu darinya," Jawapan ini adalah untuk soalan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW yang berbunyi; "Hai Muhammad, utusanmu telah datang kepada kami dan telah menyatakan kepada kami bahawa kamu mengatakan behawa kamu adalah utusan Allah?"

Jelaslah bahawa utusan Rasulullah telah pergi menemui mereka sebagai pendakwah sebagaimana yang telah dilakukan oleh baginda Rasululllah SAW. Barangsiapa yang hanya menunggu orang ramai datang kepadanya, orang itu bukanlah pendakwah.

Jika diperincikan kata-kata orang Arab tersebut, jelaslah kepada kita bahawa para sahabat yang berdakwah sanggup meninggalkan Madinah apabila mereka dihantar oleh nabi SAW untuk berdakwah kepada kaum tertentu. Mereka meninggalkan keluarga, rumah, dan anak-anak mereka. mereka mengharungi padang-padang pasir, bukit-bukau dan gunung ganang. Mereka terdedh kepada bahaya, sanggup berpanas dan berhujan demi menyampaikan seruan Islam.

Inilah bentuk dakwah yang ingin mencapai wawasannya. Ia perlu bergerak dan bermula, pagi mahupun petang, dengan perbualan dan perkataan yang benar. Sikap duduk dan mengharap tidak akan sampai ke mana. Oleh itu, pelajarilah sejarah ahli salaf dan turutilah mereka. Pasti kamu akan sampai ke matlamat. Jika tidak, mundar mandirlah sahaja di tempat kamu, dan kamu tidak akan sampai ke mana-mana.

Tiada ulasan:

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...