Selasa, 23 Jun 2009

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Allah s.w.t ada berfirman dalam al-Quran yang bermaksud "Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah kamu dalam kebaikan. Dimana sahaja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya. Sungguh Allah Mahakuasa atas segala sesuatu" surah al Baqarah (2:148)




Firman Allah jelas menyeru untuk manusia berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan. Pesanan ini dari Pencipta yang mana yang menyediakan syurga dan neraka di akhirat kelak.. Namun, Allah jua memberi nasihat dan peringatan supaya kita termasuk dalam nikmat syurgaNya ,insyAllah...amin...Berbuat baiklah di mana sahaja kita berada, walau dengan sesipapun bersama kita, tegurlah mereka..kita berpijak di bumi ini bukanlah sebagai seorang yang berkuasa. Teringat nasihat seorang pakcik semasa balik dari latihan memandu,, kita berpijak tanah di bumi ini, adakah tanah yang dipijak itu merekah?..kita berjalan di bumi ini, adakah awan mendung memayungi kita? kenapa perlu kita sombongkan diri, walhal kita tidak berkuasa sedikit pun.

Sabda Rasulullah s.a.w:

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له

“Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah segala amalan (dari dia) kecuali tiga (kebaikan): Sedekah jariah (yang ikhlas), ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang salih yang mendoakan (kebaikan) untuknya”.

ingatlah..di mana sahaja kita berada, Allah sentiasa memerhatikan...akan dikumpulkan..akan disoal..seperti exam yang kita jalani di dunia ini...belajar...baca...akan disoal...bezanya, natijah (keputusan)dari Allah yang Esa yang paling utama...w/pun tidak diberi anugerah dekan atau hadiah kecemerlangan..ingatlah,,nikmat yang dirasai lebih besar dari seluruh harta yang ada di dunia,insyAllah. Semoga Allah memegang memimpin hati kita ke arah cinta dan redhaNya.amin

Tiada ulasan:

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...