Rabu, 30 November 2011

Sejati

kita sahabat ye..selamanya

Sayu mendengar alunan doa yang penuh pengharapan menggegarkan stadium yang luasnya sangat besar. sebak dengan setiap bait-bait kalimah doa yang dilafazkan waktu itu mengundang titisan air mata mengalir laju. Dada berombak dengan getarannya, pemiliknya sahaja yang tahu. Benar terasa Allah sentiasa bersama ketika mana doa dipanjatkan waktu itu. Lahir perasaan yang CINTA dan SAYANG padaNya. Mengharapkan setiap kalimah doa yang diaminkan didengari oleh Allah, Tuhan sekalian alam. Alhamdulillah tidak terungkap di situ dan sudah tertulis di sini. Coretan yang ingin dikongsi bersama. Ya Allah Kau hidupkan hati-hati kami ini dalam meminta sesuatu kepadaMu agar tumbuh perasaan yang tenang dan takut hanya padaMu. Engkaulah pemilik hati-hati kami. Kau pimpinlah kami ke jalan yang diredhai olehMu Ya Allah.

Maka bersurailah semua yang ada di stadium itu dengan ungkapan doa yang penuh syahdu. Kaki ini mula melangkah dan salam bersalaman dengan akhwat yang disayangi yang datang dari pelabgai arah. Tatkala bersalam dengan salah seorang akhwat yang disayangi, hati terasa sangat sebak dan hiba. Air mata mengalir lesu. begitu juga dengannya. Teringat saat itu. Mula berjumpa denganmu walau jauh beribu batu. Terasa di situ pergantungan yang tinggi hanya padaNya. Kemudian kita lamanya tidak berjumpa. Ukhwah kita bermula atas Cinta Yang Satu. Terasa ukhwah itu sehingga saat ini biar lama berjauhan tetapi sentiasa dalam ingatan. biar jauh tidak bersua tetapi sentiasa dalam doa. InsyaAllah.

Sahabat itu...Allah yang bagi kamu pada saya.. Jadi kita sama-sama bersyukur dan tingkatkan kasih dan cinta kita pada Allah ye. Sahabat itu, Allah yang menghadirkan kamu untuk sama-sama membantu dalam jalan ini. Allah tahu kekurangan diri, menggantikan pada kamu kelebihan supaya sama-sama dapat membina kekuatan diri, kekuatan dalaman, keyakinan. Alhamdulillah. Persahabatan yang kita jalin adalah kerana Allah yang berikan. Tanda Allah maha pengasih dan penyayang kepada hamba-hambaNya. Semoga diri kita istiqamah dalam melakukan perkara yang dicintai Allah dan diredhaiNya.Sebagaimana Allah telah berfirman dalam surah al Qasas ayat 77 yang bermaksud: Dan carilah dengan apa yang Allah dianugerahkan kepadamu itu negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada duniawi, dan berbuat baiklah sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.

Tiada ulasan:

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...