Ahad, 5 Julai 2009

Ibu dan ayah yang dikasihi

Salam
Alhamdulillah di atas kasih,rahmat,inayah dan hidayahNya kerana masih lagi memberikan nafas untuk terus membaiki diri dan memperjuangkan kalimah Allah di bumiNya yang luas ini..Semoga semangat ini tetap berterusan walau apa pun yang menimpa diri. Biarlah kehebatan dan keaguangan Allah menyebabkan segala perkara lain (lalai dan tidak baik) menjadi tidak penting..semuanya dengan izin Allah..amin



Balik rumah seminggu terasa bahagia, tenteram dan aman. Banyak perkara yang berlaku di rumah. Kerinduan terhadap ibu ayah, abg2 dan adik2 terubat selepas jumpa dengan mereka.Alhamdulillah. Dengan rezeki dari Allah abangku diterima bekerja di sebuah sekolah rendah di Raub, Pahang sebagai guru baagian komputer. Ini adalah berkat doa ibu dan ayah jua. Balik rumah ma buat sedikit pulut kuning tanda kesyukuran kepada Allah dan membaagikan kepada jiran-jiran tetangga. Alhamdulillah selain mencari redha Allah dapat merapatkan silaturraim antara jiran tetangga.

Berkatnya doa seorang ibu. keberkatannya tiada tolok bandingannya. Jadi, pesan ana mintalah doa dari ibu bapa, adik-beradik, sahabat, serta orang yang berda di sekeliling kita. Doa adalah senjata bagi orang-orang mu'min.Lebih-lebih lagi doa seorang ibu yang mana telah mengangdungkan kita di dalam perutnya. Cuba kita bayangkan kita angkat sesuatu yang berat tanpa meletakkannya ke bawah selama berbulan-bulan. Begitulah kita sewaktu berada di dalam perut ibu. Berat pula semakin bertambah. Tambahan dengan pergerakan kita sewaktu di akhir tempoh kandungan..MasyaAllah..semuanya merupakan satu pengorbanan yang tinggi.

Termaktub dalam firman Allah dalam surah Luqman (31:14) yang bermaksud “ Dan kami perintahkan kepada mannusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.”
Marilah kita sama-sama fikirkan apa yang telah kita lakukan terhadap ibubapa kita. Ingatlah seluruh isi bumi tidak akan sama nilainya dengan setitik air susu yang telah ibu kita berikan. Kelak, kita juga akan mengharungi perkara yang sama dengan izin Allah. InsyaAllah jika baik kita terhadap ibu dan bapa kita begitulah juga dengan anak kita kelak. Renungilah, hayatilah dan amalkanlah dalam kehidupan kita.

Tiada ulasan:

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...