Selasa, 28 Julai 2009

perjalanan itu indah, seindah hiasan alam



salam

bertemu kembali sahabatku dunia akhirat.
memang rindu pada blog nie,,walaupun ia memang simple tapi ia amat bermakna.Perjalanan yang mengambil masa sehari setengah memang terasa di hati..perjalanan yang agak jauh tapi Alhamdulillah setiap detik dilalui dengan penuh kesyukuran. Banyak hikmah yang ana dapat..Kita hanya mampu merancang tetapi yang pasti perancangan Allah juga yang paling hebat.MasyaAllah.sememangnya ana merancang untuk pergi dengan akhwat lain namun di awal perjalanan terdapat halangan yang menyebabkan kami terpisah dan ana perlu bersendirian dalam perjalanan..Pada masa ini, ramai akhwat fillah menelefon ana..sungguh dalam hati ini sungguh menyedihkan dan terharu di atas keperihatinan akhwat tetapi kecintaan kepada Allah menyebabkan diri ini perlu meneruskan juga perjalanan..Doa dari akhwat tersayang ana pohonkan agar perjalanan menjadi lancar.

Banyak yang terjadi. Terasa bagai semalam perjalanan itu. Permulaan di sana ana membina ukhwah dengan mak cik Ima. Seorang ibu yang amat tabah dan sabar. Banyak perkara dan permasalahan yang dikongsi bersama. Apa yang dikongsikan sememangnya menyedihkan ibu itu namun ia tersimpan jauh di lubuk hatinya.Ana dapat merasakan perasaannya. ana kagum dengannya kerana mampu untuk menjadi ibu tanpa suami di sisi dan menjaga anak2nya dan ibunya yang sakit.MasyaAllah ana doakan agar mak cik menjadi orang yang semakin kuat dalam menempuhi kehidupan ini.InsyaAllah Allah akan memberi keberkatan dalam kehidupan mak cik. Semoga hubungan kita yang terjalin hanya beberapa minit itu mencipta sebuah pertemuan pada masa akan datang. Ana hanya boleh mendoakan dari jauh.



Alhamdulillah perjalanan ana lancar ke tempat yang dituju. Semuanya dengan pertolongan Allah. sebenarnya adik2 di sna bersemangat membuatkan hati ana terhibur dan bersyukur sekali. walaupun pejumpaan kami masuk yang kedua tetapi terasa seolah2 kami mempunyai hubungan yang erat. Mereka juga sanggup berkorban berlantaikan tanah dan membumbungkan langit Allah yang terbentang luas..SubhanaAllah...semata2 kerana Allah.. ana doakan semoga Allah terus membuka pintu hati ana dan ukhti2 agar jelas apa yang ana cuba sampaikan. semoga Allah membuka hati kita untuk terus istiqamah dan berbuat dalam jalan ini.

sempat ana ziarah adik di sana yang demam sebelum ana berangkat pergi. Mereka memberi layanan yang baik sekali.Alhamdulillah. Dalam perjalanan pulang juga ana sempat berbual dengan akak dari Indonesia yang bekerja di sini. Dia juga mengalami masalah peribadi dan ana menjadi pendengar yang sememangnya bersemangat ingin mengetahui ceritanya. Akak bercerita sehingga air mata yang lama tersimpan keluar akhirnya..ana juga sebak mendengar ceritanya..sungguh menyayat hati. namun ana bagi semangat untuk akak terus menjalani kehidupan dengan baik. Kebetulan pada waktu itu ana hanya mampu memberi risalah yang bertajuk 'ujian'..sememangnya ia kebetulan tetapi dirancang terlebih dahulu oleh Allah..Semoga akak mendapat sesuatu perasaan iaitu perasaan cinta kepada Allah... Pertemuan kita sememangnya diatur..


panjang coretan ana tetapi kesimpulan yang dapat ana buat dalam setiap perjalanan
:ramai lagi saudara seislam yang berada di luar memerlukan kita yang mana boleh mendengar setiap permasalahan yang mereka alami.
;dengan sedikit kata2 semangat dan doa sudah cukup memberi kebahagian kepada orang lain
:Perasaan cinta yang mendalam kepada Allah dan orang2 yang mencintai Allah akan dapat menenangkan jiwa kita walaupun keadaan nafas begitu menyempitkan dada.InsyaAllah.
:jalinkanlah ukhwah dengan sesiapa pun dan jalinan itu biarlah kerana Allah swt.

Tiada ulasan:

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...