Ahad, 21 Jun 2009

jihadu fi nafsih




Dalam kehidupan kita sebagai umat Islam serta hamba Allah s.w.t..banyak tanggungjawab yang perlu dipikul dan amanah yang perlu diselesaikan sebelum kite menempuh alam yang lain yakni alam barzakh..kelakuan kita sewaktu di dunia menunjukkan bagaimana kelakuan kita di alam barzakh..kelakuan kita di alam barzakh menunjukkan bagaimana kelakuan kita di padang mahsyar..kelakuan kita di padang mahsyar menunjukkan bagaimana kelakuan kita sewaktu meniti titian sirhathol mustaqim. kelakuan kita di titian sirhathal mustaqim menunjukkan adkah kita di syurga atau neraka..na'uzu billahi min zalik..

semoga kita dijauhkan dari perkara yang tidak baik dan dikembalikan dalam keadaan yang baik.. sekarang kita menempuh fasa yang kedua selepas berada di alam rahim..sungguh ni'mat apa yang telah diaturkan Ilahi..Selama 9 bulan kita berada di alam rahim, adakah kita bekerja untuk sesuap makanan ke dalam perut kita?? tentu tidak,, tetapi setiap rezeki itu dikurniakan oleh Allah s.w.t yang menjadikan kita.. kenapa kita perlu menyombongkan diri sewaktu berada di alam yang kedua ini? adakah kita sedar kita perlu menempuh beberapa fasa lain yang sememangnya setiap fasa itu sudah tiada ampunan dari Allah s.w.t.

wahai pemuda pemudi harapan Islam, wahai hamba Allah s.w.t yang kerdil dan hina,,kita tidak punya apa-apa pun sebenarnya melainkan kasih sayang dan rahmat dari Allah s.w.t..kerana kasih sayang Allah s.w.t, saya boleh lagi menulis di blog ini, kerana kasih sayang Allah, saya masih lagi boleh menggerakkan jari jemari ini..sungguh ni'mat apa yang Allah kurniakan kepada kita..

ambillah kesempatan dan peluang yang diberi Pencipta sekelian alam ini untuk digunakan ke jalan yang diberkati dan dirahmati Allah s.w.t..mintalah ampunan dariNya selagi nyawa masih utuh dalam jasad..selagi dada berombak halus bernafas menyedut udaraNya.

Tiada ulasan:

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...