Sabtu, 11 Februari 2012

Kenangan di semenanjung




Ketahuilah selama kita bersama-sama di MT dapat rasakan ‘kebahagiaan’ bersama kalian. Menegur ana tika diri alpa dan saling ingat mengingatkan. Ukhti Ima yang banyak memberi nasihat yang ruhiyah. Time ceria sama2 ceria. Ukht Zida yang selalu mengajak ke satu daerah ‘penasihat’ yang bijak tanpa berkata-kata iaitu perkuburan. Dapat sama-sama mengkoreksi diri ini. yang selalu menjadi ‘mak’ kerana masakan yang sedap dan juga as senior di rumah banyak mengajar untuk berdisiplin dengan peraturan rumah.

Ukht Kamilah yang sentiasa juga meluangkan masa bersamanya. Biarpun sibuk di tempat kerja tetapi tak pernah membawa mood tempat kerja ke rumah. Jadinya sentiasa senyum walaupun hatinya hanya Allah yang tahu. Akak, teruskan langkah. Ukhti Anis yang banyak menasihati ana. Erm..saling berkongsi masalah tika badai melanda. Bertukar-tukar emosi dan menjadi penasihat yang membekas di jiwa ini.

ukhti Halimatun yang memberi pertolongan tiap kali perlukan pertolongan. Bawakan ke sana kemari dengan motornya. Seorang yang tabah tempuhi perjalanan. Ukhti zura yang nice, baik sekali. Kritikan yang membina tiap kali berbicara dengannya. Ukhti Izzati (Nur) yang mesra dengannya. Suka berbincang atau berbual dengannya walaupun perkenalan dengannya tidak lama tetapi membuahkan kemesraan yang mendalam di hati. Ukhti Mariam yang tenang wajahnya dengan segala permasalahan yang menimpa…tetap tenang air wajahnya dan tabah mengharunginya. Banyak juga belajar dengannya.

Apabila kami bersama berjoging ke bersenam ataupun bersarapan bersama, wujud detik indah di situ. Hehe. Yelah sebabnya selepas itu semua akan bertebaran mencari ilmu dan rezeki masing-masing. Banyak lagi ukhti-ukhti yang menyinggah dan menetap di hati ini. Kebaikan antuna menjadikan diri semakin belajar dan belajar untuk memperbaiki diri kepada lebih baik.

Norjana, teman yang lama. sejak kita masuk ukm lagi hingga sekarang. Akhwat yang paling lama bersama. Seperti adik beradik dah. Berkhidmat baek2 di negeri selangor ye. ukht Mizah, yang lembut tetapi tegas berpendirian. Ana boleh belajar dari akak untuk menjadi guru yang berjaya. Seha dan u.laila juga yang tenang air mukanya, teruskan dan teruskan dalam memberi. Ada yang ana tak sebut tetapi buat akhwat yang ana kenal secara langsung dan tidak langsung....antuna telah mengajar ana apa itu ‘kesabaran’,‘ketabahan’,kejujuran’,’keihklasan’ dan semua yang positiflah.

Buat adik-adik yang akak sayangi juga, banyak belajar darimu. Aisyah Mohd, blajar baik-baik ye. Banyak membantu akak dan keluarga akak juga. Mengharapkan juga doamu buat keluarga akak. Adik-adik yang berada di ukm...insyaAllah lepas di ukm tak tahu di mana lagi kan. Jadi perlu bersedia hati dan emosi dengan sifat-sifat yang boleh menjaga kita di manapun kita. Kita berjumpa dan berpisah kerana Allah. Jadi semoga hubungan yang kita jalin ini mendapat redhaNya.

Sebenarnya post di atas ana dah tulis sewaktu di mt lama lagi, waktu ini mungkin waktu yang sesuai nak letakkannya di laman blog ni. Yang tidak disebut, bukan tidak mahu menyebut tetapi yang penting ia ada disebut dalam ini (hati). Doa penghubung kita ye.

Ana akan ke bumi kenyalang, ciptaan Allah. Berpijak nya kita di atas bumi yang sama dan langit yang sama. Jadi kepada Allah jua tempat kita mengharapkan perlindungan dan rahmat. mungkin ana di sana setahun lebih, mungkin dua tahun, tiga tahun, empat tahun. Tidak tahu lagi,, perancangan Allah itu lebih baik dan sedia untuk dikhidmatkan dengan adik-adik di sana.

Ingin dikongsi juga, sebelum dapat tahu posting di Sarawak, ana sempat membuka gambar-gambar kita bersama2..sedih waktu tu, teringat sambil dialunkan lagu "untukmu". Biasanya begitu kesedihan semalam sebenarnya untuk menguatkan realiti hari ini. Pagi itu dapat tahu ke Sarawak, dah tak sedih pula..hehe. InsyaAllah di mana pun kita, kita tetap hamba Allah.

7 ulasan:

zAr berkata...

kak ja!
moga tabah di sana..
jejaklah akhwat di sana jika ada kesempatan..

Ja'a Nasrullah berkata...

dah menjejaki akhwat di sana. Sungguh, ukhwah kerana Allah itu tidak akan mati sehingga bertemu denganNya. Semoga dapat bersama2 memakmurkan sarawak bumi kenyalang ini.=)doakan

kamilah berkata...

teruskan perjuangan walau di mana berada ja. doa kami sentiasa mengiringi walaupun jauh dimata, tapi dekat di hati :)

Ja'a Nasrullah berkata...

dekat di hati.sama-sama doakan ye =(....=)***

syaf berkata...

:)

Nur berkata...

Ja mmg seorang kawan yg baik dan cepat mesra, sbb tu wujud kemesraan di sini (hati).. :) Gelaran 'si ruhi', tetap di hati ni buat ja.. :)

Ja'a Nasrullah berkata...

Izaati...Semoga ukhwah hingga syurga, amin.=)

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...